Melepak Bersama Jutawan Hartanah

Reading Time: 2 minutes

Terima kasih kepada yang memberi kata-kata semangat dalam entri sebelum ni. Betullah, dalam hidup ni kita tak boleh buat semua orang gembira persepsi setiap individu sangatlah berbeza tapi aku cuba untuk  jaga hati orang yang membaca. Apa-apa pun lupakan pasal entri sebelum ni. Korang jangan pening pulak. hehe..

Malam tadi aku berpeluang untuk melepak bersama Abang Ensem – penulis ebook Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar yang aku pernah ceritakan dulu. Betul lah Abang Ensem ni macam dalam blog dia gak, peramah, hensem dan kelakar. Aku lepak dengan dia kat kafe OldTown White Coffee Taipan. Asalnya dia ada ajak mak Hanis Zalikha sekali tapi aunty tu busy buat kek lak katanya.. aih kalau mak Hanis Zalikha ada nanti silap-silap mak dia nak jadikan aku menantu pulak. ekeke..

Lama gak melepak. Plan asal nak cerita pasal blog, tapi masalah WiFi kat OldTown tu, jadi tak dapat cerita banyak. Abang Ensem ni dalam proses nak release ebook dia yang kedua, pasal beli rumah pulak. Ebook dia yang dulu pasal intro dia jadi Jutawan Hartanah tu pun not bad gak penjualan dia. Aku dah baca ebook tu, memang cover hampir semua benda basic yang perlu korang tau kalau nak start beli property sendiri dan belajar tentang pelaburan hartanah kat Malaysia ni. Murah je pun, RM20 satu. Dengan ilmu yang ada dalam ebook tu, korang ada potensi untuk save ribu-ribu atau buat keuntungan ribu-ribu dalam perniagaan hartanah ni. Berbaloi kan?

blog Abang Ensem

Rasa terharu pulak orang macam Abang Ensem ni nak jumpa aku. hehe.. Aku ni orang biasa je, blog ni je kadang-kadang ramai yang baca. Ilmu pasal blog tu adalah sikit-sikit, boleh la membantu mana yang patut. Aku bangga ada anak Melayu macam Abang Ensem ni, jadi jutawan pada umur sebelum 40. Kalau ikutkan sebenarnya dia dah tak payah pergi kerja sekarang ni, duit dari sewa rumah sana sini dah cukup untuk support perbelanjaan bulanan tapi itulah, kalau tak kerja apa nak buat kat rumah kan. Jadi Abang Ensem ni masih lagi bekerja, tiap-tiap hari naik LRT pergi pejabat.

Kepada yang berminat nak belajar pasal hartanah atau suatu hari nanti bercita-cita nak jadi jutawan hartanah, boleh start baca blog Abang Ensem ni. Banyak ilmu kat situ, semuanya free. Aku tau ramai kawan-kawan aku dan awek-awek yang aku kenal berminat nak menceburi bidang hartanah ni. Betul tak?

Kepada Abang Ensem, all the best dengan ebook tu. Harap suatu hari nanti impian untuk mempublish buku sendiri dan jadi best seller kat MPH tercapai.

***

blog.ariff’s premium sponsor July 2010:


Posted

in

by

Comments

12 responses to “Melepak Bersama Jutawan Hartanah”

  1. Yatre Avatar
    Yatre

    wah…otai2 blog berkumpul..heee~

    1. ariff Avatar
      ariff

      ish. takdelah otai mana pun

  2. aizuddin Avatar

    macam tak berapa nak minat je…best ke?hehe

  3. hafizul Avatar

    terima kasih shah info pasal abg ensem..dpt juga tahu ilmu nak beli rumah..hehe..

  4. matjoe Avatar

    aku dijemput oleh ensem utk proof reading his second e-book. Although aku ada ilmu hartanah jugak, i must say, the second e-book dia memang berbaloi untuk dimiliki coz ada ilmu yg aku sendiri sebelum ni tak tahu.

    knowing his blog read his every new entry, mmg tahu yg dia seorang yg berpengalaman dalam bidang hartanah.

    part hati kering halau OKU tu pun best jugak.

    1. Fitrihadi.com Avatar

      wah rasa teruja kalau matjoe dan abg ensem bergabung…mesti meletup dan dapat bantu ramai rakyat malaysia utk hidup lebih senang hehehe

  5. Pejuang Kesenian Extreme Avatar

    Nak cuba la jengah blog abg hensem tu..
    mana tau ada ke info2 yang perlu ditahu..

  6. Amir F. Avatar
    Amir F.

    Mmng menarik~

  7. zool Avatar

    Wah kena gak lawat blog abang ensem ni.. nak cari hartanah untuk hari tua nanti

  8. denaihati Avatar

    Bangga tengok anak Melayu yg berjaya…mesti belajar dispilin beliau yg boleh menyebabkan berjaya.

  9. fiD Avatar
    fiD

    idea menarik…

  10. serol Avatar

    Bagus blog abg ensem ni..tak lokek ilmu.. :D