Gadis Melayu Haruslah Berfikiran Seperti Victoria’s Secret Angels

Reading Time: 2 minutes

Aku rasa penulisan aku kali ni akan membuatkan aku tidak popular di kalangan gadis Melayu, tapi apakan daya, truth must be told. Berkata benar walaupun pahit.

Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk menyeru masyarakat kita supaya mengamalkan cara hidup yang sihat dan lebihkan bersenam. Ini adalah selaras dengan salah satu azam tahun baru 2010 aku, iaitu mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat serta mengekalkan tubuh badan yang segak. Pada aku azam ini tidaklah terlalu susah untuk ditunaikan, cuma memerlukan dedikasi dan disiplin yang tinggi sahaja.

Oh ya, sebelum aku membebel lebih jauh mungkin ada yang masih tidak kenal Victoria Secret Angels. Mereka ini adalah supermodel (bukan setakat model, tetapi ‘super’). Victoria Secret adalah satu jenama yang tidak asing lagi kepada gadis-gadis yang tinggal di bandar, tetapi di Malaysia tidak ada butik Victoria Secret. Kalau masih ada yang tak tahu, tengok sini. Aku dah Googlekan untuk anda. Aku pilih supermodel kerana aku tahu yang mereka lebih berdisiplin terutamanya dalam bab kesihatan dan keremajaan tubuh badan ni.

Pada pandangan aku, gadis Melayu kita ni kurang sangat mengamalkan cara hidup yang sihat. Segelintir besar daripada mereka kurang bersenam, kurang bersukan dan kurang melakukan aktiviti yang sihat. Ada yang berfikiran berfikiran bahawa kalau dah kurus tu, tak perlu bersenam lagi. Pemikiran macam tu tak sepatutnya ada dan haruslah dikikis serta merta sebab tak semestinya kalau dah kurus tu badan kita ni dah sihat. Kalaulah ye pun anda tu dah kurus sangat, paling kurang pergilah jogging seminggu sekali. Sekurang-kurangnya bila badan dah berpeluh dan heart rate dah naik, pengaliran darah tu nanti akan lebih lancar. Tahukah anda kalau tak bersenam boleh meningkatkan risiko mengalami masalah jantung?

Pemakanan. Ya, aku tau kita ada banyak jenis makanan yang sedap-sedap. Pertama sekali anda perlu tahu yang makan nasi dengan banyak boleh buat anda gemuk. Itu memang kenyataan. Jadi kalau boleh kurangkan makan nasi, banyakkan makan sayur-sayuran. Kalau siang dah makan nasi tambah sampai 2 kali, malam slow down sikit. Nasi ni banyak kalori. Kalori adalah tenaga. Lebihan kalori yang tidak diperlukan oleh badan, akan disimpan dalam bentuk lemak. Lemak akan terkumpul di perut, peha, lengan, betis, leher dan sebagainya.

Bukan nasi sahaja yang banyak kalori, malah kek, aiskrim dan segala macam dessert mengandungi banyak kalori. Cuti musim panas yang lepas, berat badan aku naik sehingga mencecah 68kg kerana pemakanan yang tudak terkawal. Maklumlah, setahun sekali je dapat makan sedap-sedap.

Jadi tu jelah point aku untuk kali ini. Amalkan cara hidup sihat, bersenam dan kawal pemakanan anda. Hidup anda akan lebih berkualiti kalau anda ikut.

Ada apa-apa cadangan untuk artikel seterusnya? Tulis kat bawah. Aku dah xde idea ni.


Bila la entry Hidup Berani Untuk Gagal aku akan diindex dalam Google nih.. Adeh. Seksa menunggu.


