Real Return Dalam Investment

Reading Time: 2 minutes

Formula yang paling penting dalam pelaburan adalah real return.

Investment Return – Inflation Rate
= Real Return

Kalau invest guna loan (leveraged),

Investment Return – Borrowing Cost (interest %) – Inflation Rate = Real Return

Contoh kalau guna loan ni adalah invest duit cashback beli rumah. Kan duit tu lebihan daripada loan. Daripada beli Pinarello, eloklah invest dulu duit tu.

Rumah siap nanti, dapatlah duit lebih lagi nak guna untuk renovation. Takdelah buta-buta guna 10% pengeluaran KWSP pembelian rumah untuk renovation.

Ramai orang tak pernah kira efek kadar inflasi dalam pulangan pelaburan. Bila tak ambil kira kadar inflasi, silaplah sebab ingatkan pulangan dah ok.

Real returns adalah petunjuk utama pelaburan berbaloi atau tidak.

Nak jadi konservatif dalam keadaan inflasi tinggi ni merugikan. Nilai duit jatuh cepat.

3.3% tahun 2021

Kena cari instrumen yang bagi pulangan tinggi dan risiko yang mudah diurus. Simpan dalam cash banyak-banyak? Lagilah pointless.

Saham? High return, high risk, learning curve besar. Kena belajar & buat silap (rugi) baru boleh buat duit. Banyak je orang muda kerja makan gaji company besar masuk ke pasaran saham sejak moratorium covid. Banyak yang lebur.

Pasaran MY tak friendly untuk pelabur bilis sekarang. Pelabur luar tak masuk, nak trade pun tak rancak sebab volume rendah. Kalau kerja makan gaji, baru nak belajar, elakkan.

Property? Risiko utama property adalah you have to always be right. Tak boleh buat salah langsung!

Tersalah beli property, hangus 5 figure at least sebab apa2 kos melibatkan property ni semua 4-5 figure (lawyer fee, stamping, renovation, repair, yearly maintenance, etc). Sanggup ambil risiko?

Realize capital gains dalam property? Ada tax.
Pendapatan sewa? Ada tax.

Unit Trust – Best tool, risiko mudah diuruskan. Actively managed, meaning anytime boleh switch between funds. Banyak pilihan fund based on geografi/sektor/risk profile. Based on history, unit trust proven from time to time untuk dapat real returns tinggi.

Depending on advisor punya skill, ada potensi dapatkan super high return.

Dividend? Tax-free.
Realize gains melalui switching/redemption? Tax-free.

Best thing about unit trust, you have someone on your side all the time. Takdelah rasa lost along the journey. Incentive for the consultant is to grow your money. Dia dapat benefit indirectly bila pool of fund client2 dia makin besar.

That’s why consultant bersungguh-sungguh buat kerja, tambah knowledge sebab directly ada incentive for them untuk besarkan nilai invested. Kira win-win lah, both client and consultant dapat.

Client bolehlah fokus kat kerjaya, family, hobi dan apa2 sahaja sebab money invested is well taken care of.

I can manage your funds. Contact me if interested. Tapi kalau serius jelah with strict T&C and will need your co-operation. Long-term relationship.

Kalau nak buat, biar sampai jadi. You make profit, I make the sales, both win.

In the meantime, kiralah berapa your real return dalam investment yang ada sekarang. Kalau positif, very good. Maybe boleh improve lagi.

Kalau negatif, let’s fix it.

Baca lagi:

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation

2 comments

Leave a Reply