Tak Stress Ke?

Tiap-tiap hari balik kerja lalu kat NKVE dan tiap-tiap harilah highway tu jam. Habis NKVE, nak masuk Subang pun jam. In a way, saya merasa bertuah sebab naik motor je dan tak perlu takut dengan traffic jam ni. Cuma kalau hujan dan tak sempat tukar baju hujan tu, terpaksalah berbasah-basah sedikit.

Saya kesian sebenarnya golongan 9-6 yang terpaksa meredah jam setiap hari ni. Kalau dalam sehari terbazir sekurang-kurangnya sejam, seminggu dah lima jam, sebulan dah 20 jam. Hampir sehari masa dihabiskan atas jalan raya. Masa tu tadi boleh dimanfaatkan untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Officemate's bike
Motor officemate. Tuan punya motor tinggal kat Keramat. Jauh tu! Nasib baik ada ride macam ni. Puas hatilah jugak pergi balik smooth riding tiap-tiap hari

Hidup ni bukan untuk bekerja. Dengan itu, saya sentiasa mencari peluang untuk membolehkan saya bersara seawal mungkin. Ultimate goal saya adalah untuk melihat wang saya bekerja untuk saya.

Dapat cari rumah kat Kota Damansara seronok gak. Tempat kerja belakang rumah je :) Tempat kerja lagi satu (sebagai blogger), mana-mana pun boleh. Asalkan depan komputer.

Note: Projek yang saya sedang usahakan dah melebihi 50% progress. Harap dapat ‘tutup buku’ bulan ni gak.


Posted

in

by

Comments

48 responses to “Tak Stress Ke?”

  1. ummu su'aidah Avatar

    duit bekerja utk kiter, itulah juger y sy sdg usahakan…

    All the best…..Bismillahitawakkaltu’Alallah

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Semoga berjaya =)

  2. ohtenaga Avatar

    tu yg tak suka duduk area KL sebab selalu jam. huhu

  3. wandisini Avatar

    kalau ada motor memang senang nak pergi kerja hidup di lembah klang ni. satu target yang bagus dari bro. boleh dicontohi, duit bekerja untuk kita, bukan kita bekerja untuk duit

  4. hazman aka species1980 Avatar

    Kalau stress… boleh je ajak ABANGENSEM pegi layan karok… sure happy punya….hehehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tu lagi stress bro

  5. daddydee Avatar

    Dapat moto tu memang best la. Cam terbang jadinya. Heheheheeh

    Naik moto lebih selesa dalam KL ni. Cuma kereta tak respect sgt ngan moto kalau sesekali nak tereksisen tu biasa la.

  6. Adi Avatar

    Wow! Projek apa tu tuan?

  7. Azydy Avatar

    pendapatan aktif perlu untuk menjana pendapatan pasif..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      tepat sekali!

  8. KiD Avatar

    waaahhh.. ada projek besar ke ni bro?

  9. Juan Avatar

    saya pon ada terget mcm ariff gak, nak bersara awal

  10. Zarul Umbrella Avatar

    aku nasib baik kerja tak ikut masa dan tak yah nak meredah sesak jalanraya..pergi kerja pun org dtg ambik,balik kerja pun org hantar..alhamdulillah

  11. Sharidawati Shahrudin Avatar

    ok utk situasi kak sha dan hubby :-

    memang ramai husband and wife yg naik motor ke office . kereta mereka gunakan utk beriadah di hujung minggu.. ok juga idea ni cuma tak praktikal utk kak sha dan hubby sbb opis kak sha lebih jauh dari opis hubby. huhuhuhu …. journey dari rumah kami to opis hubby yg paling dekat. gitu

  12. eyriqazz Avatar

    Nasib baik pi kerja naik motor..kurang skit stress..
    tapi dulu2 masa kerja kat subang jaya, stress juga…

    naik komuter, kalahkan sardin…
    paling awal sampai rumah 8 malam..
    last 2 weeks wajib stayback…elaun 2 jam rm15je…

    1. KiD Avatar

      kadangkala ia menyesakkan kalau ia sesak di tengah jalan.. teringat jugak zaman naik komuter pergi kerja dari kajang-kl

  13. annisa Avatar

    keje2 online dan keje2 offline adalah dua kerja yg berlainan kepenatan … :)

  14. boni Avatar

    setuju!!! tak sabar nak tgk wang bekerja utk kita

  15. hatiputera Avatar

    ini nasib baik cuti sekolah,,,kalau tak terpaksa ulang alik sejauh 30KM setiap hari..duit minyak lagenda aku rm5 satu hari,,,

  16. azman Avatar

    Alah bisa tegal biasa..adeh dah berbelas tahun redah jam setiap hari…tapi motor tu nak cilok susah gak he3…

  17. wanabe Avatar

    sekarang mana ada rumah dekat dgn tmpat kerja..smua kerja jauh2..trend skg..lama2 nanti biasalah..saya ni hari2 ulang alik kerja dari port klang ke cyberjaya..

