Kalau Tak Kerja Engineer, Nak Jadi Apa?

Reading Time: 3 minutes
Ini adalah senapang yang dipasang pada helikopter.

Kalau tak jadi engineer atau kerja dalam bidang kejuruteraan, apa aku nak buat? Soalan macam tu wajib ditanya pada diri sendiri juga kadang-kadang sebab bukan semua yang kita rancang untuk masa depan kita teritamanya dalam pemilihan karier ni boleh menjadi kenyataan. Aku pasti ramai yang setuju dengan statement aku ni dan aku pasti ramai sebenarnya yang mempunyai ijazah/diploma dalam sesuatu bidang tapi akhirnya mencari rezeki dalam bidang lain yang tidak pernah difikirkan olehnya.

Tak ada apa yang salah pun sebenarnya. Kadangkala kemahiran/minat yang kita ada tak serasi dengan kelayakan yang kita telah dapatkan, jadi kita cari sesuatu yang lain untuk dibuat supaya kita dapat lakukannya dengan gembira. Benda ni meningkatkan produktiviti dan potensi kerja kita sebab kita suka dan mampu untuk melakukan perkara tersebut. Itulah sebabnya kadang-kadang ibu bapa tak boleh tetapkan sangat apa yang anak-anak nak buat. Kadang-kadang anak minat bidang akaun, tapi dipaksanya juga untuk mengambil bidang perubatan. Tak boleh tidak..

Berbalik kepada tajuk entri, apa aku nak buat kalau aku tak jadi engineer? Apa yang aku minat lagi?

Sebenarnya, aku memang berminat sebenarnya nak cuba nasib dalam kejuruteraan F1. Aku sukakan kerja berpasukan dalam sesebuah pasukan F1, memang semua orang ada tanggungjawab sendiri dan kemengan tu akan dikecapi oleh semua kalau pemandu mereka berjaya mendapat tempat di atas podium. It’s not about the racer but it’s all about the team. Tanggungjawab pelumba adalah untuk mendapatkan masa terpantas untuk setiap pusingan, sama sahaja dengan tanggungjawab tukang isi minyak atau tukang tukar tayar, mereka pun mestilah bekerja dengan cepat untuk mengurangkan masa di pit supaya masa untuk pusingan tersebut dapat dikurangkan.

Peluru senapang pada MIG, Sukhoi dan helikopter

Semuanya bergantung kepada kerjasama ahli pasukan, semua orang perlu bergerak seiring. Apabila kejayaan dicapai, semua orang dalam pasukan tersebut akan merasai kemanisan kejayaan itu. And that is priceless.

Aku juga sangat berminat dalam urusniaga forex. Benda ni adalah guilty pleasure aku, risiko tinggi tapi pulangan lumayan. Aku rasa aku mempunyai naluri yang tepat tentang perubahan besar dalam pasaran matawang dan ini telah terbukti beberapa kali sepanjang 5 tahun yang lepas. Satu benda yang perlu ada untuk menceburi bidang perdagangan matawang ni adalah keberanian dan pengetahuan tentang pasaran dunia yang kukuh. Lagi satu poket yang agak dalam dan plan B sekiranya dagangan anda tak membuahkan hasil. Oh, satu lagi perlu komputer yang ada Windows. MacBook Pro boleh buang dalam longkang kalau anda adalah seorang forex trader kerana takde trading platform yang dibina untuk dagangan forex. Dual boot boleh tapi jujur la, kalau sehari 8 jam mengadap Windows, memang lama-lama Mac OS tu jadi tak guna.

Lagi satu aku minat kerja-kerja berkaitan social media ni. Walaupun aku ni taklah social, tapi aku tahulah selok-belok marketing dalam dunia internet ni sikit-sikit. Taklah hebat sangat, tapi cukup untuk meletakkan aku di mana aku berada sekarang dan mengecapi sedikit kejayaan pada masa lalu. The point is, I know what I’m doing.

