I thought this would never happen to me, I was wrong.
Kejadian berlaku malam tadi sewaktu pulang dari KLIA. Jalan kat situ kan banyak corner yang panjang dan memang syok kalau buat ‘cornering’ cecah lutut, terutamanya kepada pemilik motosikal berkuasa tinggi. Namun begitu, kalau skil masih rendah dan baru first time menunggang motosikal di kawasan itu, eloklah dilupakan hasrat gila tersebut.

Sebaik keluar dari kawasan parking motosikal KLIA, saya memecut terus ke hadapan dan bertemu corner pertama, laluan sehala dengan double lane. Ada van pelancong di lane sebelah kiri hadapan saya. Masuk corner tak brek sebab tak nampak berapa panjang corner (pandangan dihalang oleh van tadi), ingatkan pendek je, rupa-rupanya jauh ke dalam. Kelajuan yang agak tinggi tadi (70-80 km/jam) menyebabkan understeer dan membawa saya semakin dekat ke tepi jalan. Terpaksa brek.
Masa brek itulah motor terbabas, jatuh di bahagian belah kiri. Badan tercampak, lutut kiri tersembam di atas jalan, badan terbalik dan terseret beberapa meter dalam keadaan terlentang. Kepala terpaling belah kiri dan boleh terdengar dengan jelas bunyi seretan helmet pada permukaan jalan. Nasib baik beli helmet mahal; perfectly fit dengan kepala, jadi tak tercabut dan telah mendapat pensijilan antarabangsa untuk digunakan dalam litar. Kalau Sirim approved, tak taulah macam mana.
Dalam hati meraung-raung “No! No! No!”. Kecewa dengan diri sendiri. Sebagai seorang penunggang motosikal (dan saya suka menunggang laju), saya faham risiko yang datang dengannya dan cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Kalau hujan sikit, memang jarang keluar untuk mengelakkan risiko jalan basah. Tiap-tiap minggu check motor untuk memastikan semuanya perfect. Silap saya kali ini adalah kekurangan skil untuk mengendalikan motor dalam keadaan understeer macam ni. Sepatutnya tak brek tapi turunkan gear supaya boleh drift/power slide. At least tak jatuh daripada motor, tapi biasalah bercakap dari segi teori lebih mudah daripada melakukan perkara sebenar.
Sepanjang kejadian saya dalam keadaan sedar. Macam ni rupanya eksiden motor.. Sepanjang badan saya terseret, terasa tangan belah kiri yang teruk luka, koyak akibat terseret pada permukaan jalan yang kasar. Glove yang dipakai koyak, glove nipis, tak banyak perlindungan. Bila dah terhenti, baring sekejap. Ambil nafas. Pemikiran masih normal, so takde masalah kat situ. Dua penunggang motosikal melintas, seorang penunggang naik bersama pemboncengnya. Takut jugak kalau tiba-tiba perompak yang lalu, memang jatuh ditimpa tanggalah kalau macam tu.
Bangun.. duduk. Cuba gerakkan jari, semuanya normal. Tekan bahagian tangan, lengan dan bahu, takde apa yang serius kecuali luka dan bahu kanan yang bengkak. Kemudian tekan pula bahagian dada dan rusuk, risau takut ada yang patah. Nope, semuanya ok. Kaki boleh digerakkan dengan normal, jadi takde tulang patah. Nasib baik…
Berdiri. Motor yang tumbang didirkan semula. Kesian.. Tak sampai dua bulan dah kemalangan.. Gear di-freekan dan enjin dihidupkan semula. Kali pertama tak boleh. Matikan suis, hidupkan balik. Enjin hidup. Selamat.. Salah seorang penunggang motosikal tadi pusing balik. “Ok tak bang?” – Ok.. ok.. sambil melihat tapak tangan kiri yang teruk luka. Darah mengalir keluar.
“Nak saya tolak ke? Abang tinggal kat mana?” Bagitau dia saya tinggal di USJ. Masa tu memang fikir eloklah tolak je, tak nak panggil sesiapa dan susahkan orang lain tapi bile melihatkan keadaan tangan yang mengalir darah dan lutut yang bocor, bahaya jugak kalau duduk atas motor. “Saya tolak abang sampai Petronas la,” ujarnya memandangkan hala tujunya tak sama dengan saya.
