Kenapa Tukar Daripada Aku Kepada Saya?

Tiba-tiba je bertukar kan? Macam bangun dari tidur, entah apa yang dimimpikan pada malam sebelum tu, terus saya tukar format kata pengganti diri daripada ‘saya’ kepada ‘aku’.

Tujuan sebenar adalah untuk mengkaji efek pada penulisan saya. Kalau cara penulisan berubah, maknanya cara pemikiran pun sedikit sebanyak berubah. Cara pemikiran berubah adalah disebabkan kematangan, bila pembaca membaca entri lama dan baru dan membandingkannya, mereka akan nampak perubahan tu daripada kurang matang kepada lebih matang.

Lagipun bila format ditukarkan macam ni secara spontan, saya secara tidak langsung telah meletakkan cabaran pada diri saya dengan mengubah rutin penulisan. Cabaran memberi nafas baru dalam apa yang kita lakukan dan menjadikan ia lebih menarik. Pembaca yang telah lama di blog.ariff pasti sudah tahu yang selama ini pun apa yang saya pentingkan dalam blog ini adalah penulisan semata-mata. Boleh bandingkan dengan blog lain.

Lagi satu, kalau bakal boss saya atau sesiapa di HR department syarikat yang telah saya hantarkan permohonan men-Google nama saya, adalah nampak sedikit professionalisme di sini. Impression – first one is always the most important.

Rasanya semua orang setuju yang ‘saya’ lebih mesra berbanding ‘aku’, betul tak?


Posted

in

by

Comments

48 responses to “Kenapa Tukar Daripada Aku Kepada Saya?”

  1. zulhak Avatar
    zulhak

    Cuba kita renung, perkataan ‘AKU’ & ‘SAYA’.

    Bila kita bercakap dengan keluarga,bos,kawanยฒ membahasakan diri ‘SAYA’ nampak lebih sopan, tapi pernah tak kita terfikir bila kita berdoa dengan tuhan membahasakan diri sebagai ‘AKU’. Apa maksud ‘AKU’?, apa beza antara ‘AKU’ & ‘SAYA’. Kenapa bila berdoa tidak menggunakan perkataan ‘SAYA’? rasa janggal kan?

  2. Pacifista Avatar

    wah dah tukar ke?perubahan yang positif ni bro :)

  3. Siti Zulaikha Avatar

    itulah pasal, memula rs pelik gak baca tp bila dah selalu baca “saya” kat sini rsnya ok kot.

  4. JAI Avatar

    Satu pembaharuan yang bagi gua perubahan yang elok dikaji bersama. Bagi gua membahasakan aku atau nama gelaran bermakna seseorang itu mudah untuk berkawan (Pernah menghadiri Kursus mengenainya sebelum ini). Tetapi kekadang terfikir jugak sama ada membahasakan diri dengan aku itu agak kasar bunyinya.Mungkin ada sesetengah orang beranggapan begitu. Mungkin bro boleh kupas lebih lanjut adakah agar kasar sekiranya membahasakan diri sebagai aku? Apa-apa pun keep up good writing bro, will read silently (tapi kekadang takleh tahan gak kena gak komen..hehe) Salam Aidil Adha bro..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Salam aidiladha.

      Ikut pengalaman, memang ada yang kurang selesa dengan gelaran ‘aku’ sebab bunyinya mungkin sedikit kasar walaupun sebenarnya tak. Samalah macam orang semenanjung dengan sabah/sarawak, kat sana nak bahasakan diri dengan ibubapa sebagai ‘aku’ pun tak menjadi persoalan langsung tapi kalau kat semenanjung, boleh jadi isu. Bahasa ni lebih kepada budaya setempat dan budaya ni pun ada perkara-perkara kecil yang membezakan antara budaya satu tempat ke satu tempat yang lain.

      Paling penting asalkan pembaca blog faham apa yang kita nak sampaikan sudah.

  5. Kazen Avatar

    betul dan tepat penggunaan saya lebih baik dan bertatasusila… :)

  6. Esa Rosdi Avatar

    Salam Sdra Ariff Shah,

    Pandangan saya penggunaan perkataan bergantung kepada penerimaan masyarakat setempat, kebiasaan dan juga situasi.

    1) Pemerhatian saya semasa kecil dulu, masyarakat Jawa rupanya sudah biasa guna ‘aku’ dirumah jadi mereka juga guna semasa disekolah. Saya rasa pelik sebab kita diajar agar guna ‘saya’ semasa disekolah tapi dia guna ‘aku’ semasa berbicara dengan guru.

    2) Begitu juga, bila kita berdoa, kita biasanya guna ‘aku’ kerana kita sudah biasa dengar orang berdoa guna ‘aku’. Kita akan rasa janggal bila dengar orang berdoa guna ‘saya’.

    3) Ditempat kerja, orang akan pandang sinis jika kita guna ‘mesyuarat’ tapi rasa pelik bila berbual dengan kawan2 guna ‘saya’. What a contradiction?

    Kita dapat lihat dalam 3 contoh itu, semuanya ada kena mengena dengan kebiasaan kita menggunakan perkataan itu. Tak salah guna mana2 tapi kalau nak diterima umum, kita kena guna mengikut kesesuaian masa, tempat dan situasi.

    kata orang masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.

