Ejen Lama Hilang? Mari Saya Bantu

Reading Time: < 1 minute

Satu masalah yang saya akui dalam industri unit trust ni ialah entry bar nak jadi ejen sangatlah rendah. Benda sama pun berlaku dalam industri takaful dan selagi model agency ni digunapakai dan tidak diperbaiki, sampai bila-bila masalah ni akan wujud.

Tak nak cerita banyak tentang ini sebab akan mengundang masalah lain pada saya nanti.

Adakah anda mengalami masalah ejen hilang? Kalau ya, saya boleh bantu. Tak kisahlah di mana anda berada, dokumen boleh pos, apa2 komunikasi boleh buat online. Tiada masalah.

Sedikit mengenai saya:

  • 12 tahun pengalaman secara terus melabur dalam pasaran ekuiti Malaysia. Saya dah beli unit trust sejak belajar lagi
  • 2 tahun pengalaman melabur dalam pasaran ekuiti US
  • Aktif mengumpulkan aset kriptowang
  • Idea pelaburan saya adalah berdasarkan analisis yang dikeluarkan oleh investment bank tempatan dan luar negara
  • Tidak bercadang untuk bekerja makan gaji lagi. Sekarang, hanya fokus untuk mengembangkan perniagaan saya dan karier dalam industri unit trust & perancangan kewangan

Saya akan lakukan analisis terhadap portfolio pelaburan Tuan/Puan dan mengesyorkan tindakan seterusnya berdasarkan keadaan pasaran semasa. Objektif adalah untuk mengurangkan kerugian dan membina semula porfolio yang sustainable.

Bagi yang dah pernah melabur tapi ejen hilang, rugi rasanya kalau tak buat apa-apa. Peluang untuk buat duit dalam pasaran sentiasa ada, jadi tidak apalah kalau terlepas peluang sebelum ni, kita cari yang lain.

Boleh follow saya di Facebook, Twitter & LinkedIn untuk update terkini tentang pasaran. Instagram pula tempat saya update santai-santai.

Berminat? Hubungi saya.


Posted

in

by