Antara ASB, Tabung Haji & Unit Trust – Yang Mana Perlu Anda Pilih Dan Kenapa?

Reading Time: 2 minutes

Sebagai rakyat Malaysia, cukup untuk anda perlu tahu tiga bentuk pelaburan ini.

Kalau tanya saya, saya akan pilih ketiga-tiga instrumen pelaburan ini.

Tabung Haji

Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam dan adalah wajib bagi mereka yang berkemampuan.

Kalau fikir nak tunggu mampu baru buka akaun, susah laa. Untuk pendaftaran haji, rate sekarang ni ialah RM1,300. Tapi don’t worry, boleh guna duit dalam akaun 1 KWSP untuk pendaftaran haji.

Cara mudah je. Buka akaun Tabung Haji, bawa penyata KWSP kat TH, Bank Rakyat dan Bank Islam untuk pendaftaran haji.

ASB

Tak lama dulu ada facility overdraft ASB tapi sebab banyak orang salahguna, bank terpaksa bekukan dulu produk ni. Saya percaya suatu hari nanti produk ni akan diperkenalkan semula.

Mana-mana duit yang kita nak kumpul buat sementara waktu, contohnya untuk beli rumah, kereta atau kahwin, boleh simpan dalam ASB. Short term savings. Duit lebihan gaji sumbat je dulu dalam ASB. Untung-untung, kita lupa pasal duit tu atau malas nak keluarkannya sebab nak kena pergi kaunter baru boleh keluarkan.

Kalau nak argue pasal zakat simpanan, sepatutnya kita rasa gembira dan bersyukur kalau kita dah sampai tahap kena bayar zakat simpanan. Ramai lagi kat luar tu nak save duit bulan-bulan pun belum tentu boleh lagi.

Unit Trust

Yang ni untuk long term. Kena ada mindset yang betul kalau invest dalam unit trust ni. Normally, simpanan 5 tahun boleh bagi pulangan 80 – 100%, jadi dalam erti kata lain, simpanan unit trust ni boleh bagi pulangan sehingga dua kali ganda (atau lebih) kalau simpan lebih daripada 5 tahun.

Ramai yang saya dengar dari agen, baru simpan sebulan dua dah mula tanya berapa pulangan. Kalau jadi agen unit trust, memang tepuk dahi la bila dapat client macam ni.

Saya bantu client saya uruskan portfolio unit trust dengan cara active portfolio management. Cara ni lebih efektif untuk lock in untung cepat-cepat.


Posted

in

by

Comments

15 responses to “Antara ASB, Tabung Haji & Unit Trust – Yang Mana Perlu Anda Pilih Dan Kenapa?”

  1. cheahmad Avatar

    buat jer tiga2 kalau ada lebih. priority ASB & TH > Unit Trust/PRS. Dan property jugak, beli flat kat KL <RM100,000 monthly RM500. Oh yer, emas pun beli jugak. bagi bini.

  2. Zuan Avatar

    den sekarang sumbat separuh dalam dali equity untuk long term invest. baki lagi separuh park kat asb dan th. tengok la macam mana. main bedal je ni..

  3. Hafiy Avatar

    sekarang ni belum lagi sampai tahap unit trust..maybe akn buat lebih research untuk invest di sana

  4. Kereta Sewa Selangor & KL Avatar

    Rasenya ikut priority masing2 dan objektif kewangan masing2. Macam saya mungkin akan simpan tabung haji dulu.

  5. rajadel Avatar

    Vote for TH + ASB

  6. #JomKurusPH Avatar

    Saving dan saving. huhuhu

  7. Ezlaila Avatar

    Duit perlu disimpan sebaik-baiknya untuk jaminan masa depan. Ketiga-tiga cara di atas adalah cara terbaik.

  8. mtbink.com Avatar

    ASB yang paling senang

  9. myvitrd Avatar

    Semua pelaburan tu bagus.. alhamdulillah semia ada simpan sikit2

  10. ryz Avatar
    ryz

    alhamdulillah, smua ada buat.. emas pun ada… diversification nama nya kan.. cam pepatah “dont put all eggs in one basket” :-)

    i dont think asb akan unfreeze smula facility overdraft tu… maybe la sbb x menguntungkan sgt pihak bank… ramai pndai buat ‘rempit asb’, hahaa.. unless hutang negara dah cantik semula satu hari nnti…

  11. akubiomed Avatar

    Tak berkesempatan untuk memohon ASB yang boleh digunakan overdraft sudah tutup.

  12. fazrol Avatar

    Nasib baik client aku tak pernah lagi, baru 2 bulan dah tanya aku…
    rasanya aku dah terang betul2… Lagipun diorang boleh tengok sendiri investment dorang…
    Aku cuma tunjuk cara je…

  13. ohcikgu Avatar

    tabung haji dan asb dan emas.

    Yang lain, tak sentuh lagi.

  14. Izwan Avatar

    sekarang sumbat kat ASB je untuk praktiskan konsep

    “simpan & lupa”

  15. Yuzz Avatar

    Saya pilih tabung haji, mungkin kerana saya mempunyai sentimen kepercayaan yang lebih terhadap tabung haji dari segi hukum syarak berbanding lain-lain jenama pelaburan..