Puas hati kalau dapat bom haters kita dengan ni

Nak best lagi kan, kalaulah tiba-tiba aku ada cukup duit untuk tak perlu ada kerja nak menyara hidup, aku nak jadi fulltime blogger je. Cari kerja part time, kadang-kadang jalan-jalan pergi sana sini dan yang penting teruskan menulis. Menulis ni seronok sebenarnya, tak payah nak kutuk orang dalam penulisan tapi setakat cerita pasal apa yang berlaku di sekeliling kita pun orang akan baca. Aku tak perlu jadi kaya untuk bahagia, duit cukup makan, dapat tulis blog dan hidup dengan dia yang disayangi tanpa sebarang masalah pun dah cukup.

Dan melihat pada gambar-gambar dalam entri ni yang diambil di faulti aku, tahulah korang bahawa aku minat sangat dengan senjata ni semua. Kalau boleh aku nak jadi weapon purchaser kepada Kementerian Pertahanan. Kerja aku nanti beli senjata untuk sistem pertahanan negara dan kelengkapan anggota tentera dan menghadiri showcase/pameran senjata di seluruh dunia untuk mencari peralatan yang sesuai digunakan oleh tentera kita. Aku yakin jawatan macam tu wujud, tapi kalau tak wujud sila wujudkan. Jangan hantar Menteri Pertahanan atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan politik ni. Mereka tak tahu apa-apa tentang senjata.

UN Laissez Passer

Pernah juga terfikir nak kerja dengan UNESCO atau United Nations untuk apa-apa misi kemanusiaan mereka. Serius. Satu benda yang best kalau kerja dengan UN adalah pekerja akan dapat passport biru UN (laissez passer) yang membolehkan kita masuk ke mana-mana negara di dunia ni tanpa sebarang visa. Aku nak kerja dengan UN sebab apa yang kita buat di sana mesti berkaitan sesuatu yang membawa kebaikan kepada manusia lain dan dunia secara amnya.

Apa-apa pun, aku tak sabar nak habiskan study. Lama sangat dah study ni, cukuplah.. Kurang setahun je lagi.. Doakan aku lepas tanpa sebarang masalah.

+ Gambar ditibai daripada Facebook kawan aku daripada fakulti lain. Nak tangkap sendiri tak boleh, silap hari kena sound dengan classmate Russian aku.


Posted

in

by

Comments

33 responses to “Kalau Tak Kerja Engineer, Nak Jadi Apa?”

  1. shah Avatar

    style gila teknologi russia… bile la nk merasa p sana..hmmm

  2. isma Avatar

    suka entry ni pasal selalu sgt terpikir… yerla..
    sejak dah keje engineer ni rasa tak larat n byk sgt pressure…dulu kemain nak jadi engineer… hehehe engineer oil n gas ni org kata leh buat duit… tapi kene rajin jump sana jump sini… tu yg tak suka… terpikir nak wat apa kalo benti jd engineer ni…

    1. ariff Avatar
      ariff

      sebelum habis belajar, dilema kalau tak dapat kerja macam mana. bila dah dapat kerja, dilema nak tukar kerja pulak.. hehe..

  3. Izwan Avatar

    kalau aku tak jadi engineer,nak bukak CC.. tapi bukan CC biasa..CC yang ada konsep lebih up dari CC cina.. in short, berniaga..

  4. Dila.13 Avatar

    Pernah consider kerja as a full time freelance writer or blog developer? ;)

    1. ariff Avatar
      ariff

      aa.. macam banyak kerja plus market still kecik sangat untuk buat fulltime and actually sustain a living.

  5. sayacomel Avatar

    nak jadi apa yang saya nak jadi..

  6. namaakulynn Avatar

    sabar2,stahun je lagi..
    smoga sgalanya dpermudahkan..
    aminnn..
    goodluck!;p

  7. abangensem Avatar

    Takpe bro, aku dah standby job untuk ko. Boleh masyuk beb..

    1. ariff Avatar
      ariff

      wah. Tak sabar macam ni.

  8. APi Avatar

    ariff..
    kau ada satu minat yang sama dengan aku dalam kejuruteraan F1..aku dulu ambil kejuruteraan automotif untuk ke arah tu..tapi mungkin peluang atau rezeki ataupun pengalaman aku takda setakat ini..
    sekarang pun aku dah tertukar bidang masa ijazah ni..macam diploma aku sia-sia jek setakat ni..

