Pak Menteri, Tolong Jangan Ulang Apa Yang Saya Dah Cakap

Reading Time: < 1 minute

Kalau cakap benda yang aku dah cakap tahun lepas, rasanya aku boleh la kot jadi Menteri Telekomunikasi. Aku dah cakap dari dulu lagi (baca: Beza Internet Russia & Malaysia) turunkan kos untuk internet broadband. Kenapa susah sangat nak ikut eh? Aku masih tak faham. Kos internet broadband kat negara lain berkali ganda lagi murah, tapi kenapa Malaysia tak mampu memberikan kemudahan macam tu? Boleh tak sesiapa atau Pak Menteri sendiri tolong jelaskan tentang perkara ni.

Nak cakap pasal nak tingkatkan broadband penetration tapi kualiti servis masih memalukan, malah menyakitkan hati. (baca komplen dan rintihan pengguna). Come on TM, come on Dato’ Seri Najib. I believe you can do better than this. It’s not mind boggling, you concentrate on this first, make sure semua dah tip top baru boleh cakap banyak. Ucapan yang berbunyi atau bertemakan “kami akan buat itu ini” tu orang dah jemu dengar. Rakyat tak bodoh. Buat sesuatu dan buktikan yang kalian semua memang sedang melakukan sesuatu.

Hanya pendapat jujur aku. Kita masih terlalu perlahan melangkah dalam bidang internet broadband ni. Memanglah sekarang dah ada UniFi, tapi kalau Streamyx yang lama tu pun masih bermasalah dan gagal diselenggara/diuruskan dengan baik apa guna memperkenalkan teknologi baru yang lebih mahal. Ataupun dah memang nak tukar satu negara guna UniFi?

***

blog.ariff’s premium sponsor July 2010:


Posted

in

by

Comments

39 responses to “Pak Menteri, Tolong Jangan Ulang Apa Yang Saya Dah Cakap”

  1. ekspresiruang Avatar

    internet malaysia mmg paling lembap dalam dunia. dial-up kat USA pon lg laju dari Unify malaysia

  2. Mommy Lyna Avatar

    Banyak hardware dijual dalam USD (sbb mostly drpd western), jadi kosnya tinggi lepas convert dalam MYR. Somore, Orang Malaysia banyak duduk bersepah (i mean duduk kat atas tanah) kalau compare negara macam Singapore. So, nak dapat economies of scale tu not easy untuk setiap KM². Not easy nak bagi competitive & melindungi kepentingan pemegang saham syarikat both at the same time.

    (Note: Saya bukan pekerja mana-mana syarikat telekomunikasi)

  3. fndrocka Avatar
    fndrocka

    lembab dan mahal!

  4. ashraf's Blog Avatar
    ashraf’s Blog

    maybe negara sedang membangun, tu sebab semuanya mahal kat Malaysia ni..hehe, pas ni nak kena duk Rusia lak..haha

    1. PutraMalaya Avatar
      PutraMalaya

      ubah gaya hidup atau ubah kerajaan..wakakaak o_O

  5. PRUnews Avatar
    PRUnews

    masih belum berpuah hati dengan kelajuan internet tanah air Malaysia ~~~ x cukup standard untuk negara kelas membangun ~~~~

  6. PRUnews Avatar
    PRUnews

    masih belum berpuas hati dengan … kelajuan internet Malaysia … blom capai standard sebuah negara membangun … ~~~

    info POlitik :: http://pru.com.my/

  7. Nazurah Avatar

    macam tu en arif je la jadi menteri..kite tgk macam mane en arif kendalikan isu ni bila jadi menteri…mungkin nanti mase tu kami sume boleh guna internet free?

    ps, gunalah p1wimax..laju dan smooth..xde langsung masalah tenet lembap..siap boleh kongsi dengan jiran lagi..aku share wimax ni dengan jiran sebelah kiri dan kanan rumah..pon masih laju gaban.

    1. fillah88 Avatar
      fillah88

      dok bandar leh la dapat…
      try tgk dok kampung leh lak P1wimax??

  8. mijie Avatar

    tukar menteri, cari yg IT oriented, pastu buang semua top management TM, ganti yg semua kepala IT….

    ataupun bukakan provider baru…jadikan ianya persaingan…bukan monopoli…

  9. fariz Avatar

    salam…saya bersetuju dengan saudara bab internet ini..di indonesia pun internet dah lebih laju..

    saya juga ingin mengajak saudara menghantar artikel saudara ke kami di http://www.utaraonline.net/v3/index.php

    mohon daftar dan hntar artikel saudara yang bagus2 untuk ditatap oleh warga utara tanah air..

    terima kasih..

  10. annadzirah Avatar
    annadzirah

    wah.
    sangat lantang bersuara ni..
    setuju sangat2..

    “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” konon..

    *ini pun pendapat sy jugak.

  11. Cik Nass Avatar
    Cik Nass

    Aku masih pengguna setia broadband celcom yang mahal RM68 kerana TM tak mampu meng’ada’kan line di kampungku. Bravo TM!

  12. Lord Zara Avatar

    hahaha~
    aku masih berpuas hati dengan wifi streamyx aku~
    kalau tetiba dia jadi kurang asam, aku mengamuk~
    pasti~

    er, kalau kamu dah jadi menteri, ajak aku jadi menteri kabinet ko gak~

  13. amar haziq Avatar

    setuju dengan arif…apsal lah d’org ni lambat sangat buat kerja
    ini lah akibatnya bila TM monopoli internet Malaysia..
    aku cadangkan..gov bukak je peluang utk service provider asing
    bagi competition sket kat TM..

  14. nursarah Avatar

    internet patutnya free je.

