Batuk

Reading Time: < 1 minute

Kali terakhir saya pulang ke Malaysia 2 tahun lepas, saya mengalami masalah batuk yang teruk. Nak cakap hisap rokok tu jauh sekali, tapi batuk macam orang dah 20 tahun hisap rokok.

Sekarang, saya mengalami masalah kesihatan yang sama. Pelik. Tak tau apa puncanya. Adakah disebabkan:

  1. Air minuman tidak berkualiti? Air ditapis menggunakan mineral pot di rumah. Orang lain dalam rumah tidak mengalami masalah batuk ini
  2. Minum air sejuk banyak sangat? Tapi rasanya orang lain lagi banyak minum air sejuk dan berais
  3. Kualiti udara yang agak teruk di Malaysia? Tapi kalau nak bandingkan dengan Moscow, kat sana lagi teruk. Kilang terletak kurang daripada 1km dan lebih berhabuk berbanding di Malaysia.

Terseksa jugak sebenarnya. Nasib baik batuk kering. Pergi jumpa doktor? Well. Kalau anda kenal Ariff Shah, anda akan tahu bahawa saya memang malas jumpa doktor. Nak doktor muda, belum kawin, perempuan. Baru boleh jumpa. Ada? Saya pasti AE tau mana boleh jumpa doktor macam ni.

.. batuk macam orang tua. Nak keluar jumpa orang pun segan. Doakan supaya saya cepat sembuh. Terima kasih.


Posted

in

by

Comments

34 responses to “Batuk”

  1. Mas Gie Avatar

    Salam..
    Dari blog DH saya mampir kemari nak jalin silaturahmi, semoga berkenan…
    Biasanya kalo batuk sy pake ramuan tradisional racikan bunda, alhamdulilah biasa sembuh dalam waktu yang singkat.
    Kesehatan itu penting dan mahal harganya

  2. atiqah Avatar
    atiqah

    salam ariff..

    dh cuba beli kt farmasi x?cer try beli ubat nama mucinex,yg nie kberkesanan utk 12 jam.klu x bkesan jgak try mucosolvan, yg nie punya utk 24 jam plak.ptama kali try mucinex mmg batok x kurang..then try yg mucosolvan 2 + ubat batok yg di rekemen farmasi..alhamdulillah makin kurang.situasi yg ariff alami same ngan sy, makan masa yg lama tok sembuh n x tau faktor ape sbnrnya batok blarutan bgini..yg paling pntg sekiranya jmpa doc pastikn pengambilan ubat mngikut yg d tetapkn n habiskn ubat terutama antibiotik.get well soon..:)

  3. Adilla Avatar

    Saya agak peralihan cuaca punca batuk tu. Kalau tak baik lagi, jika dapat cari air zam-zam dan minum dgn niat kesembuhan. InsyaAllah. Saya Alhamdulillah. Ok dah.

  4. Ekspresi Ruang Avatar

    batuk kering mmg seksa.
    rs cm nk tercabut isi dada tu. pastu mesti rs sakit kepala sbb cm tekanan je kt otak tu bila batuk.
    semoga cpt sembuh

  5. ProfHariz Avatar

    Kalau saya batuk makan je ubat! InsyaAllah paling teruk pun 1 minggu sembuh. Tapi batuk amat menyeksakan.

  6. Reentartnenas Avatar

    amalkan minum sesudu madu + air suam. air suam tau bukan air suam yg keluar dari peti ais itu.

    1. ProfHariz Avatar

      Satu tips yang bagus. Boleh diamalkan nanti ni.

    2. noorsyamsul Avatar

      Tips yang baik untuk diamalkan pada musim panas dan berjerebu…

  7. mwu Avatar
    mwu

    kalo tak sembuh2 juga dalam masa seminggu ni saya rasa elok pegi jumpa doktornya

    1. ProfHariz Avatar

      Itu yang terbaik. Lagipun untuk kesihatan tak bagus malas-malas sebenarnya.