Posted

in

by

Comments

54 responses to “Gadis Melayu Haruslah Berfikiran Seperti Victoria’s Secret Angels”

  1. mizz Avatar
    mizz

    dah ada rupanya post tu aku tak bc sampai pulak blog ni

  2. mizz Avatar
    mizz

    buatla la pulak post tentang macam mana nak menjadikan lelaki melayu badan hot, tinggi dan perkasa macam saper yer davik becham ke…
    skrang ni aku tengok ramai lelaki melayu badan obersiti mungkin banyak makan nasi kandar lepas tu lepak tengah2 malam ngan kawan pun makan nasi n mcm2 lagi. En Arif buatla tajuk Lelaki Melayu haruslah berfikiran seperti ……dot2….

  3. arrizz Avatar
    arrizz

    VS xde kat Malaysia?adoi..baru ingat nak beli something untuk someone..haha

  4. Maliq Avatar

    sebenarnya aku pelik sebab kenapa aku jumpa ramai awek yang makan sikit tapi body beso. ataupun dorang hanya makan sikit depan laki dan pelahap kaw kaw dalam bilik kot :D

    1. mohdaz Avatar
      mohdaz

      hahahahahahahahaah cun gila

  5. anahus sunuy Avatar
    anahus sunuy

    emm….secret

  6. ctsoleha Avatar

    camne agaknye trend bersenam semasa bulan ramadhan??
    mst makin kurang sbb suma dah bersesak2 di bazar ramadhan ptg2..dan bersiap sedia nak berbuka…hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      hm.. ramadhan.. menarik gak untuk difikirkan.

      ..nasib baik takde transportation sangat nak pergi bazar. Kalau tak memang tiap-tiap hari singgah bazar ramadhan cari juadah berbuka. hehe..

  7. norrule Avatar
    norrule

    bagus sebenarnya bersenam ni..1’st tentu lah sihat kan?pastu bleh tingkatkan metabolisma badan…yang paling penting ilangkan tensen,stress dan segala macam masalah…serius…sy dulu pun mmg malas bersenam ni.pas daftar kat gym..buat workout…alhamdulillah lega…rasa macam makin sihat..pastu xdak nak stress ngan tension…nikmat rasa dapat kuarkan peluh badab pun ringan hidup ceria…apalagi jom bersenam…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Betul. Hidup kat sini memang banyak stress. So bila nak lupakan pasal masalah dan stress ni semua, pergi gym la. Memang seronok.

  8. blogresipi Avatar

    Bersenam banyak-banyak dan selalu kira BMI. Ceria-ceriakan hidup sambil menimbang berat badan setiap hari. :)
    .-= Cerita terbaru blogresipi.. Eggless Chocolate Cake Trifle =-.

  9. nOj Avatar

    hehehe nk kate omputih sane mengamalkan cara hidup sehat sgt pn, x jugak… derang minum minum alcohol, isap okok, isap dadah… tp still body lawo… kalau kt cni diasak ngan ayat2 minum alcohol nanti buncit perut (padahal haram), isap okok plak leh mencengkungkan muka….

    btw, ai masih cuba mengekalkan bentuk badan seblum kawen n seblum ade anak…
    .-= nOj´s last blog ..cek nuffnang yg kudambakan itu… =-.

  10. iamsura Avatar

    link tu best lah….klakar pun ada [mcm perli pun ada..wakaka]
    huh…saya tak tau langsung Victoria tu apa…walaupun gadis bandar…. [poyo :P]

    senaman tu betul gak…tapi jarang bersenam[mungkin langsung tak… ;P]
    .-= iamsura´s last blog ..Takder apa, cuma nak gumbira je.. =-.

  11. misspinky Avatar

    wahh..tajuk yg amt menarik..
    otw nk jadi “gadis melayu vitoria secret angel”..
    ngehheheh..
    neway..im new here..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Bagus2. Matlamat pos ini adalah untuk melahirkan lebih ramai gadis melayu yang hot dan model material. haha.