Peronda KLIA sampai. Tiga orang pekerja MAHB kebetulan melalui kawasan situ dalam 4×4 mereka. Jalan ditutup satu lane, lampu kecemasan dihidupkan. Masa tu baru lima minit berdiri, masih lagi dalam keadaan terkejut daripada impak ketika jatuh tadi. Rasa nak pitam pun ada. Saya tanya kalau pekerja MAHB ni ada bawa air atau tidak, salah seorang stafnya dah risau bila mendengar permintaan tersebut. Memang ada rasa nak pitam. Duduk sekejap di tepi jalan dan ketiga-tiga pekerja tadi menasihatkan supaya saya bertemu doktor dulu sebelum meneruskan perjalanan. Penunggang motosikal tadi pun pergi.
Saya dibawa ke klinik. Doktor takde, jadi sementara menunggu nurse tolong bersihkan luka. Pedih sepedih-pedihnya. Namun disebabkan nak control macho punya pasal, bunyi sikit pun tak keluar. Control beb.. jangan tak control. Part nak keluarkan batu kecil kat luka tadi memang sakit, tapi part bila doktor bersihkan luka kat lutut yang dalam tu memang sakit tahap legend. Rasa macam nak tercabut kaki.

Luka pada lutut agak dalam, kulit kat situ completely hilang. Terpaksa jahit. Bila dapat bius barulah rasa relax sikit, itupun ngilu lagi masa dia jahit.ย Terpaksa call mak dan adik suruh datang. Dah berjahit macam tu takkan nak bawa motor balik lagi kan. Gila ke?
Harap pengalaman macam ni dirasai sekali seumur hidup je. Tak suka la sakit-sakit duduk terlantar kat rumah macam ni. Doktor kasi cuti tiga hari (sampai Khamis), agak-agak tak larat nak gerak terpaksalah ambil Jumaat off jugak. Hopefully takdelah melarat.


Comments
74 responses to “Pengalaman Menghadapi Kemalangan Jalanraya”
mudah-mudahan InsyaAllah cepat sembuh dan dapat berakftifitas kembali seperti sediakala..
daisy
Takut betul dengan eksiden motor ni. Tak pernah lagi sebab sebelum ni bawa skuter je. pengalaman dengan motor gear ni sikit sangat. InsyaAllah lebih berhati2 lepas ni.
Apa pun, memang most of motocycle accident hasil corner. FUHH.
Alamak…syukur la tak ada apa-apa yang teruk berlaku..tu la bawak moto slow sikit..nasib helmet mahal..nanti beli la jaket yang macam dalam litar tu pula..hehe..
get well soon bro. Berhati-hati lain laki. Aku dah pernah dua kali eksiden, sekali tu patah kaki, kali kedua terseliuh teruk jari kaki. Cuti sampai berbulan-bulan.
Dalam situasi tersebut segala teori yg kita tahu tak sempat nak praktik dah.Hanya pengalaman yang mampu menyelamatkan kita.Luka teruk juga tu nampaknya.Setiap penunggang motosikal akan merasa pengalaman ni.Cuma check body motosikal bengkok ke tak.Bila bawa motor rasa macam ketam tanda body bengkok.Harap semuanya ok.
Nasib tak ada yg serius jadi…
Maybe yang rasa pitam tue, sebab banyak keluar darah tue…
Memg kita akan rasa pitam…
Alhamdulillah semua selamat..
ada tak rasa macam berlakon matrix masa kejadian tu berlaku? hehe..sempat lagi tu buat lawak..sebab saya pun pernah mengalami eksiden moto macam ni akibat emergency brek..serius masa tu rasa macam berlakon matrix je..matrix la sangat..dapat parut kat pipi sampai bertahun nak hilang..;p
btw, semoga cepat sembuh..
Rehat je dalam 2/3 hari ni jangan buat kerja kerja berat. Wife kerja kat hospital selalu cakap sakit jatuh motor datang kemudian bukan masa aksiden. Tahun ni bro dah 2 orang kawan saya jatuh motor, satu cedera parah dan satu meninggal.
Hati- hati Bro masa memandu.
semoga cepat sembuh, bawa motor memang ada risiko kalau kena brek emergency, memang peratus terbabas tinggi.
Get well soon! Extend your leave until the end of the week. Let me know , Bro….Take care.
