Scottvest – apabila semua gadget boleh dibawa ke mana-mana.
Aku sedar sekarang yang aku tak boleh lekang dengan barangan elektronik, kalau tak telefon bimbit, MacBook Pro ni. Mesti nak ada salah satu dan aku percaya ada diantara kamu semua dah kena dengan sindrom ni. Setiap masa kena ada telefon, laptop, iPod Touch mahupun iPad dalam tangan. Betul tak?
Teringat lagi zaman ketika aku masih muda dan kecil dahulu. Benda ni semua tak wujud dan hanya digunakan oleh ayah aku untuk urusan kerja. Sekarang hampir semua ada barangan elektronik mereka sendiri, paling cikai pun ada handphone. Budak sekolah rendah pun ada yang dah ada handphone sendiri.
Aku terfikir dalam masa 5-10 tahun lagi nanti macam mana pula jadinya.. Anak-anak muda mungkin dah tak boleh hidup tanpa benda-benda ni. Bila tiap-tiap hari dah dibiasakan memegang barangan elektronik ni semua, lama-kelamaan benda ni jadi sebati dalam hidup kita. Tak boleh lepas dan dalam bahasa orang putihnya, our minds are wired to all these devices. Otak kita akan memberi signal seolah-olah ada sesuatu yang tak kena kalau tak ada barangan elektronik.
Bahaya sebenarnya benda ni dan lebih bahaya kalau anak muda terutamanya ketika mereka sedang membesar diberikan peralatan elektronik ni. Benda yang sepatutnya memberikan kemudahan dalam menjalani kehidupan seharian akan menjadi keperluan untuk mereka hidup dan berfikir. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana manusia sepatutnya boleh hidup dengan normal tanpa peralatan elektronik ni semua.
Nak tahu anda terkena ke tak dengan sindrom ini? Senang je. Cubalah jalani kehidupan seharian tanpa barangan elektronik ni. Tengok berapa lama boleh tahan.ย Apa-apa pun, bila aku dah ada anak nanti aku akan pastikan mereka boleh hidup tanpa benda-benda ni semua.

Comments
33 responses to “Peralatan Elektronik Untuk Hidup”
aku bertekad bulan ni aku nak beli ipad.. hehe.. lama sudah aku mengidam ipad.. tapi terpaksa beli benda yg lagi penting dari tu.. aku kena keja kuat lagi bulan ni utk mendapatkan ipad..
budak-budak sekarang kecik-kecik dah pandai guna pc, tengok je la kat cc penuh je budak-budak.
barang elektronik ni memang satu keperluan dan tak boleh dipisahkan. aku hanya akan bekalkan anak aku hp ngan laptop je. lain-lain beli la sendiri masa dah keje nanti.
Kalau takde orang contact aku sekalipun, telefon aku amat berguna nak kejut aku bangun tidur~
:)
kalau kalau iPad ngan laptop tu ditinggalkan seharian, tak efek lagi kehidupan. mcm HP tu mmg dh xleh dipisahkan. kena ada gak walaupon xbuat apa2 panggilan dalam sehari tu. huhu
tu dia. kalau belajar kemahiran hidup dulu ada dua jenis keperluan dan kehendak. aku rasa bnda ni sekarang lebih kepada keperluan. mungkin segelintir kecil je anggap sebagai kehendak yg ada pun xpe xda pun xpe. :)
Aku tanpa pc macam tunggul jer,tu jer yang aku tak leh pisah
kalau gemar mengumpul gadjet,cukup puas hati bila dapat satu2.. tapi kalau pakai jaket camtu,cam byk radiation effect je kat badan… haha
biasanya HPlah…tapi kadang2 tu bila sibuk sangat HP tak hingat letak mane..masih ok lagi kot..hehehehe
x lengkap idup tnpa brg elektronik..tp harapnya anak sy nnt jgn la kecik2 lg dh pndai nak mintk hp, lapptop, etc..mana nak cekau duit? huhu..
those yg lahir at 1981 mcm aku ni maybe half jer kot yg wired, few friend yg a know, mmg ramai gak yg ada just plain phone
rasanya bukan gadget2 tu je org akan menggelupur kalau x ade…
kalkulator pun penting bagi dorg especially budak skola…
tanpa kalkulator, it take time to think the answer…
benda ni dah jadi macam perkara asasi. Kalau tak ada, rasa macam tak hidup. tengok la sehari kalau kita tak bawa handphone, rasa lain macam jer. tapi dulu ok jer kita tak de benda ni semua.
