Perasaan Feel Good Dalam Ekonomi

Reading Time: 3 minutes

“Negara aman, ekonomi bagus..” Tapi tanya balik diri anda sendiri, itukah hakikatnya?

Hari ini saya terangkan sikit apa yang dimaksudkan dengan perasaan feel good ekonomi bagus yang cuba diterapkan dalam minda rakyat sekarang.

Biasanya keadaan ekonomi diukur oleh indeks papan utama bursa saham. Kalau kat Malaysia, indeks papan utama adalah Indeks Komposit Bursa Malaysia atau lebih dikenali sebagai KLCI (Kuala Lumpur Composit Index). haa.. benda ni yang anda selalu dengar dalam Buletin Utama bahagian ekonomi tu.

KLCI ni terdiri daripada 30 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Malaysia. Maklumat pergerakan saham 30 buah syarikat ini digabungkan ke dalam satu kumpulan dan berdasarkan formula matematik tertentu yang digunakan, terhasillah indeks KLCI. Indeks ini digunakan sebagai perlambangan keadaan ekonomi semasa negara kita. Kalau indeks ditutup tinggi (macam sekarang dah 1614 mata, memang tinggi!) maksudnya ekonomi tengah bagus.

Orang pandai akan mengambil kesempatan daripada semua ini

Kalau nak diikutkan, tak logik sebenarnya pasaran saham kita ni. Nilai urusniaga di KLCI (contohnya pada hari entri ini ditulis) hanyalah RM1 billion. KWSP je ada RM500 billion. Dengan hanya beberapa juta digunakan untuk menggerakkan beberapa saham dalam senarai 30 saham tadi dah membolehkan indeks KLCI kita meningkat. Belum cerita duit daripada Amanah Raya (ASB, ASN, ASM dsb.) dan Tabung Haji lagi. Semua ni boleh digunakan untuk memanipulasi indeks.

Tak lama lagi pilihanraya kan.. Jadi tak hairanlah kerajaan bertungkus lumus nak tingkatkan perasaan feel good dalam ekonomi ni. Orang Felda dapat wang tunai ribuan ringgit, BR1M dah diberi, BR1M sesi kedua dalam perancangan, budak sekolah dapat RM50, budak universiti dapat duit lagi .. wow. Dapat duit sana sini! Saya tak cakap insentif ni tak bagus, memang bagus! Baru tahun ni rakyat semua merasa. Cuma ini bukan indikator yang tepat untuk keadaan ekonomi kita.

Kepada yang pernah merantau ke negara lain, biasanya negara yang menghadapi masalah ekonomi ni mempunyai kadar jenayah yang tinggi. Jenayah yang saya maksudkan ialah jenayah jalanan seperti ragut, rompakan di tempat awam, kejadian pecah rumah dan sebagainya. Tengok balik kat negara kita, tengok balik pada kes ragut yang saya sendiri nampak depan mata dan beberapa kes lain yang semakin kerap kedengaran di kawasan tempat tinggal saya, saya mula rasa kurang selamat dalam negara sendiri.

Kalau kat Moscow tu boleh difahami lagi kalau rasa kurang selamat. Ni kat Malaysia!

Kadar jenayah meningkat adalah disebabkan taraf hidup yang semakin meningkat tetapi bukan pendapatan. Pekerjaan biasa sekarang ni dah tak cukup untuk menampung hidup.  Bila kualiti hidup jatuh, orang mula terdesak dan mula mencari jalan pintas semata-mata untuk cari makan. Nak bukti pendapatan tak cukup? Tengok jelah bilangan pekerja asing yang semakin bertambah. Sekarang ni 7-11 yang dulunya memang orang Malaysia jaga pun dah amik pekerja asing sebab orang Malaysia tak nak kerja situ.

Jadi itulah dia. Point saya dalam entri ni, our economy is not doing good. Ada jurang yang besar antara higher income people dengan lower income people terutamanya di kawasan bandar. Kalau dulu, antara kawasan bandar dengan luar bandar je, tapi sekarang jurang tu dah wujud dalam bandar. Satu pekerjaan dah tak cukup untuk kehidupan yang selesa.

Kepada yang masih belajar di universiti tu, pandai-pandailah nanti. Gaji fresh grad dulu dengan sekarang pun tak banyak beza, tapi taraf hidup dah berlipat kali ganda. Cabaran semakin besar untuk anda. Nak tau besar mana? Tengok harga rumah di tempat tinggal anda/tempat anda bakal bekerja dan anda akan tahu betapa mencabarnya dalam masa beberapa tahun lagi.


