Kat Melaka dulu aku main meriam tanah, lebih selamat daripada meriam buluh
Aku tak taulah macam mana kerajaan kita ni buat analisis sampaikan nak haramkan penjualan dan pembakaran mercun sebab ironi yang berlaku sekarang ni ialah, kes-kes kecederaan akibat bermain mercun buatan sendiri ni semakin menjadi-jadi. Untuk pengetahuan semua, pembakaran mercun termaktub dalam Akta Bahan Letupan pindaan 1991 dan diklasifikasikan sebagai bahan letupan kecil. Terus-terang aku cakap, pengharaman ni melambangkan imej kerajaan Malaysia yang tak seronok langsung; diterajui oleh orang-orang tua ganyut yang bosan dan tak ceria.
Dalam hal mercun ni, aku lebih suka kat Russia. Kat sana, mercun dijual besar-besaran menjelang sambutan tahun baru tiap-tiap tahun dan tak payah cakaplah berapa punya banyak jenis mercun yang dijual time tu. Dan takde pulak aku dengar kes rumah terbakar atau budak-budak putus jari main mercun sebab bila diorang buat macam ni, budak-budak main mercun dibawah kawalan ibu bapa. Jadi risiko kecuaian tu semua memang berkurangan.
Dalam kes kita, bila dah diharamkan, budak-budak mulalah beli mercun sorok-sorok, main tanpa pengawasan ibu bapa dan mula nak jadi kreatif tengan membuat pelbagai modifikasi pada mercun tu. Lepas tu nanti bermacam-macam kes timbul la berikutan kreativiti melampau budak-budak ni. Lagipun, manusia ni kan suka melakukan benda terlarang. Itu lumrah. Lagi terlarang benda yang dia nak buat tu, lagi menjadi-jadi diorang nak buat. Sebagai contoh, seks luar nikah.
Kalau nak kawal benda ni, jangan larang langsung. Benarkan penjualan mercun, biar orang ramai beli mercun banyak-banyak, bakar duit banyak-banyak dan bila diorang dah takde duit nanti pandai-pandailah diorang stop sendiri. Rasanya kalau penjualan mercun ni dibenarkan, mesti menu kat bazar Ramadhan nanti bertambah ye =)
Ingat lagi tak cerita pasal pelajar kita kena tahan kat Russia sebab seludup bahan letupan?

Comments
59 responses to “Kenapa Penjualan Mercun Diharamkan?”
agak lambat ak nak komen.. haha
dah tebuka..
ada sbb diharamkan..
baca ni http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=117627
entri ni jenaka ke ape?
takde guna kot wat entri “think before u react”.
Cerita psl mercun ni, kalau ada info stor ke…lori ke, kira yg byk2 la kan, korang info cpt2 kat aku coz aku ada member kastam leh tangkap. Korang pun bley dpt imbuhan RM beb! Tp kalau stkt jual atas meja @ dlm 4-5 kotak jer…x pe, terima kasih je la.
sebab tu, tak yah haramkan. galakkan teruss..
Btl sgt la tu, kalau nak kwl mercun ni jgn hlg diaorag jual/beli & main mercun ni. Macam zina, dadah dll tu pun rasanya sesuai cara tu…jgn larang, biarkan je remaja2 kita, dah kena AIDS nanti pandailah diaorg berhenti! Apa la punya pemikiran!
bahaya main mercun ni
lebih2 untuk kanak2 tanpa pengawasan
dah jadi lumrah manusia kan?? bnda yg dilarang tula depa nak wat…haih…
jual bunga api jer..senang cerita..hehe
lagi larang, lagi menjadi2 la jawabnya kan???
Manusia macam tu la.
memang betoi orang larang dia buat orang suruh buat x nak pulak
kat malaysia ni kalu benda yg dilarang 2 la yg nak dibuatnya…semakin dilarang semakin menjadi2 gilanya so jalan terbaik biarkan je la…bila dah habis musim mercun… senyap la kes haram mengharam ni…biasala dah namanya bermusim…so panas sejuknya ikut musim la gak…
xyh jual mercun..jual bunge api pon cukop…igt mse kecik2 main bunge api n mercun time mlm raye…hehehe..mmg best gler..mcm jns mercun ade..mercun katak,mercun gasing,mercun bola…bla,bla,bla…hahhaa=)
Bernas jugak idea ni…
Tapi walau kerajaan haramkan sekalipun, Raya tetap meletup dgn mercun2
biasala…lgpown..mengikot kajian…remaja ni suka membuat perkara yg terlarang…
lebih2 lg klo gunakan perkataan ‘jangan’…perasaan lg nk buat adala… =P
kita xpenah join men mercun besar2…teringin sgt…lawan2 antra kg….(dok kt bndr, xbesh T.T )
oit..meriam tanah tuh macam mna???slalu tgk gambar meriam buluh jerk..
