Pelajar Malaysia Ditahan Seludup Bahan Letupan

Reading Time: < 1 minute

Pelajar Malaysia tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ketika ditahan

MOSCOW: Dua orang pelajar Malaysia hari ini ditahan pihak berkuasa Russia kerana disyaki terlibat dalam operasi menyeludup bahan letupan masuk ke negara itu. Mereka telah ditahan di pintu masuk hostel mereka berhampiran stesen Metro Planernaya. Bahan letupan pelbagai jenis seberat 10 kilogram yang dirampas pihar berkuasa tempatan itu dianggarkan bernilai RM1000 disyaki akan digunakan dalam beberapa operasi menjelang malam tahun baru nanti.

Pegawai di Kedutaan Besar Malaysia-Russia ketika disoal berkenaan perkara ini menjelaskan bahawa siasatan masih lagi sedang dijalankan dan berkemungkinan besar kedua-dua pelajar tersebut telah disabotaj atau diperdayakan oleh beberapa pihak asing. Ada laporan mengatakan bahawa pelajar-pelajar tersebut telah terlebih dahulu berjumpa dengan sekumpulan lelaki berbangsa Vietnam di stesen Metro Planernaya sebelum pulang ke hostel mereka. Beberapa saksi turut melaporkan bahawa berlaku ‘pertukaran bungkusan’ antara kedua-dua belah pihak di stesen Metro tersebut.

Kejadian sabotaj terhadap pelajar Malaysia semakin berleluasa dewasa ini, lebih-lebih lagi selepas kemenangan pasukan bola sepak Malaysia di Sukan SEA tempoh hari. Dilaporkan bahawa pintu beberapa bilik kepunyaan pelajar Malaysia di hostel tersebut telah disimbah cat merah dan darah babi. Pihak hostel telah diarahkan untuk meningkatkan rondaan keselamatan pada waktu malam.

Gambar-gambar disyaki sebagai bahan letupan pelbagai jenis yang dirampas pihak berkuasa Russia. Gambar dipercayai telah disebarkan di laman web sosial Facebook oleh beberapa pihak yang tidak dikenali.

Nota kaki: Cerita hanyalah rekaan semata-mata, tapi mercun harga RM1000 tu betullah. hehe..


Posted

in

by

Comments

31 responses to “Pelajar Malaysia Ditahan Seludup Bahan Letupan”

  1. syafika Avatar

    cehhhh..ingatkan betoll… :p

  2. Zala Wajik Avatar

    Gambar intro dia buat macam cerita ni betul2 berlaku dowh..
    hahahaha..

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha. Best kan aku edit? Mula-mula amik gambar tu xde blur, orang tu pulak rambut kaler brown so aku blurkan. Xdela nampak tipu sangat + lagi dramatik

    2. fiza Avatar
      fiza

      hahahaha… memang wrtawan VIP ada chan geng gan utusan Malaysia…rugi mereka x abil ko….

      1. ariff Avatar
        ariff

        Hahaha. Tak nak lah jadi wartawan. Jadi blogger lagi best =)

  3. iamsura Avatar

    siapa punyer kerje ni…
    ish3x…. =P
    .-= iamsura´s last blog ..Banner Gengblogger.com =-.

  4. elyana yazmin Avatar

    alahh..ingt btoi2.ishk! terkena sudaaaaaa..ki3x~

  5. naim Avatar

    wah..aku nak jugak mercun tu..buat letup gunung.kasi rata.haha.hebay tol ko wat cite..bleh jd penulis..ko berbakat haha

    1. ariff Avatar
      ariff

      ni cerita dah berapa minggu aku karang dalam kepala. tunggu masa nak keluarkan je. haha..

      btw. blog ko cun ah!

  6. Akuro San Avatar

    haha~ sekadar nak tunjuk gambar mercun jer lah ni yerk~ huhu~
    .-= Akuro San´s last blog ..Email Scam Dari Malaysia Airlines =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      banyak duit habis beli mercun

  7. nOj Avatar

    makk aii siap angkat tu… gile betul punye kejam

    1. ariff Avatar
      ariff

      orang russia memang kejam

  8. akuzaty Avatar
    akuzaty

    bile smpai bab kmenangn bola sepak mlaysia
    dah tahu da sume tu tipu..=p

    1. ariff Avatar
      ariff

      lain kali aku buat cerita memang tipu xkasi can pun. hahahahaha..

  9. uberVU – social comments

    Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by ariffshah: Pelajar #Malaysia di Russia Ditahan Seludup Bahan Letupan http://bit.ly/7bo18g

  10. fifi Avatar
    fifi

    cit hampages betullah!
    semangat aku baca sampai habis!
    sekali nota kaki..
    tettttt
    siot!
    .-= fifi´s last blog ..hanya ini yang mampu dilakukan oleh malaysia =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hehehehehee…

  11. azizwan Avatar

    ceh.. siot je.. aku ingat betul.. serius aku baca smpai habis rupa2nya aku tertipu. wakenabeb.. huhu.. btw.. nice smpaikan aku tertarik nak komen :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      agak dramatik kali ni. nak-nak siap ada gambar yang blurred lagi. kehkehkeh..

  12. sue Avatar

    eii emnci,dua kali masuk cni,br ternampak nota kaki yg tecik 2..huh,menyampah..huhuk..tertipuuuuuuuuuuuu!

  13. Lady Nass Avatar

    ada yang nak kena siku lipat ngan aku neh. hoho. wat suspended saje.

    1. ariff Avatar
      ariff

      ngeh ngeh. lagi sorang

  14. jawatan kosong Avatar

    Cerita ni macam betul adanya…

  15. azizan4444 Avatar

    mcm2 ada…mntap penyampaian..

    1. ariff Avatar
      ariff

      hehe. memang dah lama terfikir nak buat camni

  16. sharinginfoz Avatar

    macam2 kan.. bosan2 singgah le…

  17. Pelajar Malaysia Ditahan Seludup Bahan Letupan | blog.ariff…

    MOSCOW: Dua orang pelajar Malaysia hari ini ditahan pihak berkuasa Russia kerana disyaki terlibat dalam operasi menyeludup bahan letupan masuk ke negara itu….

  18. Amir F Avatar

    Hah?! Adakah ini cerita betul…?

    1. ariff Avatar
      ariff

      cara aku sampaikan nih memang bunyi macam betul kan? hehehehe..

      1. Amir F Avatar

        hahaha… ok understood.. :)