Posted

in

by

Comments

22 responses to “Perasaan Feel Good Dalam Ekonomi”

  1. daddydee Avatar

    Betul tu tuan. setuju sangat dengan pendapat tuan.
    memang ekonomi tak bagus sebenarnya sekarang tapi bila baca paper dan tengok tv kita rasa ekonomi bagus walhal tidak.

    Duit gaji memang tak cukup untuk tampung taraf hidup yang meningkat. Makan nasi pun sekarang sekali makan RM10 sorang.. Dulu RM10 dah mewah dah, dah boleh makan 2orang.

  2. halif Avatar

    Bila sudah dewasa, mata sudah ‘nampak’ semua cabaran. Baru kita nak terasa bagaimana mak dan ayah ‘sorok’ benda ni waktu kita kecil. Or sebab kita kecil, kita tak ambil peduli. Sedangkan dari dulu sampai sekarang sama sahaja. Setiap insan yang lahir didunia ni ada dugaan tersendiri. Mesti akan ada yang kata hidup susah, mesti ada yang kata hidup senang. Semuanya ada untuk kesimbangan. Takkan lulusan SPM inginkan gaji seorang lepasan ijazah. Bagaimana pula impaknya terhadap mereka yang buat ijazah?

    Sedang bayangkan semua orang didunia ini pakai kereta mewah dan duduk di banglo mewah. Aman sentosa. Tiada huru hara. Ermm, mungkinkah boleh terjadi begitu?

    Realistik: Minimumkan masalah dan dugaan sahaja boleh kita laksanakan. Tak boleh nak buat semua dapat nikmat yang sama tanpa mengikut kedudukan, kesungguhan, kepandaian seperti fahaman komunisme.

  3. azman Avatar

    Dari dulu lagi ekonomi kita mmg tak berapa baik,hanya laporan dari GOV semuanya indah belaka,hakikat nya tak sama dengan realiti sekarang.

  4. nizam Avatar

    Walaupun ekonomi M’sia sederhana jer, sekurang-kurangnya bersyukur dengan kita ada, serta usaha kembangkan ekonomi masing-masing. Insya-Allah, berjaya..

    Entri menarik untuk Photonista: http://iamluvit.blogspot.com/2012/07/tips-ambil-gambar-berkualiti-dengan.html

  5. bitt Avatar

    setuju jugak dengan pandangan kamu…kalau dapat beli rumah sekali pon dalam umah mesti tak rak apa2 yg boleh disumbat…nak kata beli barang dapur skang pon sama…dulu RM100 penuh troli..skang RM100 separuh pon tak sampai woooo

  6. anonymous Avatar
    anonymous

    Betul tu, pemaju rumah pulak suka buat rumah yang mahal-mahal, bila tanya kenapa buat banyak rumah mahal, dijawabnya target market untuk korporat. Alhai !! berapa kerat sangat lah ahli koporat dekat Malaysia nie. Rakyat jelata yang taraf tak berkorporat lagi ramai dekat Malaysia. Kadang-kadang sedih tengok, yang tinggal di rumah berkembar dan juga teres dua tingkat tempat saya tinggal di Johor Bahru nie kebanyakan orang bukan melayu dan orang Singapura. Orang Singapura ramai yang beli rumah mewah dekat JB kerana pertukaran wang mereka yang tinggi. Terasa pulak macam kita yang menumpang dekat negeri sendiri. Niat dihati nak perbetulan keadaan yang tak berapa nak betul nie, Mmmm.. tapi apa boleh buat saya nie bukan siapa-siapa pun nak memperbetulkannya.

  7. beliamuda Avatar

    Yang baru grad ni memang terasa kepayahan untuk terus survive dengan keperluan hidup yang mendesak.

  8. ReM Avatar

    KLCI bukan petunjuk ekonomi yang utama, jangan bergantung sangat kepada KLCI.
    Cuba tenguk GDP, GNI, CPI dan income per capita. Itu lebih bagus dan indikator ekonomi yang bagus.
    KLCI ni sekarang ni lebih kepada politik indikator…

  9. Fazrol Avatar
    Fazrol

    Apa yg bro ariff tulis nie betul… Sekarang kita amik 30 syarikat utk indek KLCI.. Sebelum nie kita amik 100. Kalau amik still 100, KLCI xkan naik mendadak macam skrg. Semua nie utk nampak kenaikkan…

    Itu tak termasuk tentang FDI lagi.. Kadar inflasi pun naik mendadak.. Perbezaan org kg ngan vandar pun semakin ketara… Tapi yg rileks org kampung.. Kalau dulu org berebut nak ke bandar.. Skrg org bandar yg nak blk kampung.. He he..