    Waulahualam

    1. nurmisnan Avatar

      absolutely right…

  7. Juan Avatar

    betul tu, aku pernah dalam dilema, smpi skrg masih dalam dilema sebab nak guna penulisan “aku” atau “saya”, skrg aku menggunakan ayat “aku”, tp terfikir juga nak tukar kepada “saya” agar lebih sopan dan profesional

  8. […] Impression Posted on November 5, 2011 by abangensem Tertarik aku dengan entri ini semasa aku berblogwalking semalam yang antara lain memperkatakan tentang penggunaan […]

  9. sha myheart Avatar

    Sudah mengagak Ariff akan gunakan ‘saya’ untuk mempromosikan diri lebih profesional.

    Good try.

  10. puanbee Avatar

    salam ,

    sebelum ni saya juga ada guna aku sekejap , tapi aku nampak mcm bermonolig dengan diri sendiri , tapi saya nampak macam sentiasa berinteraksi dengan pembaca. :)

    suka saya dari aku ~

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Betul. Aku lebih kepada monolog diri sendiri. Tu sebab kadang2 boleh jadi emosional

  11. muhammad fakhruddin Avatar

    Saya ok je. Nak pakai saya, aku, gua, ana terpulang pd tuan punya badan :)

  12. Aizan Fahri Avatar

    ini dari pndangan sye ye..

    penggunaan “saya” sesuai utk blog2 dari jenis mainstream contohnya blog amanz ke, blog denaihati ke, blog beta.my ke sebab kurang atau hampir tiada lah cerita berkaitan dengan kehidupan yan terlampau personal…. ataupun blog-blog yang datang dari jenis tips dan tutorial ke

    penggunaan aku sesuai untuk blogger yang rasa nak beramah mesra dengan pembaca… sesuailah kot untuk blog2 yang lebih bersifat peribadi…

    namun, penggunaan dia juga bergantung kepada gender, sama ada lelaki dan perempuan… perempuan lebih cenderung untuk menggunakan saya dan juga membahasakan dengan menggunakan diri sendiri… tidak bagi lelaki tapi tidak ada masalah pun lelaki kalau nak membahasakan diri sendiri dgn nama sendiri…

    peace, explanation complete !

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hehe.. thanks for the explanation =)

  13. aPiP Avatar
    aPiP

    dulu blog saya guna- saya, sekarang guna aku sebab nak menimbulkan mood semasa menulis. :)

    1. Miss Meen Avatar

      Yup!!! s0k0ng… ^_~

  14. NiniHartini Avatar

    Saya lagi best tau. nampak sopan dan sesuai utk semua golongan pembaca.

  15. Incik Restnrileks Avatar
    Incik Restnrileks

    Assalammualaikum.

    Memang nampak lain gaya penulisan, walaupun penulisnya dari orang yang sama. : )
    Ada sesetengah blogger, elak menggunakan perkataan kata diri “aku”, mahupun “saya” di dalam penulisan. Penulisannya tetap menjadi.

    Aku-nampak lebih sempoi dan bersantai.
    Saya- nampak lebih tertib dan kemas.
    Aku- nampak lebih mengutamakan “aku”
    Saya- lebih memuliakan pembaca dari diri sendiri.

    Ehh yer ke?

    : )

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Apa-apa pun semua ni bahasa je. As a writer, agak exciting mencuba something new macam ni.

  16. namee roslan Avatar

    alaaaa….macam saya plak dulu memang guna ‘saya’ untuk all entries sebab mmg kalau reality ‘saya-awak , namee-abu , kita-kamu ‘. so memang tak guna ‘aku kau’ langsung but since kena maki dengan anonymous dulu terus tukar aku sbb nak lagak kasar lah konon. konon girl power, terus belajar guna aku kau. hahah. alah, nampak tak matang ke ? aiseyh.

    em tp yela, bila guna ‘aku kau’ ni bahasa tulis jd macam merempit sikit. more to bahasa pasar. hmmm. baca blog ariff ‘saya saya’ tu nampak proper sikit lah. ada baiknya tukar jd ‘saya’

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau namee guna saya memang bunyi adorable habis tapi bila dah adorable dan ramai suka, mesti ada punya orang dengki. Lumrah hidup la tu. Nobody can please everybody.

  17. ohcikgu Avatar

    kadang-kadang tersilap juga..biasalah tu. pilih saja mana satu yang kita nak.

  18. syahrilhafiz Avatar

    kehkeh..aku perasan jugak ni dulu bila baca entri ko yang lepas2, ada tegur kot..haha
    dan rasa “saya” ni lebih bersopan dan tutur bahasa yang manis diamati :D
    dulu aku pun guna “aku”, sekarang nak tulis pakai saya dah. sebab rasa ada orang yang lebih old skoll dari aku…hehe

  19. reezluv Avatar

    dah penah try..sekali entri jadi luar biasa panjang..takmo dah..dan ada efek pada blog reader aku..:D

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      In my opinion, pembaca suka idea, pandangan dan pengetahuan penulis, bahasa tu biasanya second.

