Hujung Tahun Dividen Pun Masuk..

Reading Time: < 1 minute

Kenapa saya suka bulan Disember dan kenapa anda semua perlu suka? Satu je sebab. Bukan sebab nak masuk tahun baru, tapi sebab dividen ASB masuk bulan ni.

Kepada yang dah bertahun-tahun peram duit dalam akaun ASB, memang menunggu-nunggu bulan ni, lebih-lebih lagi kepada mereka yang tak pernah sentuh langsung duit dalam tu. Kenyang bila dividen berganda-ganda hasil compounding.

Satu yang untung kalau belajar kat oversea ni, duit yang disimpan dalam ASB memang tak boleh nak usik langsung. Yelahkan, kalau nak keluarkan, kena secara manual. Takde kad atau online transfer, online transfer masuk akaun je boleh.

Jadi mak saya pandai. Dia masukkan duit dia dalam akaun ASB saya, katanya for safekeeping, dia tak nak terbelanja duit tu. Alih-alih bulan depan, dia minta saya ‘pulangkan’ balik duit tu sebab dia nak guna. Nak tak nak terpaksalah bagi jugak.. hm… Baru je terfikir nak beli itu dan ini.. grr…

[table id=4 /]

Berdasarkan maklumat di laman web ASNB, segala urusniaga berkaitan ASB akan ditangguhkan bermula 21 Disember 2011 sehingga 2 Januari 2012, manakala untuk ASN bermula 27 Disember 2011 sehingga 2 Januari 2012. Kalau ikut tahun-tahun sebelum ni, pengumuman kadar dividen ASB akan dibuat di antara 14 Disember hingga 19 Disember.

Agak-agak berapa banyak dividen tahun ni ye? Bincang-bincangkan.

Sangat dihargai kalau anda dapat klik ni


Posted

in

by

Comments

47 responses to “Hujung Tahun Dividen Pun Masuk..”

  1. salmiah Avatar
    salmiah

    x sabar gak nih..thn ni guna dulu,ada keperluan yang perlu dibereskan..next year dan tahun2 seterusnye bleh biar berkepok dalam tu..ringan kepala x yah nak pkir bayar bulan2 lagi..

  2. Juan Avatar

    aku pon x sabar nk tggu asb bagi dividen ni, bukan nak keluarkan duitnya, tapi nak amik dividen pastu letak balik bagi pembiayaan tahun seterusnya, hehe

  3. pilotHans Avatar

    simpan simpan kuar.. simpan simpan kuar…payah nak tetap…haih….i know the struggle for financial freedom is unfair…n only millionaires would disagree…

  4. reezluv Avatar

    nak tukar ke emas dan perak plak lepas ni..ASB tu tetap ada.:D

  5. encikbeliau Avatar

    sape yg banyak simpan..dia ler yg untung.. masyukkkk

    1. AwangNilai Avatar
      AwangNilai

      Kalau ada simpanan 200k kan kah bagus … ni baru ada 50K. Apapaun, berapa saja yg dapat kenalah bersyukur.

  6. Norfa Avatar

    Sekarang hanya ada ASM, amanah saham satu malaysia..dividen sikit sangat.. masih tak bukak lagi ASB..ish.. kalau masuk kat ASB mesti byk dapat dividen..org kata tabung haji pon tinggi gak pulangan dia..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tabung haji 5-6% macam tu dengarnya.. Rasanya yang paling tinggi adalah ASB (antara yang paling senang nak masuk)

  7. kimmie Avatar

    aku pun antara yang menunggu berapa dividen ASB nak bagi thn ni. Klu dpt dividen tu…boleh la nak tukar tayar kereta.

    ASW baru – baru ni mcm biasa 6.5% je..tak tinggi sgt pun.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Benda2 ni diorang dah fix rasanya. ASB mesti lagi banyak daripada ASW

      1. kimmie Avatar

        dividen amanah saham ni tak beza byk sgt dr thn2 sebelumnya, tp mmg betul la ASB paling tinggi, yg lain dlm range 6% je.

        1. asma aishah Avatar
          asma aishah

          Baru ni pegi dekat pejabat asb dorang ckp melabur dlm asn lagi untung

          1. kimmie Avatar

            oh…mcm tu ke

  8. Anarm Avatar

    duit ASB aku tinggal sikit je.. tak kisah sebab ada invest kat tempat lain.. :p

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Orang cakap jangan letak semua telur dalam satu bakul. LOL Bunyi macam lain je…

      Tapi ASB ni aku tak nak kacau sampai dia max nanti. Untuk simpanan beli kereta Porsche.