Thanks a lot boss
Moga cepat sembuh, Alhamdulillah tak pernah accident lg since dpt lesen masa lps spm dulu.. Setakat keta calar balar tu biasa la :-D
mmg control macho lah..tgk gambar last pun tau..:p pernah jugak kemalangan, mmg menakutkan…huhu,,,semoga cepat sembuh!! :)
Banyakkan berehat dan makan ubat yea…. tapi yang penting control macho ngan nurse yang tak leh bla tu….hehehehe
pheww. hati2 next time ariff.
thn lps saya pon xcident moto.. masa tu kat poli… kwn bwk… kat selekoh gak.. mmg sakit gila waktu nurse cuci… rs nk lempang je bila dia letak ubat warna ungu tu… yg member siap mrh2 nurse lg… tp yg best nya smpi skang parents x tau sy xcident… sebulan lebih gak la x blik umah… nk tunggu luka tu kering… lps da xcident terus fobia nk nauk moto… tp Alhamdullilah skang da ok…
Semoga cepat sembuh. Eksiden mmg perit. Takpe la.next time lebih berhati hati punya. Pengalaman tersungkur di hi-way pasir gudang dan kena jahit di dagu, menyebabkan akak trus rembat kete sebijik.hehe
semoga cepat sembuh.. hati-hati next time (”,)
next time hati2..nasib baik tak teruk sangat..
hati2 bawak moto… risiko orang naik moto lagi dasyat…
Aku kalau nak ride, pakai jeans… sbb byk kali dah jatuh terseret… xpakai jeans, kulit senang koyak…
selalunya kalau eksiden, darah keluar bnyak, orang tua-tua cakap minum air gula @ manis supaya darah tu jadi pekat… so xde la darah kuar byk2..
Sabar je la bro…
take care ariff. gute besserung!
Semoga cepat sembuh bro.. hati2 next time. Pernah gak eksiden moto dulu dekat area Tesco Seksyen 9 Shah Alam. Langgar divider, lutut berdarah dan koyak. Ada pembonceng masa tu. junior di faculty. Walaupun berdarah, tetap ke tesco utk beli camera digital. sebab the next week akak konvo. Semangat punya pasal. meleleh-leleh darah ke tesco dan beli camera. Pengalaman sungguh. Dan baru tahu waktu tu yg aku ni rabun sebenarnya.
mak aku punya terms untuk cornering paras lutut ialah…
kona baring.
harap2 tak ‘baring’ betul2 la lepas ni. Hati2. Be careful next time. Suka jugak bawak motor laju2. Bawak dalam kampung jek. Ngeh3
Dugaan,,malang yg tk berbau…huhu
hurmmm… ni dah understeer pulak. nampak corner kalau tak familiar better la slow down sbb pernah je ambil corner laju sebab ingatkan corner sikit je, rupanya corner masuk ke dalam and agak panjang. Be careful bro.
Semoga cepat sembuh boss! Aku pernah eksiden gini juga. Main selekoh juga. Itu jam sebab pasir banyak kat jalan. Lutut je koyak.
Pasir banyak kat jalan pun penah gak kena, tapi masa tu pakai LC. Motor je jatuh, sempat lompat supaya tak jatuh sekali dengan moto
Kesiannya..takpelah belajar dari pengalaman kan. Moga lebih berhati-hati lepas ni..
malang tak berbau… hope cepat sembuh…
semoga cepat sembuh …..
helmet calar tuh tak apa boleh ganti baru
nyawa lagi penting sebab tak boleh beli dengan wang ringgit….
berhati2 ingat lah org tersayang ….
dan … oh tidak si ketam dah calar…. org kata calar tu tanda jantan… moga si ketam juga ok
ketam pun ok. terbabas je, tak langgar apa2. Jadi tak serius sangat
moga cepat sembuh… serius aku fobia ngan xcident ni.. sebab tu aku naik moto dlm 80km/j
Semoga cepat sembuh.
Kdg2 pengalaman camni perlu ada sekali dalam seumur hidup.
Saya pernah kemalangan bas sekolah di Lembah Beringin time F3. Waktu tu ada rombongan dari Ipoh nak ke KL, ada perlawanan rugby. Mlm tu tersadai di PLUS berdekatan Lembah Beringin. sdp2 tido dlm bas, tiba2 kena langgar dgn kontena. Bas tercampak melepasi longkang bsr tepi hiway. smo pakai turun dgn cemas, termasuk saya. sdr2 tgk ibu jari kaki berdarah sbb kena besi dlm bas. Waktu kena tu lgsg xrs sakit. Tp bila gi Hospital Tjg Malim, inject Tetanus ngan cuci luka, waktu tu rs cm nk pitam. huhu
Lagi seram kena langgar dengan lori kontena. Nasib baik ok
arifff, ngko kah yg accident ari tu? huhu, jgn lemah semangat bro. cuma next time berhati hati. lesson learn bro.
aku penah accident gak tapi kedua2 eksiden tu beri aku pengajaran utk lebih berhati2. speed kasi kurang bro. selamat n all the best
Saya dinasihatkan untuk makan kuning telur ayam kampung sejurus selepas terjadinya kejadian seperti yg menimpa saudara. Saya tidak pasti apa fadilatnya.
