Jom Sertai Contest Gadget Impian

Denaihati sekali lagi menganjurkan contest dan contest kali ini katanya akan menjadi contest terbesar tahun ini. Sebagai seorang yang pernah menang sebuah iPad 2 daripada Denaihati, pastinya saya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki gadjet impian saya.

iPad 2 dulu apa cerita? Sebenarnya iPad 2 dulu tu telah ditukarkan kepada wang tunai untuk memudahkan urusan. Kalau nak terbangkan iPad tersebut ke sini, memang bertambah kos dan kalau dibeli di sini, harganya lebih mahal. Jadi saya simpankan dulu wang tunai untuk pembelian iPad tersebut dalam bentuk instrumen pelaburan lain. Mungkin tunggu balik Malaysia nanti baru beli (kalau ada keperluan).

Tapi kalau saya menang kali ni (belum start lagi contest dah berangan), gadjet apa yang sesuai? Kalau boleh, saya nak iPhone 4S lah.. Ok tak? Kalau up sikit lagi, mungkin MacBook Pro baru. hehehe…

Apa pun, macam biasa saya memerlukan sokongan pembaca semua untuk memenangi contest ini. Jadi kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan nanti harap dapatlah membantu mendapatkan gadjet impian yang saya idamkan.

Contest Gadget Impian Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti dan Serverfreak.

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

32 comments

  1. tahniah sbb dpt join n good luck dlm contest nih.
    blog sy tak terpilih, sedih…huhu….
    tak tau da cane nak dpt trafik tu ha…teruk sgt kot blog sy nih hurm…..

  2. ramai dah join.. esok tarikh last mendaftar.. baru ni aku nampak intro pasal laptop.. lain2 sume smartphone dengan tablet..

  3. iphone 4s? hehe walaupun samsung mendahului apple baru2 ini in terms of shipment, apple tetap berada di hati semua peminatnya

Comments are closed.