Jam 1 pagi malam ni waktu Malaysia, iPhone 5S akan dilancarkan melalui Apple media event yang akan berlangsung di ibu pejabat Apple, Cupertino, California. Dijangkakan iPhone 5S dan 5C akan mula dipasarkan di negara-negara terpilih bermula 20 September ini.
iPhone 5C akan diperkenalkan sebagai alternatif kepada iPhone 5S yang lebih berpatutan. Jadi boleh kata huruf C tu mewakili perkataan cheap atau murah, sesuai dengan tujuan ia dihasilkan (untuk dipasarkan di negara membangun seperti Malaysia :p). Dijangka struktur rangka iPhone 5C ini akan diperbuat daripada plastik seperti kebanyakan phone ‘murah’ yang berada di pasaran sekarang ni.
Berdasarkan berita daripada media antarabangsa, antara ciri iPhone 5S dan 5C yang dijangkakan ialah:
- Macam biasa, upgraded cip pemprosesan A7 yang lebih laju
- Warna gold/champagne akan diperkenalkan (kebetulan warna ni sama dengan warna theme perkahwinan saya. Ada siapa nak sponsor iPhone 5S untuk dulang hantaran saya tak?)
- Dual-LED flash camera dengan aperture yang lebih luas (boleh tanya orang yang minat fotografi pasal aperture nih)
- Mostly, saiz dan bentuk iPhone 5S adalah sama dengan iPhone 5
- Butang Home dengan sensor pengesan cap jari untuk keselamatan
- Kamera 8-megapiksel iPhone 5 dinaik-taraf ke kamera 12-megapiksel dengan kebolehan yang lebih baik untuk menangkap gambar dalam keadaan kurang cahaya dan fungsi HDR yang lebih baik (more Instagram!!)
- Maximum storage yang lebih besar iaitu 128GB (dari 64GB sebelum ni)
- iPhone 5C akan didatangkan dengan beberapa pilihan warna yang menarik
- iPhone 5C lebih kecil berbanding iPhone 5S
As for me, saya tak bercadang nak beli phone mahal macam ni walaupun ianya sangat berguna especially untuk jalankan tugas sebagai blogger. Tak mampu. Kalau ada yang nak bagi, saya terima dengan tangan dan hati yang terbuka.
Bila iPhone 5S sampai Malaysia? Not sure. Yang pasti, Singapore akan dapat dulu (macam biasa). Lepas tu barulah masuk ke sini. Kepada yang menunggu, sabar jelah.
32 Comments
Hafizul
12 September, 2013 at 4:57 pmAgak-agaknya lah berapa kos dia ekk?murah lagi iphone 5 ke macam mana?hehe
Juan
11 September, 2013 at 6:04 pmnampak iOS terbaru menarik dan cantik
hazman aka species1980
11 September, 2013 at 2:30 pmAriff skang nie lebih prefer NOKIA kan…. ekekekeke
Ariff
11 September, 2013 at 2:58 pmPhone yang free terbaik
Jawatan Kosong Kerajaan
11 September, 2013 at 10:04 amsama la kita tgu depa mai kat malaysia
amira
11 September, 2013 at 8:14 amiphone memang bagus tetapi x suka coz x open source mcm android…
denaihati
11 September, 2013 at 7:10 amiPhone 5S telah dilancarkan dengan ciri yg telah dijangka dan ramai analisa berkata pengenalan touch ID akan mengubah sistem bayaran dunia menggunakan smartphone. warna iPhone telah ditambah dgn warna gold dan silver dan tak lupa juga dilancarkan iPhone 5C utk low budget.
yangbaik
11 September, 2013 at 1:34 amerkk… tersentap kejap… bila blogger popular tak minat beli iPhone…
Ariff
11 September, 2013 at 7:51 amMinat je nak beli, cuma tak rasakan pembelian phone ni satu keperluan
Faizalpj
11 September, 2013 at 12:54 amNak yg pink tu le huhu
Macam menarik tapi pakai hp lama
Ada nk bagi free bagus juga
Fakarepain
11 September, 2013 at 12:37 amSelalunya,barang Apple ni x leh diramal..pasti meleset..eheh
Ariff
11 September, 2013 at 7:53 amKalau versi S untuk iPhone ni takde masalah sangat. Biasanya ramalan mesti tepat
akubiomed
10 September, 2013 at 11:56 pmiPhone 5 pun tak sempat rasa. Saya masih pakai iPhone 3G. :-)
Ariff
11 September, 2013 at 7:52 amBoleh dah tukar
Izzuddin Fauzi
10 September, 2013 at 11:41 pmApa yang anda perlu tahu ialah ianya Mahal -_-
Ariff
11 September, 2013 at 7:52 amItu sudah pasti.
Nak buat macam mana, apa-apa yang bawak masuk Malaysia semua jadi mahal
Faizal Fredley
10 September, 2013 at 11:11 pmperghh smart yg warna gold tu..rugi pulak beli s4 2 hari lepas…kalau sabar sikit mesti boleh beli iphone 5s
Ariff
10 September, 2013 at 11:18 pmTak jugak. Tengok minat yang mana la. Kalau lagi minat Samsung, elok stick to the purchase
cursefinger
10 September, 2013 at 10:41 pmapa-apa pun sebelum beli tu fikir balik sama ada ia satu kemahuan atau keperluan. mahal tu.
Ariff
10 September, 2013 at 10:49 pmItu sebabnya saya dah lama tak beli phone baru
pinkbubblegumprincess
10 September, 2013 at 10:34 pmsuka camera iphone..tapii mampus tengok harga ehhee,,
Ariff
10 September, 2013 at 10:48 pmLain-lain pun lebih kuranng je
Dr House
10 September, 2013 at 10:20 pmMasa untuk upgrade. Yay…
Ariff
10 September, 2013 at 11:08 pmBeli beli beli!
Abu Talhah
10 September, 2013 at 10:09 pm5S ni support LTE x ?
Ariff
10 September, 2013 at 10:17 pmShould be sebab 5 pun dah support
AkmaOmar
10 September, 2013 at 9:53 pmCiri-ciri yang cukup menarik. Yg suka bergambar mmg sesuai sangat.
Ariff
10 September, 2013 at 9:58 pmCamera iPhone memang better than jenama phone lain
titan
10 September, 2013 at 9:47 pmsatu pagi?
lambat lagi nih..
Ariff
10 September, 2013 at 9:57 pmMalas nak tunggu walaupun esok tak pegi kerja
NoktahHitam
10 September, 2013 at 9:39 pm5 C tu macam berminat je. Sekarang untuk cuba-cuba. Heehehe
Ariff
10 September, 2013 at 9:58 pmtakkan 5C jee….