Instrumen Pelaburan Popular Di Malaysia

Entri sekadar perkongsian daripada pembacaan saya. Ada instrumen yang saya baru tau secara detail seperti pelaburan Bank Rakyat tu, jadi saya pasti mesti ada di luar tu yang tak tau lagi.

Banyak lagi instrumen pelaburan lain dan sebenarnya kita digalakkan untuk melabur dalam pelbagai instrumen. Kalau satu tak jadi, yang lain boleh back up.

Kepada yang dah tahu, harap dapatlah kongsikan pengalaman dengan pembaca lain.

Logam berharga (Emas & Perak)

Crowne-Gold-Silver-Bullion

Ni yang paling latest, padahal saya pernah membeli dinar emas seawal tahun 2007 dulu. Masa tu harga satu dinar adalah sekitar RM300. Tapi dulu tak popular dan tak serius dengan pelaburan ni, biasalah, muda lagi masa tu. Modal pun berapa lah sangat kan..

Biasanya orang akan beli logam ni secara fizikal dalam bentuk jongkong atau barang kemas, simpan dan jual masa harganya melambung naik. Ada yang menggunakan produk akaun emas daripada bank tempatan di mana deposit duit adalah bergantung pada harga semasa emas. Konsep sama, jual masa harga naik.

Kenaikan harga emas tahun ini adalah 26% manakala perak adalah 14%. Boleh juga baca macam mana nak menentukan masa yang sesuai untuk beli emas & perak.

Amanah Saham Bumiputra (ASB)

[table id=4 /]

Paling mudah. Ini paling basic daripada duit ditinggalkan begitu sahaja dalam akaun bank. Simpan dan biarkan begitu sahaja.

Dividen tahunan adalah 7% – 9%, pendapatan pasif paling mudah tanpa risiko dan usaha yang banyak.

Pelaburan di bank koperasi seperti Bank Rakyat

Yang ni agak susah sebab dah ada waiting list untuk keanggotaan. Daripada apa yang saya baca, nak jadi ahli kena isi borang kat bank dengan RM500 sebagai pelaburan minimum dan tunggu jelah giliran yang memakan masa sehingga bertahun-tahun (?). Kalau bertuah, dapatlah masuk awal.

Potensi dia agak besar. 15% setahun (2010). Tahun sebelumnya, 15% dividen + 5% bonus loyalti. Bonus loyalti tu untuk pelaburan yang dah lebih 10 tahun.

Jadi next target saya selepas ni, nak pindahkan ASB ke Bank Rakyat. Untunglah kalau sesiapa yang mak ayahnya dah ada pelaburan kat situ.

Pelaburan dalam trust fund

Saya cari jugak maklumat berkaitan trust fund ni. Tak banyak pun yang ada selain daripada maklumat terus dari bank. Mungkin sesiapa yang terlibat dalam pelaburan ni boleh hasilkan blog yang lebih berinformatif berkaitan trust fund di Malaysia.

Dua trust fund yang popular adalah daripada CIMB dan Public Mutual. Satu je yang saya tak gemar pasal trust fund ini ialah fee dia yang agak melampau, biasanya pada kadar 5.5%. Baru masuk belum buat untung dah kena fee.

Tapi potensi keuntungan trust fund ni dengarnya sehingga 30% setahun. Saya tak pasti. Seperti yang saya katakan, tak banyak informasi. Kalau anda seorang agen, buatlah blog pasal trust fund. Saya pasti ada punya customer daripada blog anda nanti.

Kalau nak try unit trust dengan fee yang murah bolehlah ke FundSuperMart. Fee kat situ adalah lebih rendah iaitu 2% je sebab ianya diuruskan secara online, takde orang tengah.

Bursa Malaysia

ABOVE

Masih lagi tak popular di kalangan orang Melayu. Berdasarkan apa yang saya lihat dalam pertandingan permainan saham OSKIC, dua orang je pemenang nama Melayu. Lain semuanya Cina.

Jual beli di pasaran saham ni lebih mudah kalau kita rajin baca pasal ekonomi. Dengan sedikit pengetahuan teknikal analisis, boleh tau bila masa untuk beli dan jual.

Potensi keuntungan? Bermula daripada 20% sebulan, kalau anda benar-benar tahu apa yang perlu dibuat. Dengan modal yang cukup, 20% keuntungan bulanan pun dah cukup untuk menyara hidup.

