Lepas melawat bandar Stuttgart dan muzium Mercedes Benz, singgah ke Ulm ketika dalam perjalanan pulang. Ulm adalah sebuah bandar kecil yang terletak lebih kurang 30km dari Biberach.
Tarikan utama bandar Ulm adalah gerejanya yang merupakan gereja tertinggi di dunia. Walaupun 80% daripada keseluruhan bandar ini musnah dibom ketika Perang Dunia Kedua (1944), gereja ini tidak mengalami sebarang kerosakan langsung.
Ulm juga merupakan bandar kelahiran Albert Einstein (14 Mac 1879). Di tengah bandar, dibina sebuah memorial untuk menandakan lokasi rumah Albert Einstein ketika dia dilahirkan. Rumah tersebut juga musnah dalam pengeboman pada tahun 1944.
Pro tip daripada kawan aku untuk sesiapa yang ingin melawat Ulm:
- Jangan singgah ke Mc Donald’s depan stesen keretapi kerana pekerja kat situ adalah yang paling tak friendly dan muka tak reti senyum dalam Jerman.
- Kedai kebab di dalam lintasan jalan bawah tanah depan stesen keretapi adalah yang paling tak sedap.

Comments
11 responses to “Jalan-Jalan Eropah (Siri 13) – Ulm, Bandar Kelahiran Albert Einstein”
wohaa..besar lah pula impian kalau nak honeymoon kat sini
nice place for honeymoon? nice..
Memorial Albert Einstein sgt unik… huh! sgt jeles dengan pengembaraan seperti ini… wish to do the same !
Demm nice! Seriously!
Best dan cantik.. mmg nak pegi satu hari nnt.. hehehe.. kalo ade duit la.. eh kat jerman matawang dia ape yek..?
Bro, aku cadangkan kau pergi melawat ke Serbia…walaupun banyak kemusnahan akibat dari perang balkan, banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati malah sesetengah tempat lebih cantik dr bandar2 eropah yg lain…cuma berhati2 dengan gipsi2 yg berkeliaran..
sepatutnya Serbia macam ada dalam jadual lawatan aku, tapi terpaksa cancel atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Bandar ini dikelilingi sungai ke apa?Nais lah gereja tu.ada unsur seni bina klasik.
dah lama rasa nak gi sini..tapi takde masa..kekangan kerja..
berapa tinggi gereja yang tertinggi di dunia tuh?
cafe tepi sungai nampak best..tak tahu kenapa suka tengok tu je.