  15. landax Avatar

    HUH!dengan singapore pon malaysia masih mahal!ermm

  16. syahirul Avatar

    hebat gile ko ariff… hahahahahha~ pas jadi menteri jgn lupa kwn2 eh..

  17. scud Avatar
    scud

    selagi diaorg bleh balun diorg balun….mana dok pikiaq org janji masyuk ceo tm la yg kayo

  18. Wawa~* Avatar
    Wawa~*

    servis internet kat malaysia memang paling MEMALUKAN. kenmain bayar mahal… tp speed + stability.. ke longkang! sesilap yg jd menteri2 telekomunikasi bagai ni pn x paham apa punca sebenar masalah ni. tau cakap jer…

  19. eyriqazz Avatar

    cakap memang mudah bagi mereka ini namun untuk mengotakan jauh sekali..jika dibandingkan dengan Broadband semasa saya di UK dulu, bagai langit dengan bumi,namun harga tidaklah jauh berbeza….Syarikat broadband untung berjuta-juta tapi pengguna masih sengsara dan tidak mendapat seperti dijanji2….

  20. Anwar Osman Avatar
    Anwar Osman

    TM tu yang bermasalah.

    Bukan kata broadband screamyx. Kabel kena curik pun wat derk ja.
    Kat kg bini aku, budak2 pit kerat2 kabel tinggal tepi tiang.(kutip kemdian la br masuk byk selungguk boq)

    Org kampung buat report kat pejabat TM Machang.. xdak sapa sorg pun staff dia pi cek ka apaka. Mcmana nak tembus 50% capaian internet? Kabel pun tarak.. Bil tepon tetap jalan beb.. duk bazirkan kertas A4 2 keping kaler merah antar suh bayaq bulan2. Tobat x bayaq cek.. tepon xleh pakai. Nak apply broadband? Fuh JAUH tu nak panjat.

    Last2 pakaila Celcom Berukband yang lampu ijau setiap hari. Kalau bg bandwith limit 500MB pun kompom x habis.

    Tapi terpaksa pujila pasai kat KL nie 12MB speed aku pakai. Tu pun pasai pejabat kerajaan. Pigidah weiii… Menteri nampak bagus la ampa angkat depa.

    Bila nak wujud kampeni saing TM nie tatau?

  21. zaryl Avatar
    zaryl

    mungkin perlu letakkan talian broadband sebagai salah satu barangan kawalan mcm ayam dan gula.. hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahahahahaah.. macam kelakar pulak bunyinya

  22. nur hidayah isa Avatar

    broadband kat malaysia memang super duper slow….tension…

  23. eddie yustin Avatar

    Pak menteri tu hanya tahu sebut je…masalah line lembab mahal ke mana dia orang peduli….yang mereka tahu janji …janji …janji

    1. fina fento Avatar

      entah diorang ke tidak pasal ni. ke main bantai cakappppp je..

      *pedas makan sambal belacan semalam tak abes lagi >.<

      1. fina fento Avatar

        ops~ ayat tak habis :P

        entah diorang tahu ke tidak pasal ni..

  24. ejam Avatar

    bukan kata nak apply broadband, nk dptkan talian telefon pun cukup punya susah dan banyak dolak dan dalihnya…

  25. Eizil Avatar

    Masalah utama isu internet di malaysia ni adalah sebab Monopoli, sebelum ni satu jer syarikat yang beroperasi, so dorang amek remeh dan tekan selagi boleh para pengguna sebab tiada saingan. Bila banyak syarikat dah mula sediakan perkhidmatan (walaupun sesetengah masih guna TM sebagai backbone) tapi secara tak langsung naik taraf servis akan dibuat sebab dah mula ada saingan.

    Perkembangan sekarang ni sebenarnya dah nampak sihat, cuma kita selaku pengguna kena tahan sket lagi (walaupun aku pun dah penat gak ngan kualiti servis skangni)…

  26. Hazzy Avatar

    rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. bab internet memang susah nak diperkatakan. nasib baik saya ni bukan orang kementerian komunikasi. hehe

    Latest Entry Hazzy,
    Terkena renjatan elektrik ketika tidur
    Predators – bukan calang² pemangsa
    Gathering Geng Blogger 2010 Meriah dan Berinformasi

  27. joegrimjow Avatar

    blog politik
    ;)

    ku dah email dah
    siap suruh post kat kosmo lagi

    1. ariff Avatar
      ariff

      erk. ni bukan politik. ni aduan maslah rakyat.

  28. enasan Avatar

    ermmm haishhh xtau nk komen..lalallala

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha.. itulah. dah sampai tahap orang tak tau nak cakap apa-apa kan :D

  29. Faizal Avatar

    itu ler bro..masa aku balik dari jepun dulu aku dah bebel pasal ni..
    kata nak jadi negara maju, tapi nak apply streamyx pun susah..belum kira speed tenet lagi..tapi masa tu aku tak tulis blog..kalau aku tulis mungkin dah settle isu ni..hahahaha

    haishh..aku pun boring la. rindu gila kelajuan internet tahap gaban di jepun dulu..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Benda ni mudah je. tapi kita ni suka politik je lebih. Kalau tak politik, sistem kita ni celaru sangat. Cuma belajar dari negara lain yang dah berjaya, berkorban sikit itu itu (kalau ada) aku rasa problem internet broadband ni boleh settle punya.

      1. shaharil Avatar

        Mereka suka menunjukkan siapa yang menjadi hero kepada rakyat. Tulah masalah banyak tak selesai walaupun mudah jer.

      2. Cik Nass Avatar
        Cik Nass

        :) Sayang..duit..membazir tu..baik bagi Pak Menteri kita makan sampai buncit..~ :)