Baca Making Passive Income. Making Passive Income tu blog baru lagi, orang Singapura tapi dia ada main saham dan hartanah di Malaysia. Antara yang terbaik pernah saya baca sebab penulisnya betul-betul menulis dan berkongsi tips. Banyak blog pasal Bursa Malaysia yang kita tau sekarang kedekut tips. Tulis setakat kejar trafik SEO.

Hartanah

new apartments

Hartanah ni macam-macam caranya. Cara paling asas, beli rumah dan sewakan pada orang. Pastikan kadar sewa lebih tinggi berbanding kadar ansuran bulanan yang anda perlu bayar di bank.

Baca blog dua blog pasal hartanah yang saya rekemen ni: Abang Ensem, Terra Nusa & Minda Hartawan


Posted

in

by

Comments

29 responses to “Instrumen Pelaburan Popular Di Malaysia”

  1. Ahmad Avatar

    Hmm.. nak mula tu yang susah tu. Banyak sangat godaan nak guna duit.

    1. asy Avatar

      salam. tumpang lalu ye penulis blog. saya dari unit trust cwa. klau sesiapa perlukan khidmat rundingan tentang unit trust trutama di johor, bleh la hubungi sy. tq. :D

  2. Esa Rosdi Avatar

    Pada 90an penyenaraian saham baru sangat popular kerana sentiasa beri pulangan tinggi. Kalau dapat sudah tentu ada untung. Contohnya Telekom, Tenaga, Nestle, Digi dan banyak lagi. Tapi sekarang kurang baik kerana kadangkala harga dibuka dibawah harga tawaran, bermakna kita kan rugi.

    Sekarang emas, perak dan online forex trading selain pelaburan hartanah menjadi pilihan ramai. Bagi mereka yang lebih berpengalaman mungkin memilih komoditi, ETF dan Indeks.

    Mungkin kita tak ada peluang sertai koperasi bank rakyat (closed end) dan koperasi felda (untuk peneroka dan pekerja) tapi ada satu lagi koperasi yang agak baik iaitu Koperasi Ukhwah. Koperasi ini menjalankan aktiviti pelaburan hartanah, restoran, ar-rahnu, pinjaman peribadi dll. Pulangan dividen pun agak baik, lebih tinggi dari ASB.

    Jika berminat melabur dalam emas tapi tak mahu simpan emas fizikal, cuba cari maklumat mengenai tabung pelaburan emas bank rakyat. Saya tak ingat namanya. Pulangannya pun agak baik.

    Semoga anda dapat manfaat dan sukses!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Terima kasih saudara Esa atas perkongsian pengalaman & pengetahuan yang sangat berharga ini. Sangat membantu saya, terutamanya part Koperasi Ukhwah tu. Tak pernah dengar lagi. Semoga dapat juga memberi manfaat kepada pembaca lain.

  3. Juan Avatar

    setakat ini aku baru join buku simpanan emas dan asb jer

  4. Noriz Avatar

    betul apa Ariff tulis tu, tpi ada masa tertentu BR buka syer mereka sekali byk mcm awal tahun ni so kena grab cepat…

    dan bila dah buka sekali tu, mmg lambat lagi lah nak tunggu peluang lain sbb dividen yg tinggi buat bank negara lock syer BR tak leh jual sesuka hati… unless ada sesapa jual syer mereka dan BR kasi peluang pd org lain amik syer tersebut..

    btw, masa BR open jualan yg lepas… seseorang leh beli more than 500…mmg rugi sapa tak grab peluang tu..
    but still kelemahan BR ni, ia tak compunding sbb dividen masuk ke dlm akaun saving bukan menambah kepada syer sedia ada tu…so syer kita statik pada 500 je dan dividen akan kite rasa otomatik dlm akaun…

  5. kakyong Avatar

    kakyong hanya ada ASB ajer..

  6. Denaihati Avatar

    Aku mula ASB 1987, Bursa saham 1996, Trust Fund 2001, Bank Rakyat 1993, Gold 2005, Silver 2011 n Harta Tanah 2010. Boleh buat blog khas ni heeee.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Buat bro. Benda2 macam ni memang berguna untuk dibaca oleh anak muda sekarang. Ilmu tu tak ternilai harganya lebih2 lagi kalau ianya perkongsian pengalaman

      1. fyruzhanna Avatar
        fyruzhanna

        ye stuju2! saya suka kalau ada org yg buat entri/blog yg cerita pasal benda2 mcm ni…

  7. fikri91 Avatar

    aku cukup suka kalau bro update pasal kewangan…
    mesti banyak info dan link yg diberi…
    sekarng ini , nak main hartanah dan saham tak da modal….
    sekang baru berjinak-jinak dengan dirham

  8. Lord Zara Avatar

    Selain dari simpanan, pelaburan – hartanah satu benda yang aku tengok sebagai sesuatu yang sangat penting. Cousin aku umur 24 (sebaya) dah boleh beli rumah harga 400k. Itu cabaran yang buat aku yang baru ada setakat sebiji kereta sahaja.