  18. ciksuehaoi Avatar

    lelaki takpela.boleh naik moto g kerja.pompuan?cam susah sikit when it comes to think about safety.hoho.nasib baik tak kerja lagi.

  19. Liza Hashim Avatar

    xde apa yg mampu dilakukan.. mana2 pun jam.. oleh itu, cuma mampu tingkatkan kesabaran dlm diri meredah jam.. sebab tu tk pernah stay back kt opis.. cukup time pecut balik terus.. nk kejar amik anak2 kt taska lagi.. but shah alam to klang, xde la teruk sgt.. leh guna jalan alternatif esp pada sapa yg tau.. jimat masa.. no jam..

  20. ReM Avatar

    Dulu masa belajar ingat nak berhenti kerja masa umur 35 tahun bila sampai 35 pelan tunda 5 tahun ke 40. Dah sampai 40 kena tunda lagi pasal pinjaman banyak kena selesaikan pinjaman dulu. Jadi sampai sekarang masih kerja ….

    Ini banyak bergantung pada berapa cepat kita dapat passive income yang cukup.. dah cukup tu rasa nya boleh la berhenti

    Berapa ye passive income yang cukup?

  21. ika Avatar
    ika

    Well, you have a few more years to go. Don’t worry..you can make it fun!

  22. azriMy Avatar

    haha, pening kepala kot macam tu..

  23. titan Avatar

    dah nama pun alam pekerjaan, macam tu laj jawabnya..
    ni baru sikit aje..lom lagi part lain. hehe..

  24. beckhr00y Avatar

    lama nanti akan terbiasa juga akhirnya, kalau setakat sejam tu masih ok rasanya

  25. nurmisnan Avatar

    gd luck n all d best…

  26. Ekspresi Ruang Avatar

    biar duit bekerja utk kita tu mmg matlamat yg perlu ada kt semua org xkira yg berniaga sendiri atau makan gaji.

  27. JAI Avatar

    Gua dah 18 tahun kerja kat KL..semakin hari semakin teruk rasanya kesesakan..stress toksah ceritalah

  28. Master Zuheir Avatar

    bro aku sokong misi bro tu
    bersara lebih awal n duit berkerja utk kita.

    insyallah aku follow rentak bro.hehe

  29. Ikhtiar Shah Avatar

    perghh mantop bro.aku sokong ko jer.moga2 dpt tutup buku dgn seawal yg mungkin.amin3

  30. arrizz Avatar

    tak pecah mental ke hari2 stuck dalam jam? ada motor macam kat atas memang best la..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      itulah yang aku tertanya-tanya everyday tengok orang meredah traffic jam naik kereta ni.

  31. akubiomed Avatar

    Premis pejabat saya terletak di Kota Damansara. Hari-hari ulang alik dengan motor moped Modenas Kriss sejauk 110km hari-hari. :-)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      110km hari2? perrgh. tinggal kat mana bro?

      1. takky Avatar

        ush, same mcm dari umah ke asrama aku mase skola menengah dulu

  32. myvitrd Avatar

    kalau ikutkan memang stress bro.. aku sejak koje dekat KL ni dah 5 tahun memang ikutkan dah lali dengan jem.. sebelum kawin memang naik motor.. so kurang stress.. cuma kalau hujan kena redah jelahkan.. tapi lepas kawin memang 100% bawa kereta wife tak bagi dah bawa motor risau katanya.. hehehe.. memang betul apa bro cakap tu.. kekadang sehari tu paling kurang 3 jam dihabiskan dijalan raya.. seminggu 21 hari.. macam sia2 je masa yang terbuang tu..

    Rasanya macam mana nak bagi duit bekerja untuk kita ye.. hehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Banyak cara, tapi kena start slow-slow la. Macam saya, long term planning nak main saham je. TU salah satu daripadanya la.

  33. Aqif Azizan Avatar

    Semoga usaha tuan sentiasa dipermudahkan. Insya Allah. Saya mendoakan kejayaan tuan. Amin Ya Rabb. :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Terima kasih bro :)

  34. abangensem Avatar

    Sempoi gak Bro kalau lu stay kat Kota D’sara. Ada la member aku nak lepak kat Gulam tiap2 malam minggu. Awek bersepah tu derrr..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tak tau langsung kat mana GUlam tu..

  35. Bro Framestone Avatar

    Alhamdulillah bro dah ada satu perkerjaan yang flexible…

    So no more 9-5 mahupun istilah hujung bulan baru dapat gaji.

    Maka motivasi diri perlu tinggi. kerja hari-hari untuk pastikan rezeki hari-hari.. tak boleh nak malas-malas

  36. Umar Faruq Avatar

    Woah, tengah usahakan projek ape tu bro? ;D

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      75% siap nanti aku bagitau

  37. Sara Avatar

    Memang penat dan stress bila balik keje kena menempuh jem..tp bila dah tiap-tiap hari jadi terbiasa pulak. :)