Saringan Bakal Pekerja Dengan Facebook Twitter & Blog

Terjumpa infografik keputusan survey yang telah dijalankan tentang pengaruh media sosial seperti Twitter & Facebook ke atas proses pemilihan pekerja baru oleh majikan. Secara keseluruhan, majikan pada hari ini akan membuat saringan bakal pekerja mereka dengan melihat profil bakal pekerja di Facebook dan Twitter.

Walaupun kajian ini tidak dijalankan di Malaysia, namun trend media sosial di Malaysia sudah lama berkembang dan tidak mustahil majikan di Malaysia juga akan menggunakan Facebook dan Twitter untuk ‘mereview’ bakal pekerja mereka.

Jika aku berada di pihak mereka, aku sendiri akan membuat saringan bakal pekerja yang akan bekerja dengan aku nanti di media sosial. Manalah tahu kalau mereka pernah bercerita tentang keburukan aku, atau cuba memburukkan nama aku, takkanlah aku nak bagi bekerja di syarikat aku, betul tak?

Dengan adanya media sosial dan popularitinya yang semakin berkembang di negara kita, sangat mudah sebenarnya untuk majikan mengenal bakal pekerja mereka dengan lebih rapat. Walaupun pada kebiasaannya perangai individu di Facebook & Twitter tidak konsisten dengan dirinya dalam kehidupan sebenar, namun ini sedikit sebanyak memberikan sedikit gambaran tentang peribadi individu tersebut.

Dan itulah sebabnya aku tak banyak buat bising di Facebook mahupun Twitter. Nama aku pernah menjadi bualan seketika dahulu, muka aku pernah keluar di media cetak, jadi tak mustahil bila nak kerja nanti bakal majikan yang mungkin pernah terdengar nama aku atau terlihat muka hensem ni di mana-mana akan membuat background search di internet.

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

22 comments

  1. Pingback: Kita Macam Dah Lambat? — Blogger to Bloggers
  2. nasib le dah dapat keje..jgn officer aku pantau dan masuk dalam prestasi keje dah le..sebab aku tak penah pun buat isu yang ada melanggar peraturan penjawat awam setakat ni…

    p/s:sib baik bos aku takde FB..hehehee

  3. erk?naseb baek la diri ni bukan jenis suka meroyan kat fesbuk..twitter pun takde..keh3..tapi ade kemungkinan tak belog pun dorang skodeng nak siasat pasal kite?

  4. pakcik aku kerja Maybank dah bagi warning awal2 benda ni sebab mereka pun sedang implementkan benda ni kat Malaysia. cuak juga sebab aku dah final year tunggu nak apply kerja. karang pergi interview kena ‘print-screen’ semua status FB dan Twitter xpasal2.:)

    1. kalau gitu senang je,sebelum apply kerja..remove semua post wall dan tweet yang sensasi lagi panas.boleh ke macam ni?

  5. btol jugak tu. tp kalau sesiapa yg dah terlajak pakai social networking ke arah memburuk2kan imej sendiri di kaca mata pengguna internet, mmg susahlah sket kot nk ‘cuci’ nama diorang di carian google. huhu

    1. dari dulu dah agak benda macam ni akan berlaku. So memang awal2 lagi dah cuba jaga semua social media profile aku. Hopefully takde kecacatan la.

  6. betul jugak niii. tapi kalau betul2 dapat majikan yang guna social network utk cari pekerja, susah jugak kot utk sesetengah pihak . like what u said , “Walaupun pada kebiasaannya perangai individu di Facebook & Twitter tidak konsisten dengan dirinya dalam kehidupan sebenar..”

    ‘..bakal majikan yang mungkin pernah terdengar nama aku atau terlihat muka hensem ni di mana-mana.. ‘ . LOL

    1. Kebanyakan tak konsisten. Ada keyboard warrior je lebih, tapi in real life nak suruh berdiri cakap depan ramai orang pun tak berani.

  7. network twitter yang banyak mungkin berguna untuk company tu nanti.siapa tahu kan?lagi2 kalau kerja dalam bidang pemasaran :)

    pasti ramai yang fikir panjang nak approve friend request daripada majikan :D

    1. Kalau tak approve, nanti nampak macam sombong pulak. Ataupun diorang approach kita dalam friendly manner, tapi sebenarnya nak dapat friend approval supaya boleh tengok apa ada dalam profile kita.

Comments are closed.