    =.=”

  9. Aslam Avatar

    Agen unit amanah mmg berlambak,cuma dlm industri unit amanah..agen tidak dibenarkan membuat penulisan berkaitan unit amanah company yg dorng join.. Ini salah satu undang undang pemasaran unit amanah.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      I see. Patutlah susah nak cari maklumat. Memang limited sangat.

  10. Aslam Avatar

    Boleh masuk rm500 je skng dalam bank rakyat, tp sayangnya duit dividen tahunan tidak lah compounding.

  11. nurmisnan Avatar

    Absolutely rite.. beli properties seperti rumah atau apartment dan tenancy
    kpd penyewa. pastikan mereka tahu syarat menyewa rumah agar rumah
    yg diberi sewa tidak rosak dan di ketuk dindingnya… selalu kes ini berlaku..

    Emas ini sebenarnya jika mahu lebih kekal harga dan tinggi nilainya pastikan
    membeli yang bersampul plastik keras dan jgn di buka. Itu lebih bernilai bila
    hendak di jual kembali.. sekadar berkongsi secebis pengetahuan… =)

  12. Ekspresi Ruang Avatar

    main saham ni teringat mcm filem Wall Street: Money Never Sleeps. siap dok penthouse lg muda2

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Main saham kat Malaysia boleh main one way je, masa market tengah up. Tak boleh go short sebab diorang nak protect industry. Kalau ikut market lain, US contohnya, boleh short. Two way street nak buat untung, buy and sell.

  13. Myvitrd Avatar

    Buat masa ni.. adalah sikit pelaburan dalam ASB & Bank Rakyat.. sikit2 lama2 jadi bukit… dalam simpan sebulan dalam ASB RM50 pon dah cukup dari tak buat langsungkan..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Penjelasan saya pasal Bank Rakyat atas tu betul lah kan bro?

  14. Khairul Kayz Avatar

    kalau nak belajar pasal emas atau follow info emas terkini, bleh klik sini http://dariblogpelaburanemas.blogspot.com/
    hari2 update…

  15. Pacifista Avatar

    setakat ni yang dah aku ceburi cuma 2 je, koperasi dan emas.yang lain masih belum dapat hidayah untuk mencubanya :P
    kawan aku pernah main bursa saham ni.pernah jugak dia ajak aku tapi satu apa pun aku tak faham apa yang dia terangkan tu.too complicated for me :P
    bro,nak tanya la.forex ni tergolong dalam pelaburan jugak ke?

    1. Ekspresi Ruang Avatar

      dpt terpilih jd ahli koperasi ke, bro? mantap2. mmg lumayan dividen lps ni tiap2 tahun. hehe

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        Anak felda ada koperasi sendiri. Dividen 15% setahun macam tu. Untunglahh…

        Kaklitangan felda pun boleh join. So kalau ada jawatan dalam felda, dapatlah melabur dalam koperasi diorang.

        1. nurmisnan Avatar

          Bukan setiap tahun dapat 15% dari KPF.. Kekadang 10% jer kemudia dividen tahunan akan transfer ke accn bank masing2. Itu yg terpakai coz tak perasan dah di masukkan… Rugi bab itu jer melainkan beri accn bank yang tiada kad ATM…

  16. titan Avatar

    kalau pandai main saham dengan forex..modal besar ada..memang sekejap aje dapat untung. janji kena mahu berani hilang duit la. hehe..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tak perlu modal banyak pun sebenarnya. Kalau mindset betul dan tahu selok belok market, boleh buat untung. Yang penting, kena banyak baca dan betul2 faham how things work

  17. hazwan dot com Avatar

    saya pun baru nak berjinak-jinak dengan silver dan emas…
    baru ada 1 dinar dengan 2 silver bar….

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Mula slow2 ikut kemampuan. Asalkan pelaburan tu guna duit sendiri.