Meriam tanah ni sama je konsep ngan meriam lain, cuma kena buat kat tebing sungai, atau tepi bukit. Risiko lagi rendahla sebab dia tak pecah. Biasa meriam2 lain ni kalau pecah time dia meletup tu yang jadi bahaya.
haha… betul ariff, jangan larang kalau tak mampu nak kawal… biar kan je, tapi terkawal…ayat belit-belit sket dari aku. :p
biasalah tu, malam2 ni ayat mesti terbelit-belit punya
sekarang ni even diharamkan pun memang banyak orang jual mercun . baik takyah haramkan je . hahaha
budak2 sekarang pandai sngt main mercun tu yg ada putus jari bagai..
kat Malaysia dah diharamkan tapi ada je lagi org main mercun..x raya la klw x main mercun..especially ketupat, gasing n mercun bola..mmg best..my brother in law suka bawak mercun dari Thailand..sbb murah..but make sure ada org tua yg guide budak2 main mercun. =)
takde sape yang tak terima rasuah di Malaysia ni. rofl.
haha.so? perlu ke pergerakan dari rakan blogger, minta dibenarkan bemercun tahun ni? =,=
umm,kerana nila setitik,rosak susu sebelanga….yang buat hal kerna mercun tak ramai..tapi semua orang tak merasa main mercun…fuhh…rindu kenangan main mercun kecil2 dulu…
entahla… ramai still main mercun dan seumpamanya… yg aku pelik sgt la, kalo waktu CNY nape mercun depa yg kuat gile tu still dibenarkan? ada bayar kerajaan eh utk pelepasan? mana keadilan pihak kerajaan?
Kalau tak silap pembakaran mercun masa CNY ni ada kaitan sket dengan agama dan kepercayaan diorang. Kalau tak silap la..
kadang2 aku sendiri tak faham dengan org yg laksanakan undang-undang ni. Kononnya mercun ni bahaya, abis tu, rokok boleh pulak jual.
hahaha.. rokok tu keperluan hidup.
hohohoho,,,, pengakuan benaran ni
AKu samakan mercun dengan dadah la, dua-dua boleh merosakan..Kalau digunakan dengan kadar yang betul, benda tu tak jadi masalah…Mercun tuk kalau untuk seronok2 ok la, tapi budak sekarang g baling kat orang, pastu modified sendiri..tu masalah nya..
ala..nama pun manusia…lagi org larang lagi berahi dia nak try…tu la lumrah…but raya still takkan lari dari mercun…tu muktamad!
Diharamkan macammana pun tetap ada permainan mercun ni..kita tak boleh main tapi depa dok henjut mercun dan bunga api bila tiba sambutan sesuatu perayaan..kalau nak haramkan..semua jangan main.
itulah. takde mana haramnya.. cuma bila ada undang-undang macam ni, adalah pihak yang mula amik kesempatan. Terisi la jugak poket orang-orang tertentu ni..
Kalau takde undang-undang ni, rasuah di bulan Ramadhan ni dapat dikurangkan..
sama mcm bro kate, “takde maknenye haramkan zina, arak dan judi sebagainye”… bende dah akan terjadi, bek biarkan je. Klau kita dok halalkan arak, tak ke banyak lagi kilang2 arak akan dibuka. klau kita halalkan zina, ha, makin banyak lah remaja2 gersang skarang berzina.. “lumrah manusia”?
think before you say.
https://ariffshah.com/think-before-you-react/
tak gitu?
skrg meriam buluh dah tukar dgn meriam steel …. adik aku kerja welding ada wat satu… hehehehhe..ntah steel ke ape.. cam batang paip.. besarrr…
perrgghh.. ada gambar? nak tengok camne. xpenah tengok yang steel nih
nnt klu kite org pi main meriam tu sy ambik gmbar ye… :D
hurm..hari raya x meriah tampa bunyi mercun dan meriam… =|
betul jugak lagi disorok lagi bermacam macam masaalah yang timbul..
