
Sebagai blogger, saya memerlukan internet yang laju di rumah serta internet on-the-go untuk digunakan kalau berada di luar. I think pakej terbaru P1 ni memang sesuai untuk tujuan itu. Tak perlu lagi dua pakej internet yang berbeza. Menjimatkan.
P1 OnePlan 169 ni berharga RM169 untuk pakej internet fiber broadband berkelajuan 5Mbps dengan 50GB data serta 3GB untuk data untuk 4G On-The-Go broadband. Rasanya sudah cukup untuk cover up penggunaan di rumah dan diluar.
Kalau guna internet fiber daripada penyedia lain, anda mungkin akan melanggan perkhidmatan broadband untuk kegunaan di luar. Anggaran minimum kos untuk broadband adalah RM30 sebulan dan tu belum lagi cerita pasal modem yang perlu dibeli.
Pakej OnePlan ini didatangkan dengan hadiah percuma berupa 4G USB Modem, DECT Phone, Premise Gateway dan Broadband Termination Unit. Rasanya benda ni semua standard dan diberikan oleh penyedia internet fiber yang lain kecuali 4G USB Modem tu.
Prosedur nak daftar memang mudah. Just pergi ke page Fiber by P1, pilih plan (ada plan untuk speed 10Mbps – 100GB dan 20Mbps – 200GB) dan isikan butiran anda. Confirmation email akan dihantar selepas selesai pendaftaran dan staff P1 akan menghubungi anda dalam masa tiga hari bekerja untuk kerja-kerja pemasangan. Saya tengah tunggu orang P1 telefon ni je.

Tak sabar nak dapat internet laju. Harap lepas balik dari outstation minggu depan dapatlah merasa nak guna internet fiber ni. Dah menyampah guna usb broadband sebab leceh. Kalau ada wifi senang sikit. Kepada P1, janji ye datang minggu depan? Tak sabar nak review speed dia macam mana.
P1 juga akan menaja 4G internet broadband untuk acara Sepetang Bersama Blogger Ahad ini. Kepada yang nak training buat live blogging tu, boleh la.
- Dapatkan pakej Fiber OnePlan ini sekarang!
- Untuk pakej lain, lawati laman web rasmi P1
- Untuk bantuan tentang produk P1, hubungi mereka melalui Facebook & Twitter

Comments
38 responses to “Pakej P1 Fiber Sesuai Untuk Blogger”
salam, boleh tak ariff buat review sikit ttg pakej yg ariff daftarkn tu. sbb igt nk jugak tukar pakej yg saya dah subscribe ni..tq..
bila dah pasang nanti saya reviewkan. No problem. Sekarang masih tunggu pihak P1 pasang. Dijadualkan minggu depan
Don dulu pakai P1 ni tapi dah tukar selepas berhijrah ke KL.Unifi baru je beli,harag pun lebih kurang sama.mungkin bukan sekarang masa yg sesuai untuk berpindah.Terima kasih dengan info
neyh lebih kurang cam unifi ke ape??
bestlah. tengah tunggu P1 cover kat sini. katanya dalam bulan 5 nanti nak cover menyeluruh
aduh..canggihnye..tapi nak buat mcamane..rumah aku coverage P1 pun xde..sabo je la..
ikut keperluan dan kehendal serta cara berblogging atau penggunaan internet masing2.. tetapi, di hati saya adalah UniFi.. get ready to 100Mbps! TM akan menerajui semua projek highspeed broadband.. :)
Cam best2 jer.
dulu sibuk nak ‘potong’ streamyx sekarang ni apa cer P1.
hm. yg tu kena tanya corporate. tapi biasalah. company punya direction sentiasa berubah mengikut market
alamak tp dah register ngan UniFi la
sedangkan Unifi pun tak sampai lagi ke area aku..ini kan pula fiber?
umm memang menarik dan berbaloi pakej p1 fiber ni, tapi tu la..YES laju lagi kot..kan?
Bagi aku, kalau FTTH ni, Maxis Home lagi best, tp kalau ON THE GO, mesti P1 lah..
lajunya..beruntung korang yangt berada dikawasan coverage die..macam saya ni terpaksa berharapkan streamyx yang slow melow ni lah
pakej ni menarik sgt2
cuma kt perlis ni coverage ok ke?
after sales cmne plak? service utk kalau ada apa2 problem ke nnt..
P1 ni masih laju lagi ke sekarang ni???
tak sabar nak dgr review ariffshah…nanti bitau ya best ke tak pakej p1 ya;-)
kelebihan p1 adalah 4G internet broadband. Yang lain, saya rasa pakej unifi lebih bagus…
Kuota je berbeza kalau compare ngan unifi tapi 10gb je. Tu pun belum tentu dapat guna habis 50gb every month
x tahu pilihan mne 1
dari dulu smpi skrg
pki broadband jer
kalau line dia cantik ok gak…dulu pernah try tapi line teruk..mungkin sekarang ada peningkatan kut.
tengok area la. wimax memang standard macam tu. perlu masa untuk improvement.
Kawasan rumah saya belum ada kabel gentian fiber dan tak tahu bila akan ada pemasangan kabel fiber ini. Kalau tidak boleh menimbang beberapa pakej daripada pembekal yang ada.
rasanya ada region yang tak cover kot.. hmm
Menarik. Belum masa lagi untuk apply keraana masih terikat dengan kontrak plan P1 yang lain.. hehe
mungkin boleh upgrade. trylah tanya
Hurmmm…. kebetulan saya pun dapat offer nie bro…. SPECIAL OFFER….siap ader waive lagi…. rasanya ia adalah pilihan yang okey sebab masih tak ramai lagi org amik P1 FIBER nie…
untuk sesiapa yang belum pasang internet kat rumah, memang pilihan tepat
hehehe…Jgn indah khabar dari rupa jer…kekg byar xmemadai ngn ap yg dapat…
rasanya kalau fiber ni takde masalah lagi sekarang sebab diorang guna talian daripada tm. so basically benda sama, cuma under provider lain
boleh tahan gak plan dia..nak blogging pun senang..kat mana2 boleh online..nanti da pasang tu..jangan lupa bagi review..:)
itu sudah pasti
hoho..laju giler nih..
serius hang apply?
apply la. kat rumah ni takde unifi. waiting list sebulan setengah.
Kat rumah cheq line p1 tak dak lagi :(
Kenapa pilih p1? kenapa tak unifi? atau pon any portable wifi? aku skrg ni boleh kata anti jugak lah dgn p1 ni walaupun aku skrg tgh guna. Itu pon sbb kontrak, bulan 5 ni tamat aku terus terminate. Dia punya speed hanya laju bila mula2 guna. makin lama makin cibai. tapi tak pasti pulak yang fiber ni but still under P1 wimax.
AKu lebih prefer portable wifi. boleh bawak pergi mana2 dan save usb slot ;)
wah wah, tertarik dengan ayat outstation tuh. hahaha