Lorong kecemasan di lebuhraya adalah untuk kegunaan kecemasan sahaja tapi peraturan ni seolah-olah dah tak wujud sekarang, terutamanya waktu rush hour. Ada pemandu yang tak reti nak sabar ni masuk ke lorong kecemasan.
Penunggang motosikal ada advantage sebab kalau lalu lorong kecemasan pun tak menghalang apa-apa kenderaan untuk berhenti di situ sekiranya berada dalam kecemasan atau kenderaan kecemasan yang ingin melalui lorong tersebut.
Basically penunggang motosikal sacrifice keselesaan yang boleh didapati dalam kereta untuk sampai lebih cepat ke destinasi. Tak payah menuggu dalam traffic jam, tak membazir minyak, kos rendah dan sebagainya. Ada pros and cons.
Yang buat bahaya adalah apabila pemandu yang tak bertimbang rasa masuk secara tiba-tiba ke lorong kecemasan. Kena sentiasa berhati-hati sebab kadang-kadang ada je yang tiba-tiba tukar lorong tanpa melihat kenderaan di belakang.
Takde polis trafik atau pegawai JPJ masa rush hour. Sepatutnya ada kawalan terutamanya pada waktu sibuk sebegini. Tak tau ke mana mereka pergi.
Tadi masa balik kerja, mengekor sorang abang bawa bike besar. Memang berani habis halau kereta semua keluar dari lorong kecemasan. Dengan hon motor yang telah dimodifiedkan, dia follow dekat-dekat kereta yang masuk dalam lorong kecemasan then bunyikan hon. Setiap kereta yang dia potong, dia tenung baik punya kat driver kereta tu. hehe.. saya yang kat belakang ni mengekor je la sambil tergelak.
Ada pemandu kereta yang marah. Dah la stress dengan traffic jam, lepas tu kena halau dari emergency lane pulak. Mana hati tak panas.
Lepas ni tak nak lagi lalu NKVE masa nak balik. Banyak orang stress, kesabaran pun kurang, jadi agak merbahaya. Ikut jalan Sungai Buloh la macam ni.


Comments
27 responses to “Lorong Kecemasan”
kena ada alternatif lain ni. aturan pengguna dari arah A lalu jalan A dan B. dari arah B lalu jalan C dan D.
mentaliti pemandu kereta yang balun lorong kecemasan tu yang kena ubah. Waktu berita tu kena selit sikit iklan dari pihak berwajib. Kalau tak ubah mentaliti ni sampai beberapa keturunan pun masalah tak akan selesai selagi ada mentor.
aku cadangkan abg-abg motor perlahankan motor anda seperlahan mungkin sekiranya ada kereta memandu dilorong kecemasan belakang anda (kalau x hurry).
bagi aku, org yg suka guna lorong kecemasan waktu kereta byk yg kemudiannya menghalang ambulans menggunakan lorong tersebut jika berlaku eksiden di hadapan, sebenarnya bagi aku org itu adalah PEMBUNUH.
mmg stress kalau jem ni…nasib baik saya tak kerja ofis
Bukan perkara aneh..pemandu motosikal semua mereka buat macam halal..walaupun laluan sikal disediakan, tapi masih bahayakan diri lalu laluan kereta..dan bole hon lagi pada kereta..Memang stress
Jom naik LRT.. (pun stress tapi sekurang2 tak payah pandu kereta)
Biasa time jalan jem, ada la manusia yang tak reti nak sabar..haiya..perangai manusia ni mcm2…
rasanya satu cara berkesan adalah letak signboard besar2 tulis yg dilarang guna laluan kecemasan melainkan ada kecemasan. tulis juga yg denda akan dikenakan kalau disalah guna dan bagitau ada kamera pantau utk memastikan mana-mana yg selamba suka hati guna laluan itu akan didenda. mcm ni la kerajaan US buat. jem teruk mcm mn pun, org kat sini tak guna pun laluan kecemasan. mana tak nya, kalau kena denda, sekali dekat usd400 kena bayar kot. boleh angkut sebijik ipad dah kot. tapi rasanya kalau x ada signboard tu pun org kat sini tak buat mcm tu. sebab semua mmg berbudi bahasa sgt2. org naik moto lagi berkuasa dari org yg naik kereta kalau kat sni.
