Ingat tak entri Kenapa Duit Kita Menjadi Semakin Murah? Anggap entri ni sebagai sambungan kepada kisah kejatuhan ekonomi Amerika.
Selama beberapa minggu, pusat ekonomi Amerika iaitu Wall Street New York dibanjiri oleh orang ramai yang berdemo secara aman. Konsep demo mereka adalah mudah, mereka hanya beramai-ramai membanjiri Wall Street sebagai simbol bahawa ekonomi Amerika adalah kepunyaan rakyat, bukan bank pelaburan atau syarikat-syarikat besar.
Kalau tak faham, video atas ni menerangkan lagi konsep Occupy Wall Street.
Walaupun Amerika merupakan sebuah negara demokrasi terbesar, namun berita mengenai Occupy Wall Street langsung tidak kedengaran di media utama mereka. In fact, memang berlaku total blackout pada media terhadap demonstrasi ini termasuklah di Twitter di mana hashtag yang berkaitan dengan demonstrasi ini akan di-censor-kan oleh Twitter kerana bank JP Morgan US memegang saham Twitter sebanyak $400 juta. So much about free speech yang mereka banggakan selama ni..
Demonstrasi ini telah berlanjutan selama beberapa minggu dan semakin merebak ke bandar-bandar lain di seluruh US tapi tidak hairan sekiranya anda tidak mengetahui tentang perkara ini akibat daripada media blackout tersebut. Tak tahulah samada media di Malaysia menyiarkan tentang berita ini ataupun tidak, mungkin kerajaan Malaysia pun telah mengeluarkan arahan untuk tidak melaporkan berita ini kerana ingin menjaga hubungan dua hala dengan Amerika.
Kemelesetan ekonomi dunia bakal tiba. Ada yang mengatakan harga hartanah akan jatuh kerana dipercayai kebarangkalian harga hartanah jatuh apabila pasaran saham jatuh adalah 76.54%. Ada juga yang percaya (aku le tu.. hehe.. ) dalam masa 5 tahun akan datang, akan berlaku kenaikan mendadak pada harga emas dan perak.
Persediaan perlu ada untuk menghadapi kemelesetan ekonomi supaya kita boleh survive kalau ada apa-apa yang berlaku dan supaya kita boleh merebut peluang yang ada. Who knows?
Check out ebook Pelaburan Silver





Comments
18 responses to “Rakyat Amerika Sudah Muak Dengan Keadaan Ekonomi Mereka”
demi menjaga hubungan baik dua hala.
nampak sangat Malaysia dah jadi
seperti negara arab.takut sangat pada
amerika syarikat.sedangkan duit semua
yang hilang tu pergi hantar di israel.
apa yg kerajaan PAS Kelantan perjuangkan utk gunakan dinar selama ni memang untuk tujuan smo ni. tapi tu la, rakyat Malaysia ni masih lagi blackout dari dapat info smo ni. Hanya kerana politik, ekonomi negara digadaikan
Thanks bro, article ni menarik… =)
yours
SH
heheh TQ bro, aku rasa kalau kau wat MBA ke or economy nie, mesti mantap jugak.. huhu
Nice entry again… betwen aku nak ucap thanks kan kau sebab yg entry lepas aku senang paham dah aku guna untuk presentation proposal aku.. heheheh
hopefully dapat approval for the proposal. All the best!
Hidup ‘berhutang-beri hutang’, macam tu ler jadinya. Bila si berhutang tak dapat bayar hutang, si beri hutang pun lingkup sama lah. Kemudian salahkan government.
macamana boleh berlaku ni? pelik2
Aku pernah baca tentang ramalan pakar mengenai kemelesetan ekonomi dunia pada 2013 nanti..
aku faham pasal duit fiat nih, memang ni ler kesan dia
Main lama nilai wang makin membimbangkan.
Kapitalis bermaharajalela.
>.<"
malaysia ni tunggu masa je.apapun harap kerajaan dapat buat sesuatu yang dapat membantu rakyat.jangan nak kejarkan undi tu sampai ekonomi negara tergantung tak bertali…
Kalau negara bergantung perniagaan didalam bentuk matawang Dollar memang parah. Perniagaan didalam dinar emas dan perak adalah sesuai. Dulu bekas mantan PM Dr. M pernah mencadangkan bertukar urusan urus niaga dari pengantungan Dollar kepada dinar emas.
pernah jugak PM sarankan Asia jangan gunakan dollar tapi guna matawang China…
America will going down someday…
kemelesetan ekonomi akan berlaku? bahaya ni..kena buat preparation siap2 ni..
Dulu dah down tapi sekarang down lagi. Apa masalah diorang ni berdasarkan idea bongok yang boleh menyusahkan orang ramai. Bila ekonomi Amerika jatuh sudah pasti negara lain dapat merasai kecuali sesebuah negara bijak yang mewujudkan satu dana supaya rakyat tidak merasakan kemelesetan melanda.
Masalah kebobrokkan perbankan Amerika ialah membeli hutang-hutang terkumpul daripada pihak lain dengan harapan mendapat keuntungan faedah daripada si penghutang yang membayarnya. Apabila rakyat gagal membayar hutang, masalah modal berlaku kepada perbankan. Bagaimana menjana ekonomi kalau pendapatan bermula dari defisit?