Beza Antara Internet Russia & Malaysia

[table id=1 /]

Ni aku kasi contoh sikit apa sebenarnya erti internet broadband, bukan macam yang kita dapat kat Malaysia tu. Agak memalukan sebab negara Russia ni, pernah dinobatkan sebagai negara yang ibu kotanya (Moscow) mempunyai kos sara hidup yang tertinggi di dunia. Tapi kalau bandingkan pulak dengan kos untuk mendapatkan internet broadband yang super laju, apa yang kita bayar di Malaysia boleh dapat 10 kali ganda lebih bagus kat sini.

So kalaulah bos TM terbaca pos ni, harap ambil iktibarlah ye. Tak lama lagi kabel bawah laut baru akan diaktifkan, jadi diharapkan harga dapat diturunkan dan internet speed bertambah baik.

Kepada PM Dato’ Seri Najib pun, kalau terbacalah, sound sikit bos TM tu. Suruh dia buat kerja betul-betul. Saham dah banyak dapat, tapi kalau kerja haprak takde guna untuk rakyat. Kalau internet murah, kadar penembusan internet nanti lama-lama meningkat la. Kalau setakat tax relieve, belum tentu semua rakyat dapat menikmati insentif tu sebab bukan semua rakyat bayar/mampu bayar income tax.


Posted

in

by

Comments

28 responses to “Beza Antara Internet Russia & Malaysia”

  1. Tentang Internet Avatar
    Tentang Internet

    betul2 nie ak sokong…geram je internet slow cam siput…itu kalau ikut pakej mmg dia ckap 1mb…kat tempat ak nie, nk dpat 100kb pon susah..aish..baik korang check baper speed internet korang tu…

  2. Steward John Avatar

    Memang betul la bro… Malu juga bila kawan2 dari negara lain tanya internet connection kita ni berapa speednya… Bila dorang bagitau yang dorang bayar lagi murah tapi speed menjangkau 10mbps, terdiam sejenak.. dengan tanpa segan silu, terpaksa pula bagitau yang kita bayar mahal2 tapi masih lagi kbps-4mbps. Adakah ini deisebabkan teknologi dekat mesia ni belum menjangkaui teknologi dekat luar negara atau disebabkan persaingan ISP dekat mesia ni masih sikit?
    .-= Cerita terbaru Steward John.. Rumah Kedua? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Entahla. Susah nak cakap apa sebab dia. Mungkin sebab Kementerian + TM dungu sangat kot.

  3. frhdhra Avatar
    frhdhra

    ney bole anta the star neh. nant dye print kat section di mana rakyat malaysia anta articles to be read by the nations, namely the parliments laa.(:

    1. ariff Avatar
      ariff

      Boleh ke? Apa kata awak tolong hantar, tapi tulis la source dari blog ni =)

  4. Rokku Avatar

    true..terlalu mahal la..macam tak masok akal..the high speed broadband internet pon dekat kl je ada..ape barang..buat berperingkat2..penetration high speed broadband kene meluas..dah ade penetration baru lah demand meningkat..jgn ikot demand saje..
    .-= Cerita terbaru Rokku.. Anak Eja Didera Orang Gaji =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Satu problem sistem perumahan kita tak padat. Kalau macam negara lain, ramai orang tinggal dalam apartmen, so kalau dia nak buat wiring, sekali jalan je. Kalau rumah satu2 kena tunggu juruteknik datang setiap rumah setup internet satu. Itu yang buat leceh tu. Kalau kat kawasan kampung pulak, jarang antara satu rumah dengan rumah lain kadang2 jauh. Jadi belum tentu orang TM nak masuk setiap kampung buat wiring.

      Itu masalah yang aku nampak la.

      1. budakBachok Avatar
        budakBachok

        btol3…mcm kt umah aku ni lerrr..mentang2 la area kg,kemain pyh nk msuk..dan2 jer ckp area kg aku kwsn pdlmn..xde kabel la,coverage..jiran sblh umah aku yg share satu pgar ok jer gn streamyx..smpai skang aku still xdpt servis streamyx kt umah aku di kg…pnat2 jer ulang alik g opis tm..bazir duit kol operator tm!!klau bleh claim xpe gk..

