Masih Ada Harapan

Reading Time: < 1 minute

Tak dapat kemaskini blog dengan aktif beberapa hari ni atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan. Anda pasti ingat entri ini kan? Bila dah jumpa doktor, ubat yang diberi mempunyai side efek tersedu tak henti-henti. Kalau dah tersedu tu, nak memfokuskan diri untuk menulis entri pun susah. Doakan supaya saya cepat sembuh ye.

Semalam dapat panggilan daripada sebuah syarikat yang terlibat dalam pembekalan bilah kipas enjin jet kapal terbang. Syarikat ini adalah usahasama dua buah syarikat dari Jerman yang mempunyai cawangan kilang di Malaysia dan beberapa lokasi lain di dunia. Alhamdulillah, prospek bagus.

Saya ditawarkan jawatan sebagai Trainee dengan elaun bulanan yang boleh saya katakan cukup untuk memenuhi segala keperluan asas. Tak kisah sangat tentang itu sebab apa yang penting adalah job security yang mereka berikan selepas tamat program latihan selama setahun nanti. Dalam dunia mencari pekerjaan yang serba tak tentu ni, job security adalah faktor yang paling penting kepada bakal pekerja.

Masih ada harapan untuk mengejar impian. Doakan supaya segalanya berjalan lancar dan saya diterima untuk program ini. Terima kasih kepada mereka yang telah membantu, tak kisahlah besar atau kecil.


Posted

in

by

Comments

33 responses to “Masih Ada Harapan”

  1. adillaharun Avatar

    Tumpang happy. Peluang yang terdengar amat baik. Sesuai dengan bidang dan pendidikan yang diterima sebelumnya. Itu namanya rezeki yek! Bersyukurlah. Memang job security tu teramat penting. Especially for guys. Maklum responsibility bakal besar. Jadi, jika boleh langkah kena betul dan tepat dari awal. Saya percaya dan pernah katakan yang tuan blog ni dirasakan ada ‘bright future’. Jadi apa pun yang dikerjakan, pastikan sahaja lurus dan benar. Semoga success. InsyaAllah!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Terima kasih atas doa. Semoga esok segalanya berjalan lancar. Saya pun dah tak sanggup duduk rumah je tiap hari.

  2. izwanyusof Avatar

    kat mana company tu? sekarang nak cari tempat intern pun payah,tak tau la kalau nak cari job betul2 nanti..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      bukan ke intern lagi senang nak cari? Try jobstreet.

      Company tu dirahsiakan buat masa ni

  3. azmanisma Avatar

    Rezeki dah datang,dapat pulak kerja dengan apa yg dipelajari selama nih bagai pucuk dicipta ulam mendatang.

    *Kalau hiccup.. tahan nafas,sambil minum air 3 teguk dan selawat insyallah mujarab!

  4. KiD Avatar

    semoga bro dapat teruskan dengan apa yang dirancang.. ameeen

  5. hafizul Avatar

    Semoga berjaya dunia dan akhirat..aminnn

  6. hatiputera Avatar

    semoga ariff berjaya dalam semua bidang yang diceburi,,,

  7. Anuar Avatar

    Salam Perkenalan.. Tahniah.. Semoga success selalu.. Selama ni saya tahu naik kapal terbang jer.. Tapi tak tahu pun dari segi teknikal.. ;)

  8. LynnAiza Avatar
    LynnAiza

    tahniah Ariff!all the best! ;)

  9. hisham Avatar

    Terkenang waktu grad dulu…masa mencari kerja… dalam kepala macam-macam fikir… asasnya pengalaman sangat penting.. tapi dalam bidang berkaitan… semoga cepat sembuh..

  10. Megat Azfar Avatar

    Hiccup campur batuk itu azab bro. Ni pengalaman aku sendiri. Aku dulu sedu macam-macam la aku buat, minum air banyak2 la ape la..

    tapi one day aku bereksperimental kejap ngn badan aku ni. Aku cuba tahan nafas selama yang boleh. Pastikan hidung ditutup sekali. Bagi tiada sebarang pressure dari luar menekan lalu menggagalkan eksperimen ini. Tumpukan perhatian, tahan sekuat yang boleh. Kekadang ianya tak menjadi. tapi kalau betul2 concentrate tahan pernafasan tu, immediately sedu tu hilang. tapi bukan hilang selama2nya.

    Aku lepas berjaya hilangkan sedu secepat mungkin rasa cam nak claim diri ni professor atas research aku pasal hilangkan hiccup. haha!

    Cuba ar ariff, kalau tak boleh nanti aku buat video tutorial. lol :D

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Orang yang kena je tau macam mana azab dia kan. haha.. tapi eksperimen ko cukup menarik la. Boleh buat research paper camni. hehe.. thanks atas perkongsian. Aku bosan nanti aku buat

  11. halif Avatar

    Syukur, laksanakan amanah yang diberikan dengan baik. Sure akan dapat ‘job security’ yang diimpikan

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Insya allah. Semoga dapat apa yang diimpikan

  12. Mus Avatar

    semoga dapat mengejar cita-cita yang diidamkan..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Insya allah. Terima kasih bro Mus

  13. Ikhtiar Shah Avatar

    jgn dilepaskan peluang tu bro.hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      memang takkan dilepaskan

  14. titan Avatar

    cari pengalaman. tu yang penting. senang nak demand nanti. hoho..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      betul. Kalau diikutkan sekarang ni, aku tak kisah pun mana-mana, asalkan dapat pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang dipelajari dulu

  15. boni Avatar

    semoga segala2nya berjalan lancar buat bro..amin

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Terima kasih boni

  16. akubiomed Avatar

    Apa pun kesihatan perlu diutamakan. Tanniah dapat tawaran walaupun trainee tapi saya percaya bro Ariff boleh melakukan lebih daripada itu.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Terima kasih bro. Kalau diterima, pasti takkan sia-siakan peluang keemasan ni

  17. Anarm Avatar

    tahniah sebab dah jumpa peluang.. semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan.. kalau rasa nak beralih arah ingat2 la apa yg boss cakap malam tu ye.. hehe..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      yeah. yang tu memang sentiasa diingati. Sangat bersyukur dapat boss yang baik hati.

  18. JAI Avatar

    Get more rest bro..jangan banyak berjaga buat sementara waktu. Tawaran memang nampak kena dengan Line lu bro. Good Luck

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks Jai. Semoga semuanya ok nanti

  19. Ekspresi Ruang Avatar

    tahniah, bro.
    gaji perkara kedua. yg penting pengalaman. lgpon still tinggal dgn parents, waktu ni lah kita nk kutip pengalaman yg org lain xsanggup amek atas faktor elaun atau gaji yg kecik.
    manatau lps ni bley jd dealer engine jet utk Midef. uish cm familiar je delaer engine jet. hehe.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hehe.. dealer engine jet macam besar sangat tanggungjawab. The way I see it, company tu memang sebuah company dengan prospek kerja yang bagus. Harap diterimalah nanti.

  20. Razifredz Avatar

    Assalamualaikum … tahniah moga success nanti …

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      waalaikumussalam. Terima kasih atas doa