Apa Nak Letak Atas Dulang Hantaran?

dulang hantaran

Sekadar hiasan. Kena tengok bajet dulu kalau nak letak set Habib nih

100 hari lebih je lagi. Macam-macam nak fikir. Silap-silap boleh tumbuh uban kalau macam ni lama-lama. Itu sebab orang cakap bertunang ni tak payah lama-lama.

Hari ni nak bercakap pasal dulang. Saya perlukan suggestion untuk beberapa item dalam senarai saya yang belum muktamad lagi. Harap yang berpengalaman boleh bantu.

Dulang daripada pihak lelaki:

  1. Gubahan mas kahwin + cincin/gelang emas
  2. Gubahan duit hantaran berbentuk check
  3. Gubahan tepak sireh
  4. Telekung & al-Quran
  5. Perfume/toiletries/cosmetics
  6. Jam tangan*
  7. Handbag*

Dulang daripada pihak perempuan:

  1. Gubahan tepak sireh
  2. Kain pelikat + sejadah
  3. Kemeja + tali leher
  4. Chocolate
  5. Cake
  6. Jam tangan*
  7. Wallet + tali pinggang*
  8. Perfume/toiletries
  9. ???*

Yang bertanda * adalah barang yang belum finalized.

Dari segi kos tu biarlah benda yang boleh mampu. Barang atas dulang hantaran ni saya tak kisah sangat sebab benda ni macam penyeri je. Asalkan ada. Tapi alang-alang nak membeli tu, eloklah something yang betul-betul berbaloi dan akan dimanfaatkan.

Kasut saya tak minat sebab nampak tak proper letak kasut dalam dulang. Ini sekadar pilihan peribadi saya. Lagipun kasut saya pun dah banyak kat rumah ni, ada dekat 10 pasang, mungkin lebih.

So itulah. Harap dapat idea daripada cadangan korang.

39 Comments