    1. ariff Avatar
      ariff

      susah nak masuk bidang F1 ni. Biasalah sebab mereka tak cari fresh grad. Kalau dapat pun mungkin lepas 5-6 tahun kerja engineer baru diorang tengok resume.

  9. DaHLia Avatar

    pernah teringin nak jadi tentera… :D

    1. ariff Avatar
      ariff

      wah. Ganas ni..

  10. aizuddin Avatar

    kadang2 minat je tak cukup dengan kelayakan yang ada dalam diri kita ni..

    1. ariff Avatar
      ariff

      di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Muda lagi, peluang masih terbuka untuk mengejar impian.

  11. Akid azami Avatar

    waahhh :D sebut forex ni, aku pun sama minat. Start 2 tahun lepas aku duk perhati benda alah ni dan memang tak dinafikan, pulangan memang lumayan. Cuma tulah, risiko dia tu, lepas tu ilmu pasal forex pun macam tak cukup lagi.

    Aku ada survey 1 plaform trading ni yang mcm dah dimodified sikit. Siap tunjuk lagi mana patut kita letakkan stoploss, trend tengah down atau up dan macam-macam lagi ah.. Kiranya kita cuma ikut je arahan yang keluar. Ko rasa benda platform trading macam tu boleh percaya ke ariff?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau kita percayakan mesin dan bukan apa yang kita tahu, maka jangan salahkan mesin kalau tiba-tiba kita yang rugi.

      Benda ni banyak orang guna, tapi kena faham la mesin-mesin ni manusia buat. Tak perfect. Orang yang guna tu diorang ada back up pocket yang dalam, kalau hilang sikit takde hal lagi.

  12. uncle syaf Avatar

    perghh…tak sangke ko minta bende2 macam nih, good for u, tak ramai sebenarnyer orang yg minat bende2 macam ni….mane ler tau satu ari nanti tetibe lak ko dapat involve ngan bende nih kan…

  13. ekspresiruang Avatar

    jadi warlords mcm nicholas cage dalam lord of wars. mantap gile. dia pon start ngan beli military equipment terpakai lps kejatuhan soviet. dah dok kt rusia tu, bro try la cari peluang2 nak jual scrap2 soviet dulu2 tu kt Malaysia. Malaysia kan suka beli kelengkapan military sampai 300% kenaikan harga dari harga asal ;)

    1. ariff Avatar
      ariff

      ish. beli scrap ni semua macam tak meyakinkan je.

  14. kyo_9 Avatar

    Pergh, banyak gak benda yg ko minat bro.. Entah kenapa ak tgk dari segi penulisan bro cam layak jadi lecturer jer.. ;)

    1. ariff Avatar
      ariff

      perrggghh. .ni macam perli. Tak minat aku jadi lecturer.

      1. aira Avatar
        aira

        x sesuai kot jd lecturer…

  15. Faaein Talip Roy Avatar

    tak sabar nak habiskan study.. mungkin salah satunya dah tak sabar nak ‘bina masjid’ kot.. hehehe..

    yelah.. terfikir juga bila baca tajuk tu.. apa nak jadi ek andai aku tak jadi engineer.. hmm.. perlu rancang skang ni..

    1. ariff Avatar
      ariff

      hehe.. nak bina masjid tu sudah tentu. Bukan ke semua orang macam tu?

  16. muhammad fakhruddin Avatar

    Tak bercadang nak tulis buku, macam bro Nuaeman?

    1. ariff Avatar
      ariff

      buku tu macam serius sangat dah. masih tak layak untuk terbitkan buku. Blog ni pun cukup dah..

  17. Aisya Avatar

    kalau laa masyukk macam cik epal, tak cri keje lain tk pe daa..:)

    1. ariff Avatar
      ariff

      ish. manade masyuk. kalau masyuk dah lama berenti belajar.

  18. chybee Avatar

    jadi full time blogger pon apa salahnya kn :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      tak salah pun kalau dapat support kehidupan. setakat ni, memang tak boleh lagi la..

      1. ekspresiruang Avatar

        reach for the stars, kalau tak dpt, at least dpt landing on the moon. ariff target tinggi2 tu dah kena dah :)