  8. cik ija Avatar
    cik ija

    salam inchek ariff,

    Cuba rebus daun pudina + gula batu (sikit je), dahtu minum. Insha-Allah, tapi sakit -sakit pon bagus juga, boleh hapuskan dosa kita. Moga cepat sembuh ye.

  9. liza hashim Avatar

    Skang mmg musim org demam n btk la ariff.. Kenapa lelaki malas jumpa doktor?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Sebab semua lelaki ingat mereka boleh sembuh sendiri daripada penyakit

  10. Man Avatar

    boleh lagi tu memilih..haha

  11. Mus Avatar

    memang tak selesa kerana batuk. kena diubati segera..

  12. Tho Ha Avatar

    Cuba beli timun yang agak besar. Kemudian belah secara membujur timun tersebut dua garisan. Keluarkan isi timun.

    Senang cerita buatkan timun tu jadi macam sampan.

    Gaul isi timun yang telah dikeluarkan dengan gula batu. Masukkan balik dan tutup dengan kulit timun yang telah terpisah masa buat sampan tu.

    Embun timun tersebut. Keesokan paginya makan isi timun tersebut.
    Semoga batuk kering anda beransur hilang.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      First time dengar petua macam ni. Akan saya praktikkan kalau masih tak sembuh dengan cara lain. Terima kasih

  13. eiela Avatar

    hehe kalau batuk, lagi ramai orang lagi tekak tuh gatal nak batuk, tension je. pergi jumpa doktor la baru okey

  14. kesoma.rai Avatar

    banyakkan minum air suam. bagus kalau letak hirisan lemon dalam tu..kalau rajin lagi kumur kumur dengan mouth wash..

  15. aelfi Avatar

    batuk kering?tuberkulosis?mak aih..baik p jumpa doktor.

  16. abangensem Avatar

    Pergilah berjumpa Dr Nur Fatin Liyana yang sedang membuat praktikal di Hospital *tut*.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hospital mana????

      1. Fathi Jalil Avatar

        tak silap saya dulu Fatin Liyana praktikal kat Hosp Tanjong Karang…

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          petang ni jugak saya bertolak ke tanjong karang. hahah

          .. tanjong karang pun tak tau kat mana

          1. ProfHariz Avatar

            Tanjong Karang tak silap saya di Selangor,

  17. azmanisma Avatar

    Cuba amalkan minum madu lebah campur air suam tiap2 pagi.Kurangkan minuman sejuk (berais)

  18. Zarul Umbrella Avatar

    jumpa doc dan minta ubat Bena Expectorant..insyaallah cepat hilang batuk tu..tp ubat ni ngantuk sikit la

  19. KiD Avatar

    get well soon bro!!

  20. Yuyu Avatar

    Ms aku kena kat Welly dulu aku beli difflam, ubat tu australian company punya..and dia dlm bentuk lozenges..tapi sgt berkesan, i’Allah..mak aku batuk teruk haritu, aku crk ubat tu kat caring pharmacy, jumpa..aku belikan, and mak aku dh beransur sihat..alhamdulillah..try la crk difflam, kotak dia warna purple..tapi a bit pricey kat msia ni, $25 1 kotak aku beli haritu..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      will look into it. thanks!

  21. Umar Faruq Avatar

    Nak jumpa doktor pun memilih kau ni.. Hahaha.. Siot je..

    Makan ubat bro..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kena tengok la siapa tok gurunya

  22. sweetkurma Avatar

    take care…moga cepat pulih…akak pernah mengalami-nya selama 2 bulan, berbotol ubat batuk di minum, alhamdulillah penyelesaiannya adalah ambik ubat selsema….

  23. akubiomed Avatar

    Jangan dibiarkan melarat hingga tekak terluka akibat batuk boleh menyebabkan luka tersebut dijangkiti kuman. Saya bukan menakut-nakutkan tetapi sebagai nasihat pada asal batuk akan memberi masalah baru pula.