Masa nak pergi Paris hari tu sibuk cari kereta untuk disewa. Walaupun kos sewa kereta sendiri dengan travel naik train adalah lebih kurang sama, tapi sewa kereta ni advantage dia adalah dapat detour ke tempat lain semasa dalam perjalanan ke destinasi utama. Kalau naik train, rasanya tak sampai Strasbourg. Lagi satu, tidur dalam kereta adalah lebih jimat berbanding sewa hostel waktu peak season macam sekarang ni.
Proton tahun 1999. Harga 200 Euro. Ada orang nak beli ke?
Sewa Ferrari sejam adalah 229 Euro. Kalau nak merasa bawa Ferrari sekali sekala, boleh je.
Strasbourg – bandar persinggahan macam ni rugi kalau tak disinggah sebab memang dah on the way.
Makan apa kat sini? Kadang-kadang ada chef masak, tapi biasanya keluar makan. Ada Chinese restaurant kat sini yang mana pemiliknya adalah orang Negeri Sembilan. Dah berbelas tahun aunty tu tinggal kat sini. Selain tu banyak kedai makan orang Turki dibuka di sini. Kedai Turki di Jerman adalah seperti kedai mamak di Malaysia, mana-mana pun ada.
Halal
Hand made freshly baked pizza kat kedai makan Turki
Doner kebab. Dicipta oleh orang Turki di Berlin pada tahun 1971. (read more)
Ni lauk masa makan kat kedai aunty tu. Ikan sweet sour dengan masak sate.
Kari ikan yang memang terbaik! (masakan chef)
Mi hailam, juga masakan chef.
Kalau malas masak, makan hotdog resepi Jerman macam bawah ni. Rasa dia memang lain daripada hotdog kat Malaysia. Kalau tak silap aku, satu paket harganya lebih kurang 1.50 euro. Oklah tu.
Halalan toyyiban
Kaesespaetzle – cheese spaetzle. Satu-satunya masakan orang Jerman yang aku makan. Lain-lain ada babi. Lebih kurang macam macaroni & cheese.
Kalau tak hujan atau hari panas terutamanya, aku pasti akan melawat kedai aiskrim ni. Aiskrim kon berharga sembilan posen euro. Dengar harga sembilan posen rasa macam murah je, tapi bila fikir balik kalau tukar ke dalam RM dan dikira berdasarkan bilangan hari yang aku pergi makan aiskrim, banyak lah jugak. err.. Takpe2. Kat Moscow bukan selalu makan aiskrim hari-hari.
Kenapalah takde aiskrim jagung kat sini..
Aku suka roti. Kalau kat Malaysia, memang rajin singgah bakery. Walaupun kat sini orang semua makan roti, tapi taklah setanding macam kat Malaysia. Tak banyak pilihan dan walaupun dibeli di bakery, roti/pastry yang mereka hasilkan adalah keras.
Aku happy masuk kedai ni yang terletak di Stuttgart. Rasa macam nak datang balik and beli something untuk bawak balik.
Muzium Porsche & Mercedes ada kat Stuttgart.
Kat negara empat musim memang tak wujud pasar malam sebab waktu malam memang sejuk. Ada pasar pagi je.
Last but not least, always a welcoming sight.
Siapa chef yang aku ceritakan atas tadi? Aku la. hehe..

Comments
20 responses to “Jalan-Jalan Eropah (Siri 15) – Food & Some Other Pictures”
wah,boleh belikan aku pistol tu tak,bro ariff?haha…
Pergh.. dalam banyak2 ni.. tertarik ngan kebab dan kedai senapang tu..hehehe.. tgk mknnn lapar la plak..
haha, kau ke chef nye? boleh tahan. dah boleh kawen dah nih
ikan kari … eh, ke kari ikan?
sedap!
seronok dapat lihat tempat orang.
yang doner kebab tu ape inti dye?
inti kebab ayam and daging. Sama je macam kat pasar malam.
bestnye! Lagi2 nak puasa ni, haruslah enjoy mknn :D Ada plan pg amsterdam tak? Igt nk delay flight kat amsterdam utk jln2 tp tak taw nk g mne je nnt..
tak singgah kat colmar? about 100km south of strasbourg, tempat saya belajar dulu :)
Nak je aku forward entry ini dekat bakal mak mentua kau.hahaha.:).Sedap ke tak kari tu?
hoho.. kari tu paling menjadi antara kari-kari yang pernah aku buat.
erm..maknanya dah 15 siri la ariff cerita ni kan..rajin betul..
:)
kiranya roti kat Malaysia terbaiklah, sebab lembut dan gebu. yang penting, sedap.
rasanya tak boleh challange rot kat negara arab tempat saya belajar..sebab sini makan asasinya roti..
travelblog ko ke europe ni mmg buat aku teringat balik nostalgia2 lama. huhu
Salam Ariff…
Wah!~ Seronok dapat lihat negara orang… Err, 1 euro sama dengan berapa RM? Huhu!~
empat ringgit.
dapat beli AK-47 satu pun dah best.hehe
sedapp sgt tu bro
OMG kedai senjata api..boleh ariff, aku perlukan 1..utk tembak pencuri2 durian kebun nenek aku..
wa.. mana boleh orang curi. Ko kena tido kat kebun jaga durian.