      Selamat datang ke blog.ariff. Komen dan soalan adalah amat dialu-alukan =)

  12. fifi Avatar
    fifi

    skng 20 nnt aku bsenam boleyh la ad dlm 18 wakakakaa

  13. fifi Avatar
    fifi

    weyh kalau macam kes aku neyh da memang kurus tahap kering!darah terumbang-ambing mcm ombak perlu senaman lagi??
    hahahaaa
    masalah-masalah
    .-= fifi´s last blog ..masa itu berlalu tanpa memikirkan tentang kamu =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      baguslah kalau dah kurus. tapi seminggu sekali pergi la jogging sket. kasi fresh sket badan tu. baru rasa muda lagi. hehe..

  14. willy Avatar

    dmana yahh ada gadis melayu seperti pic diatas
    .-= willy´s last blog ..Coffee and Tea Avoid Diabetes =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      ada2. kena cari betul-betul lah..

  15. iza Avatar

    Ada cara lain lagi tak nak tambahkan berat badan?aku dah amalkn benda2 yg boleh mengemukkan tapi tak naik2 jgk berat ni…dah give up ni…

    1. ariff Avatar
      ariff

      aa?
      kenapa nak tambahkan berat badan lak??

    2. fiza Avatar
      fiza

      kurus sngat ke…mngkin faktor ktrunan @ hormon tak pun khwin je…dpt anak gemuklah (selera maka )…

      1. ariff Avatar
        ariff

        Sekarang oklah sikit kot. Yup. Memang genetik rasanya.. susah saya nak gemuk

  16. naddy Avatar

    weeweet~ adriana lima~…teehehehe~
    .-= naddy´s last blog ..~cinta terakhir~ =-.

  17. fiffymafia Avatar
    fiffymafia

    ah aku terasa malas bersenam!
    .-= fiffymafia´s last blog ..saya bukan nerd, saya sempoyyy la konon! =-.

  18. fasha Avatar

    mmg chantek2 sume model tu..
    kompem kne diet gle2…
    .-= fasha´s last blog ..BoSaNnyer kije… =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      dah memang naturally diorang cantik. kenapa gadis melayu haruslah berfikiran seperti mereka? meskipun mereka cantik, mereka tetap berusaha keras untuk maintain.

  19. zella Avatar

    hahahhahaha….
    mmg patut pn rakyat m’sia mengamalkan cara hidup yg sihat…
    i try to turn into healthy living,food and life…

    saye cuba choose organic food but it’s sooooooooo expensive okay..
    i’m glad i try n i wish kerajaan akan buat sesuatu about it…
    i love to eat healthy but mahal skit la n xsmua org boleh ikut…

    contohnya mcm harga meehun organik rm4.00 berbanding dgn meehun biasa rm1.80… bezakan?? i single xpe… kalau dh ade anak 4-5 org camner??

    1. ariff Avatar
      ariff

      wow. organic ni dah advance dah.

      saya masih xmampu lagi la organic2 ni. student lg pun :P

  20. PoJiePooh Avatar

    Wahhhh cayalah Ariff!!
    Entri yang berguna sekali untuk dibawa wanita² di luar sana..
    Ooops bukan wanita jer, lelaki Malaysia pun WAJIB mengamalkan cara hidup yang sihat..
    Pemakanan terutamanya..
    Nasi lemak la, roti canai la..
    Hangout memalam ngn kawan² kat mamak sambil tgok bola pun leh lagi layan roti canai bkeping..
    Renung²kanlah..

    P/S: Nasihat utk diri sndiri gak yg makin memboyot! Hahah!
    .-= PoJiePooh´s last blog ..Teater Bangsawan: SINBAD =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha. bukan perempuan je boleh boyot, tapi lelaki pun boleh (bercakap berdasarkan pengalaman)

      sebar-sebarkan artikel ni kalau boleh. biar kalau boleh perempuan satu malaysia baca artikel ni.

  21. dilot Avatar

    aku kuat makan tak..tettt..haha..

    ntah ler..akunya bile la nak ada dlm google tu…

    1. ariff Avatar
      ariff

      sekarang ni barulah penting google pagerank. kalo pagerank xde/rendah tunggulah berminggu-minggu baru dia index.