  20. samanosuke_04 Avatar

    huhu, aku time awal2 dulu, time masih lagi segan silu berblogging dan commenting, aku guna ‘saya’.. tapi skang bila dah selesa, aku lebih suka guna ‘aku’, sebab bunyik lebih rapat dan personal.. huhuhuhu

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Commenting tu personal, jadi seeloknya kita reflect pada orang yang kita nak balas komen. Lebih flexible dan tak awkward.

  21. Fahmi Raazali Avatar

    Aku guna “aku” bila menulis dekat dalam blog… Bila guna saya, aku rasa janggal sebab tak biasa guna.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      dan kejanggalan itulah cabaran ;)

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau nak ubah angin, boleh try sekali sekala.

  22. fikri91 Avatar

    hanya boleh kata setuju

  23. bean moreno Avatar

    saya dah lama membahasakan diri saya di blog haha…Ariff bila anda sampai di Malaysia? amacam ada sopan banyak tak?

  24. Azuan Avatar

    Aku sendiripun sedang berfikir2 utk tukar kata ganti diri ni.. bila “saya” tu rasa mcm mesra skit.. dan lebih sesuai utk semua golongan..

  25. KNizam Avatar

    ada beberapa blog entry yg aku guna “saya”. senang nak publish e-book travelog nanti hehe :)

  26. jeff Avatar

    Perkataan ‘Aku’ lebih mesra..tapi ‘Saya’ lebih nampak berbudi bahasa.

  27. cik sha Avatar

    saya lebih selesa menggunakan kata ganti diri ‘aku’ dalam penulisan..

    pada pendapat saya, penggunaan ganti diri tu tak jadi masalah sangat..yg penting penyampaian dan penulisan yg kita tulis smpai kepada pembaca..saya tulis entri pun kebnyakkannya memang berdasarkan penulisan tentang isu semasa dan topik2 yg bg ilmu..jarang la tulis tentang diri..kekadang je..^_^

  28. akubiomed Avatar

    Tidak salah mengunakan perkataan ‘aku’ didalam penulisan dah yang tidak menyalahi hukum kesusasteraan. Biasanya didalam entri saya akan mengunakan perkataan ‘aku’ tetapi ketika komen saya akan membahasakan diri dengan perkataan ‘saya’

  29. Zaid Avatar
    Zaid

    Saya pulak dah cuba tulis guna SAYA dalam blog. Tapi saya jadi agak kaku bila nak menulis. Tapi sebenarnya bagus guna ‘saya’ seperti yang bro cakap dapat tunjukkan professionalisme dalam penulisan :)

  30. Noriz Avatar

    akak lak terbalik,
    dulu mula2 blogging guna saya..
    dah lama sket ni makin ramai kwn yg mesra, tukar aku lak…
    heheheheh

  31. Shahrul Avatar

    peh salah satu strategi nak dapatkan kerja…good luck bro

  32. Dari Kelate Ke Copenhagen Avatar
    Dari Kelate Ke Copenhagen

    Memang selalu jugak teragak-agak nak guna saya ke aku. Kalau guna saya kekadang bunyi macam skema dan sopan sangat. Kalau guna aku plak, macam sedikit kasar. Walaupun macam sempoi dan santai. Tapi, tak semua yang singgah blog kita tu kawan atau kenal rapat. Manalah tau kot-kot Pak Cik, Mak Cik, sedara mara tak pun bos atau bekas bos turut baca blog kita, kalau guna aku macam tak profesional plak rasanya..

  33. Lord Zara Avatar

    Bila ditukar kata ganti diri, nak komen pun fikir banyak kali macam mana harus ditulis. Nak kekalkan aku-kau ataupun saya-kamu. Macam mana pun, aku decide kekalkan aku (bagi diri sendiri) dan kamu (rujuk pada kamu yang menulis).

    Lagipun ya, macam yang kamu kata hari tu, satu bentuk eksperimen dan juga masa hadapan kan? :)

    P/S : Aku tak faham ayat bawah kotak komen ni. Maaflah sebab bertanya. >>> Kami membenarkan anda meletakkan keyword bersama nama anda setelah 3 komen ditinggalkan. Gunakan format Nama @ Keyword (maksima 3 perkataan)

  34. namaakulynn Avatar

    dah lama perasan & tertanya2 jugak kenapa tetiba blog.ariff dah tukar ‘aku’ kpd ‘saya’. hihi
    tapi betul la. bila guna ‘saya’ , mmg nmpk lebih matang dan lagi nmpk profesional! :) tapi agak2 bila dah guna ‘saya’ ni, entri2 sempoi2 mcm dulu ada lagi tak? :P

    pss,dah boleh masukkan username twitter. nice!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Entri sempoi ye? Enti macam tu datang sekali sekala je. Kalau ada nanti, adalah.

  35. Ekspresi Ruang Avatar

    kalau cakap saya ni lebih sopan. nk emo pon susah. jd penulisan nampak lebih tertib dan bersih. hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      betul2. Memang susah nak emo, pemikiran jadi lebih logik. Entri lagi proper.