Muflis Akibat Daripada Hutang Kereta

Reading Time: < 1 minute
Untitled
– dipetik daripada akhbar The Edge minggu ini

Tak sangka tinggi juga peratusan golongan yang muflis akibat daripada hutang kereta. 25% atau 1/4 daripada jumlah kes muflis adalah berpunca daripada hutang kereta. Ini menunjukkan pembelian kereta, lebih-lebih lagi untuk golongan yang baru bekerja kalau tak dirancang dengan baik boleh mendatangkan masalah yang besar pada masa hadapan.

Akibat daripada kemalangan tempoh hari, minat nak beli kereta ni semakin timbul. Sejak kebelakangan ni memang rajin tengok harga kereta dan masuk ke laman web automotif untuk cari maklumat yang lebih lanjut.

Personally, KIA K3 (KIA Forte versi 2013) menjadi pilihan, tapi bila check balik kewangan, memang tak beli rumah la kalau angkat K3 ni. Tak boleh…. So kena cari something yang kurang daripada RM70k. Kalau tak paling busuk pun amik Myvi high spec la. Proton? Mungkin tak.

Pada saya kalau beli benda mahal macam ni memang untuk penggunaan jangkamasa panjang, at least 10 tahun guna baru tukar yang lain. Paling penting, jenis kereta yang dipilih tu taklah mendatangkan masalah dan ada after service support yang bagus.

Sempenan pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ni, harap polisi kerajaan berubah supaya dapat mengurangkan beban saya bila nak beli kereta nanti.


Posted

in

by

Comments

34 responses to “Muflis Akibat Daripada Hutang Kereta”

  1. Hafizul Avatar

    Hehe..kenapa proton bukan menjadi pilihan??emm bahaya jugak buat loan sebenarnya kan..

  2. hatiputera Avatar

    memang elok dah tu kalau pakai kereta. sekurang-kurangnya kalau hari hujan tak la basah kuyup naik motor. Tetapi pilihlah mengikut kemampuan dan tidak memudaratkan kewangan di kemudian hari. Suggestion Evo 7 sesuai untuk ariff.hehehe

  3. puanbee Avatar

    Beli kereta 2nd hand p , proton wira saya sendiri dah pakai 5 tahun :) masih okay …alhamdulillah ..itu je yang mampu …

  4. Fazrol Avatar
    Fazrol

    Kenapa ukan proton?

  5. Myvitrd Avatar

    25% angka yg besar juga tu.. tulah ramai orang mampu beli kereta tapi tak mampu untuk bayar komitment byrn bulanan.. bila sebulan dah tertunggak.. maka bulan akan datang akan menjadi lagi beban

  6. azman Avatar

    Saya pakai saga dari tahun 1999 sampai sekarang tak ada masalah.Kalau mampu boleh amik kereta tu.Kalau beli kereta,kena pakai motor kecik ler baru boleh save.Motor besar untuk orang yang terlebih duit jer hehehe..

  7. Melastik Bintang Avatar

    harap-harap harga kereta selepas bajet 2013 turun la sikit… =p dan harap bank longgarkan syarat membuat loan….

  8. Rem Avatar

    Pilihan yang baik dan tepat.

  9. farr Avatar

    sy pakai Proton ok je. ukur baju bdn sendiri le. yg penting,maintenance schedule kena follow… kalau pakai BMW pun, tp malas service… lingkup juge.

  10. jeff Avatar

    takkan baru jatuh skali dah insaf naik motor kot?hehe.kan aku dah kata kereta ni penting gak.beli saga sudah walaupun duit banyak dan mampu bayar kereta lebih mahal bulan2.hati tenang.aku pakai saga ok je selepas 2 tahun.tapi aku pandu secara sopan dan berhemah.aku tak suggest beli kereta tempatan high spec.sebab apa?dia tambah accessories je.kita boleh tambah accessories tu sendiri..save your money first.

  11. Katak Comel Avatar

    kena bajet btoi2 bak kte pepatah ukur badan di badan sendiri

  12. azriMy Avatar

    buat pilihan yang bijak :D

  13. Fatin Adawiyah Avatar

    Ambil kereta ikut kemampuan.
    Pernah terbaca buku “Hidup Tenang Walau Berhutang”, amik pembayaran kereta hanya untuk 2 atau 4 tahun bagi mengelakkan kita menanggung hutang yang membuat kita semakin lama, semakin miskin.

    Sekiranya kita tidak mampu untuk bayaran bulanan yang tinggi untuk pembayaran 2 atau 4 tahun, ini bermakna kita tidak mampu memiliki kereta tersebut. (Boleh guna tips Warren Buffet – “Don’t buy more than what you “really need” and always think how you can accomplish things economically”)

    Saya terbaca dua kisah berbeza :

    Kisah pertama, Si polan membeli kereta second hand terlebih dahulu sambil mengumpul duit untuk membeli kereta baru akan datang. Setelah itu, dia mampu membeli kereta baru secara cash.

    Kisah kedua, si polan berhutang 9 tahun untuk memiliki kereta baru. End up, pembayaran masih belum habis, kereta sudah rosak sana sini. Ini kerana, pengeluar kereta telah bersepakat untuk mengeluarkan kereta yang tidak tahan lama seperti kereta zaman dulu untuk mengelakkan syarikat pengeluar kereta mengalami kerugian.