  10. khairil Avatar

    yup.betul tu.bila tengok berita, media mainstream terutamanya, semua kata ekonomi Malaysia semakin bagus.tp rakyat marhaen saja yg tahu macam mana keadaan sebenarnya.

  11. boni Avatar

    bro ariff shah!! aku setuju dengan pandangan ko.. macam mana orang tak cari duit dengan cara yang jahat?? bila keadaan memaksa, orang yang baik pun sanggup menjadi pembunuh untuk mendapatkan duit..

    kita amik contoh seorang suami.. yang kerja hanya cukup2 makan. tiba2 anak sakit dan memerlukan perbelanjaan yang besar sedangkan waktu dan ketika itu memang dia tiada duit disebabkan gaji yang sentiasa tak cukup dengan hutang itu hutang ini, bayar itu bayar ini, tidakkan mungkin akan terlintas di fikirannnya untuk mencari duit dengan jalan yang mudah demi untuk nyawa anak yang tersayang? Ini bukan tak terjadi sebenarnya. Ada terjadi di dalam negara kita sendiri, tapi tak ada siapa pun yang tau.. kehidupan orang bawahan yang sentiasa tak cukup dengan duit hinggakan mendesak mereka melakukan sesuatu yang tak elok…

  12. eddie Avatar

    tak menhairankan…jika ia hanay dijadikan alat politik semata-mata..hmmm

  13. Juan Avatar

    benda ni aku pernah bagitau bapak aku, tp dia kurang jelas, iaitu kalau 10 tahun dulu gaji tech ada la dalam rm1300 gitu, skrg selepas 10 tahun gaji tech averagenya adalah rm1500, dan masih ada juga yg rm1300 dipenang nih, sedangkan harga rumah dan barang selepas 10 tahun adalah sangat berbeza, akan tetapi kenaikkan pendapatan sangat sangat tidak melambangkan 10 tahun telah berlalu sejak itu. Dengan kata lain, taraf hidup meperlihatkan malaysia seolah maju dengan taraf hidup yg canggih akan tetapi hampir kebanyakkan sangat terasa dengan beban kewangan hinggakan boleh dikatakan saya terpaksaya bayar rumah rm600 sebulan untuk 40 tahun lamanya, adakah hidup saya untuk membayar hutang selama 40 tahun?

  14. aslam Avatar

    yup,exactly.. sebab tu ramai orang kena kerja lebih masa utk cari duit. dan hanya habiskan duit tu utk impress people disekeliling… hmm..

  15. eyriqazz Avatar

    Sangat setuju ngan pandangan bro…. skangni combine income RM5K+ pun belum tentu mampu beli rumah yang selesa…. or hidup dengan selesa…

  16. azriMy Avatar

    memang menyeramkan :O

  17. hisham Avatar

    sy dpt merasainya.. baru 3 tahun grad dr sebuah universiti. survive tanpa bantuan keluarga. awal2 lagi niat kerja sbb nak bayar hutang PTPTN. then beli kereta, kawin, dapat anak dah nak masuk setahun, pastu untuk secure ada bank offer kad kredit… tujuan gaji bulanan hanyalah utk bayar hutang… belum masuk nak beli rumah lagi… gaji gred 41. tengok org kampung dulu2 serba kekurangan, tapi tak ada hutang… saya? kaya dgn hutang…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      yang dah tiga tahun grad pun masih terasa lagi beban dia. Inikan pula yang baru grad..

  18. KiD Avatar

    i feel good too jugak lah.. hehehee

  19. Denaihati Avatar

    ketika kembara Beijing kami dimaklumkan harga apartment 2 bilik di Beijing antara RM1 – 1.5 juta.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      seram betul dengar. bila tengok harga rumah sekarang, kena fikir 2,3,4,5 kali lagi..

    2. Sya Isya Avatar

      yup, betul tu, DH. Kat Beijing bukan setakat rumah je mahal, premis perniagaan diorang pun mahal juga. sampai ada yang gulung tikar bila ramai sangat pelancong minta diskaun kaw2, dan diorang bagi je harga yang customer minta. (based on cerita dari tourist guide).