Sebenarnya memang ada polis trafik yang akan block kat lorong kecemasan bila peak hour sangat-sangat. Federal + NKVE memang ada
Kat NKVE setakat ni takde lagi
rumah bro area mana ye?
Subang Jaya
Patut polis atau JPj kena pantau hal ni.
Memang driver yg pentingkan diri, tamak suka guna laluan kecemasan ni. Mmg merbahayakan nyawa org lain terutama penuggang motosikal.
memang bahaya kalau memandu di lorong kecemasan. tapi part brader yg halau driver tu dah macam polis trafik sukarelawan pulak.haha.
Kita ni terkenal dengan rakyat yg berbudi bahasa. Tapi bila di jalan raya…..hmmmmmm. ^_^
xtau nak komen ape.huhuhu
berhati-hati la.jgn asek guna je jalan emergency tu.
biasalah tu. orang malaysia kan..
aku selalu guna laluan kecemasan ni..tapi memang kena concentrate lah takut ada kereta rosak kat tepi jalan, kalau nampak mat motor kat belakang, aku masuk tengah balik.. kasi diorang laluan.. kalau tak guna lorong kecemasan ni.. memang lambatlah jawabnya nak sampai.. rugije bayar tol.. kalau dah nak kena saman tu nak buat macammna sendiri buat sendiri mau ingatla.. hehe
penunggang motosikal selalunya tak diendahkan oleh pemandu kenderaan yang lebih besar…
betul2..kami penunggang motosikal kt penang ni pun selalu je hadapi situasi mcm ni..saya pun kadang2 hon kereta-kereta yg masuk di laluan kecemasan..lalu sebelah kereta tu dan usha pemandu dalamnye..tambah2 kalau time ujan..sebab mereka ni membahayakan penunggang motosikal..
hari-hari pergi dan balik kerja menggunakan laluan NKVE.. so far belum pernah lagilah masuk ke lorong kececemasan. Pemandu Malaysia ni mmg ramai sgt yg pentingkan diri sendiri.. macam mereka saja yg nak cepat org lain taknak cepat. sebenarnya tanpa sedar merekalah salah satu punca penyebab kenapa jln jemmed.. nnt dari lorong kecemasan nak masuk semula ke laluan biasa dah mengganggu pergerakan kenderaan lainkan… sama jugalah pada mereka2 yg suka sgt potong Q ni terutamanya di plaza2 tol… yg dah berbaris panjang ni tak lps2 sbb byk sgt kenderaan yg dia ingat dia je nak cepat ni duk selit2 masuk pada barisan yg sedia panjang kalau semua dah duk potong Q mmg kenderaan kat belakang x lepas2 la jawabnyakan? maka bertambah sesaklah keadaankan? haishhh tak paham!
dekat Kl nieh ramai sangat orang sakit mental bila ada kat jalan raya sebab tuh tak faham undang-undang … cuba bayangkan kita berada dalam kecemasan dan menunggu bantuan tiba tapi malangnya bantuan tidak dapat sampai tepat waktunya apa akn jd … mcm tuh jugak dgn org lain jd tak perlu penting kan diri sdiri …
Akhir2 ini banyak sudah kes kemalangan maut yg berlaku kepada penunggang motosikal.. Mereka berhati2 tetapi kenderaan besar buat hal..
selain waktu kecemasan, rasanya ada masa2 tertentu yang dibolehkan guna lorong kecemasan.. tapi pengguna jalan raya ni kebanyakannya lebih pentingkan diri sendiri..
Memang kalau kat k.l ni semua orang nak cepat,sebab tu ada yg ikut lorong kecemasan,kita penungang motor ni yg bertarung nyawa dilorong tu.Kena hati2 lah.
Akibat mementingkan diri sendiri lorong kecemasan pun redah. Ada sesetengah penunggang motorsikal yang begang kerana lalu mereka dihalang tetapi yang memandu kereta buat tak tahu sahaja.
Boleh bayangkan macam mana muka ariff time ngekor brader tu dari belakang ——> troll face. then wusha muka pemandu dalam kereta yg guna lane kecemasan. bapak lawak.
Tak boleh troll face sangat sebab kena concentrate kat jalan. Tapi kelakar gak la. Respect habis kat brader tu