    Sedikit pengkongsian ilmu dari buku tersebut. :)

  14. Hanif Avatar

    Terbalik pula. Kalau sy minat kepada motor makin menjadi sebab sebelumnya sudah biasa berulang alik dengan kereta. Penat dengan jem. Apa pun, dua2 tu liabiliti yang kena ada.

    Kalau nak cari kete yang maintenance murah, jimat, dan pemanduan pun memuaskan hati, saya cadangkan myvi (itu pun kalau tak kisah lambakan kat jalanraya). Myvi biasa2 je, bukan SE yg melampau2 mahal tu.

    Lagipun memang 2nd value agak tinggi. Pengalaman saya pakai baru 2 tahun, hutang tinggal RM38k even value kereta RM43k above. So jimat bila nak jual kereta dapat duit lebih lagi. Compare to my old Kia yang downgrade harga lebih 1/3 selepas 5 tahun. Nak jual pun siap kena tambah duit RM7k above. Pening kepala nak lepaskan or sambung bayar, walhal tersadai je atas faktor minyak dan tak sesuai utk city driving. Apapun itu cerita lama resale value & fuel consumption Kia, sekarang selepas Forte taktau dah camna. Mungkin jauh beza dah.

    That kind of average budget boleh dpt bnyk pilihan. Jazz hybrid, fiesta, k3, elantra, Vios, almera, honda city, alza. Apa pun choose wisely :)

  15. Tho Ha Avatar

    ada sorang mamat tu dia pergi kerja naik motor je. Tapi bulan2 bayar kereta RM100 pd padahal kereta tu dah kena lelong. Hal ini berlaku apabila berlaku shortfall iaitu harga lelongan kereta kenarinya adalah lebih rendah drpd harga yg dia berhutang dgn bank.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Biasanya harga lelongan mesti lebih murah daripada current market value. Dah nama pun lelong. Apa-apa pun, itu lebih baik daripada kumpul hutang dan interest bila dah tak mampu bayar

  16. fauzi the explorer Avatar

    hutang kereta ni kena berhati2.. jangan start lewat bayar sebulan.. lepas tu mula le berjangkit ke bulan2 yg lain

  17. pinkbubblegumprincess Avatar

    baik beli kereta bulan 2 dekat-dekat nak tahun baru cina..selalunya interest bank rendah tau….. :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks for the tip. First time dengar tip macam ni

  18. msbmna Avatar

    Baru beli Kia Forte awal Jun tadi. Kesimpulannya, puas hati dengan harga yang dibayar setiap bulan, minyak pun jimat terutama jarak jauh, kos servis pun berpatutan dan waranti 5 tahun.

    Nak beli kereta mesti tahu jenis yang kita nak guna. Sedan? Kompak? MPV? SUV? Ada orang cakap MPV boleh guna lama kalau dah kahwin nanti. Tak semestinya juga sebab MPV ni jenis kuat guna petrol dan tak disarankan untuk orang bujang. Kalau sedan memang ideal dan praktikal sepanjang masa. Baik bujang mahupun keluarga kecil tak rugi membelinya.

    Jadi, aku beli Forte untuk jangka masa panjang sementara status bujang nak bertukar ke berkeluarga. :)

  19. Lagubestbest Avatar

    Beli mercedes lama lampu petak 38k -50k dah dapat. Outdated la tp pemanduan mantap n jarang sesangat nak rosak, color itam ngan tinted cermin separuh gelap sket nak kasi nampak bergaya.

  20. Ekspresi Ruang Avatar

    Kia ngan Hyundai ni mmg kalau nk pakai tu, kena btol2 pakai lama, at least 5-6 tahun. br pdn dgn depreciation yg tinggi stkt skg ni. kalau x, amek city br pon ok. saya? prefer SUV n diesel engine. huhu

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      SUV dah terkeluar daripada budget :(

      Kalau ikutkan memang nak

  21. boni kacak Avatar

    myvi tu ok jgak.. tak nak alza ke? at least kalau ramai anak2 tak ada masalah ruang lagi dah

  22. kimmie Avatar

    perlu difikir dan dirancang elok – elok…untuk kebaikan di masa hadapan

  23. cmratu Avatar

    kereta kalau nak beli kena cari yg boleh pakai sampai habis bayar hutang, selagi tak habis bayar selagi tu tak untung apa2..
    saya pun tgh merancang utk simpan duit muka kereta baru selepas habis bayar kereta sekarang, ada 5 tahun lagi, tapi kita kena rancang dari sekarang kalau tak nak ada masalah..

  24. beckhr00y Avatar

    harap cukai kereta dikurangkan nnti

  25. Naziman Avatar

    Ingat lepas dah accident, dah serik bawa motor. Memang mat motor sejati.

  26. Shahrul Avatar

    cantik gak Kia K3

  27. anastasyea Avatar

    Dalam pembentangan badget ni, kalau dapat dikurangkan harga rumah atau pengurangan cukai untuk yg nak beli rumah .. lagi bagus .. =)

  28. Mohd Adziim Avatar

    Kalau nak beli kereta, nak kena ambil kira kos maintenance tahunan juga.

  29. Rui Avatar
    Rui

    Kia K3? Bagi aku model yang duk ada ni lagi lawa. Rambut sama hitam…

  30. Man Avatar

    dah berkira-kira mau angkat kereta dah? hehe

  31. ika Avatar
    ika

    Abang tough ni serik eksiden yerr….har har har….