orang cina main mercun jugak tapi x pernah pulak keluar akhbar cedera main mercun.. 0_o
itulah yang peliknya. Cina main xde putus, time raya pose sana sini putus
ya!!bestnya main mercun ni! masa dulu cukup senang aku nak cari mercun,sekarang,,emm..
betul tu..family aku selalu belikan aku berplastik2 mercun untk kitorang main…bukan apa..tanpa mercun,raya kurang meriah~apa salahnya mercun..bukan kuat sangat pun…daripada meriam~~tol x?
dulu kecik2 puas main bunga api & mercun lawan dgn rumah org sebelah ;) yg kelako sekali mercun ayam kkk ;) best giler ….tp yg pasti mmg betul pun x pulak dgr apa2 yg terputus masa dulukala. Susah kalo dah terlebih kreatif nih
dulu masa kecik2 main meriam besi tue. then dah besar2 nie juz main meriam tin and botol jea. kalau tak main rasa tak lengkap bro raya aku
aku setuju dengan kau! betu-betul…baik jual secara besar-besaran!
p/s : weyh, anak polis pun sama gak…parents rampas mercun, balik rumah bagi anak-anak main~
mcm meriam buluh tu, time kecik dulu memang ada main meriam tu
dan aku sokong cadangan untuk buka balik jualan mercun ni
hahaha~
aku tak boleh blah dengan ayat pentadbiran ditadbir oleh orang tua yg tak seronok dan ceria~
aduyai~
tapi betullah kan?
semakin diharamkan, semakin berleluasa~
to make the info more interesting, melayu je yg biasanya putus jari segala. orang cina main mercun lagi hebat2 punya, tak jadi apa2 plak~
adakah anak2 melayu ni kreatif gila sangat?
semua benda nak modified hingga makan diri sendiri?
Bila halalkan, mak bapak yang belikan mercun. Takpe, sekurang-kurangnya bila dah beli sama, main pun nanti di bawah pengawasan mereka.
Kalau haram, budak2 beli senyap2 takde sape tau. Tau-tau nanti dah putus sana sini.
kat workplace aku (kau pun tahu apa aku maksudkan dgn workplace aku kan? hehehe), ada orang tunjuk katalog jual mercun~ aku macam, err, kenapa mercun? bukan orang selalu bagi katalog kuih ke?
T___T
hahahahahahaahahaha… kelakar!!!!
kantoikan la repot polis.
aku dapatkan benda tu dulu, baru kantoikan bleh?
hahaha…
menarik benda ni
tak perasan sangat sebab aku bukannya minat main mercun ni
eh
ada culik beberapa gambar. harap maklum
salam..
wahhh..gambar tu
bukan mercun dah?
tu meriam katak
nak tembak
kampung sebelah
he he..
hahahahaa… kat kampung ah best. Bunyi meriam berkumandang sana-sini menjelang raya
betol2..xpayah haramkan..buat under pengawasan..tak bawak beza pun haramkan ke tak sebab last skali orang beli jugak..huhu..pastu bakar duit ramai2! hoyeahh..hahaha
kat tempat saya pun, tiap hari tiap malam bunyi mercun kedengaran.. budak2 dah start main dah. dari mana dapat mercun tu tak pasti jugak, cuma yg selalunya mereka2 nie jual mercun dan bunga api cara sorok2.. errrmm… takde bunga api dan mercun, raya macam tak raya jerr… sunyi sepi. tak best gak….kan?
kat My ni walaupun diharanmakan..still ramai bebudak men..pom pang2 sini sane..smlm mymom da marah sorg budak ni..men mecon, pastu baling2 lam laman umh orang..kalau terbakar cam ner? nak2 bila xder orang kt umah sebb g solat terawikh..bahaya tu kan……huhuhu..lagi satu mercun ni bising..nak2 mercun bola kke pe? huish..bingit telinga..lebh baik diharamkan..
main bunga api je.
alalalaaaa~ abang kita ni dah sangap mercun. dah tua ganyut pun nak main mercun gak ea. miahahaha~
hahahaaha.. jiwa muda lagi bro.
LOL…
kat Kg.Baru ada je orang jual mercun n bunga api secara terbuka. relax je diorg. hoho
my uncle lak pegawai kastam rampas mercun then bagi kami anak2 buah dia main puas2 malam raya. ekeke. fun gila.
gathering GB kat S.alam nanti ada acara main mercun tak?. kalau ada mesti fun. hehe
Main kat tempat terbuka camtu, confirm polis datang punya.
Weh.. nak mercun sket!