Macam aku, komputer wajiblah. No. 2 selepas handphone. Kalau tak ada komputer tak tahulah nak kata apa
Mmg xleh idup tanpa salah 1 brg electronic ni…mesti nk ada jugak a least enset. Dah try dah kasi pinjam notebook kt kwn 1 week.. then,merangkak gak eden guna lappy abg den dulu..huhu..enset pun msti xtggl punya.. i wonder, mcm na i boleh idup tanpa 2 benda nie dulu2? tp dulu xda 2 benda ni pun ada radio n TB kan..brg elektronik gak.. Kesimpulannya, mmg dh bercinta dng brg elektronik dri kecik lagi..haha :)
aku tak kesah ada ke takde. Tapi orang sekeliling aku bising nanti. Nak cari susah. Nak col susah. Nak suruh buat kerja. Client mengamok. Eii..satu hari aku tinggal, mak aku dah bising. Client plak bising. Aduhh, baru sehari. Kalau seminggu, mahu kena buang daerah agaknya. Haha..
btul la biomed.. aq guna komputer bagai nie main tekan2 je.. lama2 pandai.. x perlu guide.. hehe
Entri paling hot :
Konpirasi Kerajaan 1 Malaysia di sebalik video SEKS Anwar Ibrahim”
Untuk belajar mengunaka komputer tidak perlu menghadiri kelas.
Saya pernah buat eksperimen kepada anak-anak saya dengan membiarkan mereka explore sendiri OS Ubuntu. Nampaknya mereka semakin mahir mengunakan desktop PC.
Pernah suatu ketika mereka buka FireFox dan mula merujuk kamus untuk menaip perkataan di Google Search engine. Padahal saya tidak pernah beri tunjuk ajar cara guna Firefox dan Google search engine
bak kata pepatah
“World without IT is empty” :D
sekarang budak kecik main laptop pun dah tak heran..aku dah besar panjang baru dapat rasa pegang laptop..
ank buah aku umo 3 taun lebih..main laptop jari halus jer…hahaha
sokong sangat2..saya boleh hidup kalau takde air (air paip), tapi tak boleh kalau takde elektrik..kalau tak de elektrik, nak buka laptop pun takde semangat pasal laptop tu akan off juga nanti..
rasanye time zaman anak2 nnt,lagi x boleh lah kalau x de electronic device nie kot.. ntah2 gie tadika pun gune mcbook agaknye… belajr abc online bile x dtg kelas.. report perkembangan belajar online utk mak bapak.. agaknye lah..
anak sedara aku yang umur 3 tahun tu pon dah tak boleh hidup tanpa laptop.
advance sangat bebudak skang ni
pernah sekali masa aku student dulu, laptop member aku pinjam. Pergh 1 hari tu tak senang aku dibuatnya.. Betullah pe ko ckp.. Takde menatang2 elektronik ni, perghhh… Mengelupur!
Aku pernah kena sidrom ni waktu mula-mula kenal twitter. Asyik nak bertweet saje.
Jadi lepas tu aku ambil decision untuk kawal. Jadi salah satu cara yang aku buat ialah aku
cuti dua minggu dari dunia online. Balik kampung, pergi jalan-jalan buat benda-benda lain. Lepas tu baru aku boleh control addiction.
Susah weih hidup takde benda tu semua!
Mau macam cacing kepanasan je nanti. ;)
Tak boleh lepaskan laptop sebab ayah suruh bawa ke mana-mana. Tapi kalau bawa sekadar buat macam bantal peluk [bantal busuk istilah lebih tepat], masih bukan dikira sindrom kan? Haha..
Telefon bimbit? Selalu kena marah dengan mak sebab tak angkat telefon. Letak merata-rata, tapi kalau letak depan mata pun tak dengar sebab sentiasa “silent”.
Tapi zaman sekarang memang manusia selalu terikat dengan alat elektronik sedar atau tak sedar.
Contoh paling mudah, kalkulator. Kalau tanya pelajar sekolah tingkatan satu sekarang mungkin masih tidak terlalu bergantung kepada kalkulator. Tapi cuba tanya kepada pelajar tingkatan dua atau tiga, 48+53. Mesti kalkulator yang dicarinya dahulu.
Pro dan kontra?
*Tak pakai kalkulator sampai habis PMR. Siap cikgu pengawas peperiksaan tu tanya lagi, “Tak ada kalkulator ke?” – “Tak perlu”
klu 48+53 insyallah bleh jawab lg. klu soklan number nya beriban, jenuh gak nk kiranya
“Apa-apa pun, bila aku dah ada anak nanti aku akan pastikan mereka boleh hidup tanpa benda-benda ni semua.”
macam x ley nak caye je ni.ke mane tumpahnye kuah kalau x ke nasi…:)
hahahahahaha. itulah. Takpe. Nanti kena garang2 sikit. Kasi takut. haa..
menggelupur agaknya klu xde sume mende2 ni…especially hp la.. tu mcm asas kehidupan dah.no hp no life.erk?
apa nak buat.benda2 ni dah jadi jadi keperluan hidup zaman ni..
try la tgk anak jd ape tanpa brg2 nh.. hehee
betul la, mmg susah klo xde bendalah nie.. :)