        1. ariff Avatar
          ariff

          nak kena wakil rakyat ketuk dulu baru boleh buat kerja betul2 kot. Kalau tak diorang buat kerja ikut keselesaan diorang la. Rasa malas nak buat, tak buat.

          1. budakBachok Avatar
            budakBachok

            ha3..kne tgu PRU nt la bru bleh adu mslh ni kt wakil rakyat..cpt la diorg wt keje.

  5. iamsura Avatar

    wakaka…betul gak tu… ehehe =)
    .-= iamsura´s last blog ..Banner Gengblogger.com =-.

  6. F-klantan Avatar
    F-klantan

    tunggu la HSBB….. 10mbps gak…
    skrng kalo nk pon boleh.. tpi mahal la

    1. ariff Avatar
      ariff

      Memang tunggu pun. Harap-harap servis dia tak teruklah.

  7. elyana yazmin Avatar

    herm..hope one day..sme akan ok bile malaysia dah tul2 stayyybeeelll~

  8. Mario Avatar

    boleh harap ke najib and the company?kui3 :D
    .-= Mario´s last blog ..Cara Mempraktikkan SEO Untuk Newbie =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hm….. tu aku pun xtau. xnak cakap pasal politik malaysia. haha.

  9. wan2911 Avatar

    tak sabar nak merasa tenet 10mb..hoho :D
    .-= wan2911´s last blog ..Syukur Atas Nikmat Yang Diberi =-.

  10. pawaka19 Avatar

    di malaysia streamx saja masih yg trbaik..moga2 ada yg lebih baik dengan adanya teknologi Cisco.
    .-= pawaka19´s last blog ..Akim & Mila – Kau dan Aku =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      yea. macam tulah yang selalu kita harapkan.

  11. Lizz Avatar

    aku ngan streamyx blum nak hangin tapi ngan celcom..aku dah nyampah.hahaha. aku dah beralih gune digi si budak gemuk baju kuning tuh.

    1. ariff Avatar
      ariff

      yang lecehnya kalau nak tukar celcom-digi, kena beli modem baru lagi. habis duit camni..

  12. nazra Avatar

    semoga dpt la rakyat Msia menikmati kadar internet yg murah tp laju tu dlm jangka masa yg tak lama…kalau kena tunggu lama2 lg, ketinggalan yg sgt jauh la Msia..
    .-= nazra´s last blog ..Tika zaman kuliah menggamit diri… =-.

  13. fit Avatar

    lecturer cisco aku dulu pnah kata yg network internet kita baru nk membangun..lagipun kita tak kuarkan teknologi untuk broadband yg laju gila tu.. teknologi pn baru lagi…so sbg negara membangun kena slow2 a..tpaksa bayar mahal..nnti turun harga a.. tunggu masa je…macam harga pendrive a..dulu2 mahal siot tp skang dah murah..

    1. ariff Avatar
      ariff

      tula. logik gak. lagipun sistem perumahan kita ni berbeza.

      kalau kat negara mcm russia/singapura/jepun semua tinggal dalam apartmen, bukan rumah sebijik2.. so kalau nak pasang line internet laju2 pun lagi senang la.

      btw. ko amik course ape?

  14. BELLA Avatar

    aahlaaa..asal egypt nyer mhal sgtttt..wuwuwuuuu

  15. Hong C.W. Avatar

    kita nih kat Malaysia dah kena cekik darah dek Streamyx…apa nak buat..haihz..harap2 ler keadaan akan maju..

    1. ariff Avatar
      ariff

      it’s not just streamyx cekik darah.. semua including digi, maxis, celcom, and p1 pun sama. hopefully this will change

      1. Hong C.W. Avatar

        tak mungkin..potong tak potong sama je..la ni streamyx kat rumah paling laju pun 4mbps je..tak tau bila la nak sampai 10mbps