      1. Anarm Avatar

        betul tu.. aku tak letak pon dalam satu bakul.. dah asing2 kan.. bakul semua cantik2.. :D

        1. Pacifista Avatar

          haha…tu perumpamaan baru ke bro? 1st time dengar.hehe :D

          1. Ariff Avatar
            Ariff

            Don’t put your eggs in one basket.

            Tu dalam bahasa Inggeris dia la, bila translate memang bunyi pelik

  9. Izwan Avatar

    eh,bukan keluar tahun depan ke?..bulan 1..
    kalau 8%++ lagi pun dah okey.. aku dah terdesak ni..hahaha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Nope. Memang bulan 12. Bulan 1 nanti dah boleh keluarkan.

  10. nurmisnan Avatar

    Aku tak pernah keluarkan lagi ASB since 1997 – 2011.. Tau masuk jer..
    Untuk masa depan.

    Bagusnya cara mak tuh, simpan pastuh baru guna… susah juger mcm tuh ekkk… hik3

    1. akubiomed Avatar

      Tentu banyak sudah didalam simpanan ASB kalau tidak diusik sekian lama. Pandai menambung. :-)

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      wow… sedap tu dengan compounding lagi.

  11. shaharil Avatar

    Range dividen aku jangka dalam 9.0 % hingga 9.5%.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Aku pun rasa macam tu gak

  12. AbdRashid Avatar

    keluar, masuk,keluar,masuk…berapa ajalah yang dapat

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kena buat satu sistem supaya masuk je. Tak keluar langsung.

  13. titan Avatar

    hoho..kalau dapat 10%++..

    ramai angkat rumah, kereta dan bini baru nih nanti. hehe..

    1. akubiomed Avatar

      Apa lagi bila hendak tamatkan zaman bujang? :-)

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      Biasalah tu. Tak ramai orang yang cekal menyimpan. Nampak banyak mulalah nak keluarkan.

      Text link ads eh.. Rasa macam nak try nanti. Niche blog saya tu belum lagi konsisten trafik 100 sehari. 2-3 minggu ni jarang dah update.

  14. Pacifista Avatar

    rasanya masih dalam range 8.5% hingga 9.0%.ntah bila agaknya nak merasa 10% lagi.huhu… :P

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Itulah.. Kalau dapat 10% sedap sikit. Zaman dulu seronok je >10%

      1. Pacifista Avatar

        kalau dapat lebih 10% boleh mintak kawan2 aku belanja ni.hehe :D

    2. Shahrul Avatar

      InsyaAllah kalau ada rezeki kita semua akan dapat 10%…hehehe

      1. Pacifista Avatar

        mudah2an bro :D
        aku tak amik ASB ni.disebabkan aku anak felda generasi ke 2,aku amik koperasi permodalan felda, KPF je.setakat ni paling banyak aku dapat 16%.Alhamdulillah…

        1. encikbeliau Avatar

          alamak..aku anak felda pun x tau pasal ni..camne nak apply saham KPF ni bro ??

          1. Ariff Avatar
            Ariff

            haa.. nasib baik ada bincang2 kat sini. Info banyak kat sini, borang pendaftaran pun ada. Cuma tak pasti mana nak submit http://kpf.felda.net.my/Pages/kpf.aspx

  15. nur Avatar

    boleh lagi ke masuk duit dlm asb sekarang? tak ingat pulak bulan ni dia nak bg dividen…kalau tak leh dpt banyak..grrr…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Boleh. Takde masalah pun.

    2. akubiomed Avatar

      Boleh masuk dan nikmati hasil tuaian dividen.

  16. Azah Avatar
    Azah

    mana lagi untung? masukkan duit banyak2 awal tahun, pastu senyap… or masukkan duit sikit2 tiap2 bulan.. (jumlah sama je).. ada beza ke?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Sebelum saya jawab, nak tunggu yang lebih pakar tolong jawabkan. Please. Anybody?

      1. abangensem Avatar

        Masukkan selonggok awal tahun dan buat dek je sampai cukup haul tapi make sure bayar zakat simpanan lepas tu.

    2. Amir F. Avatar

      Masuk sekaligus…

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        Tepat sekali XD

  17. Ekspresi Ruang Avatar

    hehe yg penting dpt untung. xkirala duit sapa yg disimpan

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau duit orang tak best la..