
Tiap-tiap tahun tau dah harga minyak petrol akan naik paling kurang 20 sen. Bila diumumkan kenaikan ni, selalunya waktu petang lepas orang balik kerja, majoriti stesen minyak akan dibanjiri oleh pemilik kenderaan yang nak isi full tank sebab tau kalau isi esok, jadi makin mahal.
Sebenarnya yang dapat dijimatkan tu takdelah banyak sangat, untuk setiap RM50, dapatlah jimat RM4.78. RM5 la senang cerita. Akibatnya, mereka-mereka ini terpaksa meluangkan masa untuk beratur dan mengisi minyak, ada yang sampai terkandas salam kesesakan jalanraya. Semuanya kerana mereka tahu, mereka jimat RM5.
Cuba sakit ni kita tahu bila datang, atau ada pengumuman cakap pada sekian-sekian bulan, kita akan jatuh sakit dan perlu masuk hospital. Kalau benda ni berlaku, saya yakin ajen Takaful tak perlu buka booth di tempat awan dah, hanya buka ofis tunggu orang datang.
Orang yang selalu cakap takde duit, tiba-tiba ada duit nak ambil pelan Takaful.
Bila kita nampak ada nilai, baru kita nak bertindak. Baru kita nak ambil. Masa tak nampak, kita buat tak endah. Kalau RM5 punya nilai pun sampai sesak jadinya stesen minyak, bayangkan kalau puluh-puluh ribu bil hospital punya cerita. Silap-silap boleh roboh ofis sebab orang berpusu-pusu datang.
Sebenarnya simple je. Kita ni bukannya ada jaminan pun sihat sampai mati. Katakan sekali jelah sakit, agak-agak sanggup ke nak keluarkan beribu-ribu ringgit tu?
Yang kerja swasta dan dapat medical card ihsan daripada company, lepas pencen nanti takkan nak bayar bil hospital pakai duit KWSP? Tak pun keluarkan simpanan unit trust.
Berbalik kepada cerita minyak tadi, yang dapat isi sebelum harga naik tu, oklah. Jimat RM5. Dapatlah jugak sikit-sikit kan.
Tapi kalau hal kesihatan ni, kalau dah confirm sakit, memang takde dah syarikat yang sanggup ambil. Kalau ambil pun, sakit yang ada tak ditanggung. Bayar sendiri.
Contact saya sekarang. 014-6278868

Comments
9 responses to “Nilai RM5”
RM 5 je pun.
Malas la nak bertaur isi minyak macam tu.
Penat dan rugi RM5 je lah.
Baik kita daftar Takaful Prudential lagi bagus.
ramai yang terfikir untuk jimat RM5 dalam masa sehari sebelum harga naik..tetapi tidak sedar masa untuk beratur di stesen minyak sangat rugi
Sekarang ni nak jimat kene naik moto la huhu.. atau cari teknik jimat minyak…
Tidak sanggup start enjin kereta, queue panjang dan akhirnya tauke stesen kata minyak habis.
Semoga Allah memberi kecukupan selalu. Amin.
jimat rm5 pun duit kan…banyak betul kereta beratur nak isi minyak malam tu
bukan takaful je, suplemen pun a must zaman sekarang ni. banyak penyakit pelik2 dan kita terdedah kepada food yang bukan food macam zaman dulu2 kita dapat. saya jual suplemen semulajadi dan selamat. memang siap ada kajian klinikal lagi, insyaallah berkesan.
oo. RM5 ke? hehe.
Biasanya tidak pergi isi sebab tak tahu ramai yang Q. Kebetulan pada malam tersebut keluar ke Pasar Malam. isi sekali. Dari pengamatan pam minyak tempat saya tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti yang dikongsi didalam media sosial.
As Salam. Tak kenal, maka tak cinta, bila dah kenal terus jatuh cinta. Tahniah dik, very informative blog. Keep it up!