  22. Sweet Thinker Avatar

    model VS wat charity. model mesia tunggu sponsor.
    .-= Sweet Thinker´s last blog ..Perempuan Nampak Tua Diusia Remaja Tapi… =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      industry diorang dah memang established dah. kalau dapat sponsor confirm beratus-ratus ribu ringgit. xde hairan la kalau nak throw in dua tiga charity event.

  23. lielyana Avatar

    lili bersenam..???..gagaga..mcm imposible je..nk start yg ssh…nk ad pemangkin dlu :P

    1. ariff Avatar
      ariff

      ajak le sape2. memang kena ada geng la nak start. baru boleh

  24. wan2911 Avatar

    best bace entry nih..hehe :D
    .-= wan2911´s last blog ..Rahsia Surah Fatihah =-.

  25. aidi-safuan Avatar

    fewit tuh angels!
    .-= aidi-safuan´s last blog ..Appreciation Dinner MPP Uniten 08/09. Is it worth it? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha. angels la. baru kualiti

  26. chah Avatar

    huhu.. btol2. ku sendiri pun kurang bersenam. makan ikut suka. haha.
    .-= chah´s last blog ..jatuh cinta lagi..? bini abang dah brapa skarang ni..? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      jadi start 2010 ni kena cuba start bersenam. senang je pun.

  27. yott Avatar
    yott

    ariff…nmpknya den ni termasuk dlm katogery victoria’s secret angel ke? pasalnya den selalu jaga makan, detoks, exercise (ni pun baru balik dr jogg kat tasik shah alam) hehahha….sebenarnya bukan nak badan mcm model, supermodel jauh sekali la…tp den concern psl bab kesihatan ni coz ada kaum kerabat famili den yg tgh merana sakit sekarang pasal x jaga makan dan x pernah exercise…hobi dia makan3…hei..anda kaum lelaki pun patut jaga kesihatan…ni den tgk lelaki sekarang ramai yg muda2 lagi perut dah boroi ke depan…take care k….

    1. ariff Avatar
      ariff

      yea. memang ada. nanti saya try come out satu artikel untuk guys pulak.

      tapi awak bagusla. amalkan cara hidup yang sihat. that’s the way.

  28. kenwooi Avatar

    live healthy only ar..
    not be sexy like them? =P
    .-= kenwooi´s last blog ..Boobs Are Good For Men! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      health is priority.
      sexyness is a bonus.

  29. topo Avatar

    tajuk post ko agak mengejutkan.. hahahah
    tapi menarik jugak ni..:D
    .-= topo´s last blog ..Hidup berani untuk gagal walaupun dikecewakan Miss I… =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha. aku sendiri tergelak tengok tajuk dia.

  30. Faiz Avatar
    Faiz

    Victoria Secret yang ni ke yang idan dok post out kat facebook semalam?

    Ko taknak tulis pasal banjir? Kt KL banjir, pantai timur banjir. rumah rosak, baju sekolah, buku2 rosak. KL ni pon macam asyik banjir je.

    1. ariff Avatar
      ariff

      aku kat moscow la. nak tulis pasal banjir kat malaysia ni macam mustahil je.

      1. Lady Nass Avatar

        hoho! nasib bek aku kurus. betul jugak ckp ko. kalau ko tulis ttg banjir kat mesia, mcm pelik aje. hoho.

      2. Lizz Avatar

        meh campak kat aku sebutir 2 buah tangan from Moscow. wakakaka.
        eh, tadi aku masak ayam masak merah. aku banyak!!!! hampeh, gemuk lah aku pasni. huwaa
        .-= Lizz´s last blog ..KB Mall runtuh =-.

        1. ariff Avatar
          ariff

          lauk banyak xpe. kurangkan nasi. kalau dua-dua banyak tu, memang carik pasal la.

          weh. nak gak ayam!! hantar sini