Nasib baik ko tak apa-apa. Bawak motor kena berhati-hati la.
Bro kenkadang pun ada masalah juga bila nak amik corner pada kelajuan tinggi… (time drive kereta MyVi).
Kemalangan Motor?
Belum pernah lagi terlibat. Sebab bro tahu, kalau terlibat… Perluang hidup agak tipis dan mungkin ada anggota badan akan cacat.
semoga cepat sembuh… lutut tu kena jaga la lepas ni, jgn jatuh lagi.. nanti dah kering boleh rasa nipis ja kulit tu.. saya 2 kali jatuh dan luka pada lutut yang sama (layan coner punya pasal).. tapi tu cerita masa sekolah dulu la.. :)
semoga cepat sembuh bro…
kata orang tua2… bawak motor, kalau tak eksiden tak sah lah..
next time kena lebih berhati-hati k…
Innalillah, takutnya eksiden ^^ saya pun pernah eksiden, tapi tak seteruk ni…semoga copat sembuh…
Pernah accident juga around 3 years dulu, kena langgar terpelanting berguling di jalan. Sama injury lutut kiri hilang kulit,lengan kanan,etc.
Part bersihkan luka ingatkan pedih, doktor pun dah warning awal…sekali doktor dah scrub2 dengan solution….tak adalah sakit sangat. Jenis tahan sakit kot.
Mungkin tak dalam. Yang kat lutut aku ni berlubang boleh nampak dalam. Tak sanggup nak tengok
wow…
syukur alhamdulillah Allah masih sayangkan nyawa bro…
jage diri lek lok….
buat sementara waktu nie stop dulu nek moto…
or mane2 kenderaan bermotor yg perlu dipandu sendiri…
kalau degil, x pasal2 kene leter dgn mak nanti….
Call mak suruh amik malam tu kene leter dulu.. heheh
stailo lah bro .. saya eksiden masa ujian JPJ brek kecemasan .. lagi malu woo ..
hehe.. yang tu pun pernah
bawa motor, kalau tak pernah eksiden..tak normal tu. haha..
apapun..rehat leklok aa..
get well soon bro! pergh ganas jatuh moto ni..
Alamak, pedihnya hati dgr moto duke 200 jatuh.
Mmg macam ni accident, sbb over confident. Aku pon jatuh jugak motor, tapi mujur pakai kelengkapan seperti power rangers. takde cedera langsung.
Ape-ape pon ariff, hang jangan bawak motor malam2. Bahaya, takut orang lain tak nampak kita. Lagi satu pasal ngantuk. Biar bawak motor tgh panas orang kata bodo, janji cool.
Kalau nak betul nak layan cornering, make sure kelengkapan perang semua cukup, glove, full face, jacket with back bone sponge, knee guard, boot. Tapi pada hemat saya, bawak motor ikut kemampuan diri, bukan ikut kehebatan motor.
Salam rider. Ride safe.
Ride safely too bro. Semoga tak kena apa-apa yang buruk.
Jangan lupa gerakan sendi2 tu..semoga cepat sembuh.
dua kali accident motor…dua2 kali teruk…satu kecacatan kekal di jari dan adik masuk besi…2nd, retak tangan kanan…sebulan lebih mc..
that’s y now agak fobia ngan lampu isyarat..bawak motor pun pi tempat dekat2 je…kita salah pun kita kena,kita tak salah pun kita yang kena…
Masuk besi tu paling seram dengar. Minta dijauhkan
part luka pedih tu memang legend bro..aku sendiri pernah rasa + skin lost kat lutut sebesar 50sen..nampak tempurung lutut..masa nurse cuci, rasa macam ringan2 je kaki nak bagi side kick..menahan sakit..hahaha
Sebijik macam aku kena. Boleh nampak dalam. Tapi aku kena tu doctor yang cuci belah dalam tu. Nurse memang tak berani la nak sentuh
klau bro pkai yg perlindungan kat lutut tu confrm xde kulit koyak
Itulah. Tak pernah terfikir boleh kena macam ni. Nak tak nak kena beli bendalah tu lepas ni
Bila dah bawa motor kalau tak hari ini pasti esok akan mengalami kemalangan .. kekadang kita berhati tapi orang lain cuai dan kekadang kita yg over confident pulak,
Semoga cepat sembuh, memang tak dapat dielakkan, kemalangan dengan menaiki motorsikal lebih tinggi kebarangkaliannya, lepas ni pakailah pakaian yang lebih lengkap dan kelengkapan bermotorsikal yang lebih sesuai, helmet sahaja tak mencukupi, jaket yang baik, riding boot, riding glove, dan lain-lain peralatan juga perlu diambil kira.
Tapi bila dah pakai semua peralatan tu pun bukan bermakna takkan cedera, aku pun aritu sampai retak tulang pelvis walaupun dengan semua peralatan, cuma bezanya kuranglah sedikit kecederaan seperti tersayat kulit dan sebagainya.
Hati-hati menunggang selepas ni, semoga selamat.
It’s ok bro. Dugaan kecil dari Allah. Semoga menjadi pengajaran kepada semua. Get well soon!
aku ni exciden moto bln 6 bru2 ni..tulang peha patah dgn bahu retak..luka due2 belah kaki dan tgn..
ko kire nsib baek sgt2..jgn xciden cam ko ni xde pth2..btw,bwk moto elok2..
semoga cepat sembuh.. saya doakan terbaik utk bro. Ada hikmah disebalik kejadian t.
Invest on leather, my friend. I crashed once en route to K.Klawang (which by the way, is a good place to ‘corner baring’), once in SIC at turn two, and recently while navigating downhill Genting which got me a mini fracture at the ribs. I had no ‘road rash’ in all of the incidents. Jaket tu dah penuh calar balar tapi tak koyak lansung :D Parut kulit sikit-sikit memang macho, tapi kalau memanjang satu tangan/kaki, itu dah menyakitkan mata!
Alhamdulillah bro tak ada ape-ape. Nasib tak banyak kenderaan lain lalu.
Saya dulu pun pernah jugak jatuh motosikal. terbreak emergency, jalan basah, hujan time tu.
memang susah gila nak bangun bila dah terpelanting dari motor. beberapa minit tak rasa badan n sakit sebab badan masih kebas sebab impak jatuh tu.
tapi rilek je bro bangun. keras gila badan. xD
semoga cepat sembuh btw. :)
Get well soon Bro. Kalau lu perlukan bantuan, roger gua bila2 masa pun.
Wah!! Bro….teruknya accident…
Alhamdulillah…tak teruk dan maseh sedar diri..
Pengalaman berharga nie…
Berhati-hati…ingtlah org tersayang..
Slogan tu…penuh makna..
:)
P/s: kurangkan hobi bwk laju…:)))
Semoga cepat sembuh. Tak pernah lagi saya eksiden teruk begitu. Tapi sayang pula helmet tu rasa. hoho
you should see the bike damage
Ini barulah mat motor sejati. Sudah menjadi adat kalau jatuh motor.
Memandangkan motor bro guna brek cekera perlu guna 2 jari untuk menarik tuil brek hadapan dengan berbanding mengunakan 4 jari akan menarik secara mengejut. Semasa ambil selekoh beri perhatiaan apa yang disebalik selekoh dan bersedia untuk memperlahankan motor.
Biasanya pembonceng akan mengunakan lebih banyak brek belakang berbanding brek hadapan yang mana adalah salah. Sepatutnya perlu guna brek hadapan 60% dan brek belakang 40%. Kalau pelumba motor biasanya mengunakan ‘late braking’ untuk mengambil selekoh.
Apa pun bro telah ambil keselamatan dengan mengunakan ‘gear’ sesuai untuk melindung diri daripada mengalami kecederaan lebih parah.
Kelebihan mat motor ini mereka akan prihatin sesama rakan motor mereka tidak segan silu untuk menghulur tangan.
Harap tak serik untuk membawa motor selepas ini.
Saya tidak pasti sama KTM boleh dipasang firing guard untuk mengurang kesan kerosakkan kepada motor.
inalillah. tak pe bro, ada hikmahnye, dapat melatih diri supaya lebih cekap diselekoh. pada aku eksiden mengajar diri paling terbaik dan paling sakit. hahaha. sbb pernah terasa… aduh, aku yg tengok helmet tu bercalar, bercalar juga hati aku.. hehe.. anyway, lepas seminggu atau lebih bro pegi la checkout kat doktor mengenai tulang, sbb biasa lepas eksiden mesti lebam2 dan effect pada tulang. kawan sy naik moto slalu jatuh, lme2 tulang belakang dia lari. lagi sakit.. anyway, semoga cepat sembuh dan moto pun baik2 belaka.. :D
semoga cepat sembuh bro..