Ingat tak entri dulu bertajuk Tips Penting Contest iPad 2? Dalam entri tu aku ada tunjukkan satu kaedah untuk redirect trafik dengan hanya melalukan mouse pada link/banner yang dipasangkan code tersebut. Setelah berhubung dengan pihak Says.my, mereka mengesahkan bahawa kaedah ini tidak dibenarkan sama sekali untuk digunakan pada kempen-kempen mereka.
Disebabkan sekarang ni musim contest dan banyak penganjur yang menawarkan hadiah iPad 2, maka ada pihak yang kemaruk sangat nak menang dan sanggup menggunkan kaedah yang tak adil seperti ini. Cuba fikirkan, kalau semua trafik ke blog kita dihantar terus ke link-link tertentu demi mendapatkan kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menang, maka laman web yang mempunyai trafik yang tinggilah yang paling senang menang tanpa pemilik laman web tersebut perlu berusaha keras untuk mempromosi link-link tadi.
Apa-apa pun kalau anda ternampak mana-mana pihak yang menggunakan teknik kotor ini, laporkan kepada pihak Says.my melalui contact form mereka. Benda ni bukan sahaja berlaku untuk kempen di Says.my, malah di mana-mana sahaja.

Comments
28 responses to “Fraud Click @SAYSdotMY”
nak nak kalau blog trafik tinggi.. memang senang nak dapat rewards.. :(
Report as spam pada blog macam tu boleh tak?
:p
boleh je report fraud click. Diorang memang bertungkus-lumus cari pun..
kalau jumpa, kena buat report nih. hari itu ada jumpa. Tapi dah lupa nama blog dia..dah la susah nak ingat nama blog tuhh..
haha.. mesti blog pelik2 yang takde orang masuk sampai sanggup buat benda macam ni untuk buat duit.
kalau link yg tak berkaitan dgn Advertisement mmg tak blh jgk ke?
tak faham. Asalkan link yang buat duit tapi letak benda hover ni mana boleh. Klik mestilah datang daripada minat, bukan secara tak sengaja mouse terhover link2 tu semua.
best says.my nie..
aku dah cash out lbih rm100 dah//
ada juga dapat code dengan menghalakan muse je macam tu,tapi bila fikir balik,tak syok plak, banyak lagi cara lain untuk klik dari says.my ni
satu lagi cara yang agak celaka dia buat double link.. klik pada satu link tu dia akan keluar dengan page says.my sekali
wah. yang tu tak jumpa lagi. ada contoh?
yang klik skali keluar 5 6 page terus pun ada =.=”
report kan aje.. buruk betul perangai macam tu..
memang tak adil.kesian kat aku hari2 duk promote campaign nak dapat hadiah, senang2 je diorang ni guna cara mcm tu.:'(
kalau tulis “hover ur mouse to view this ads” mungkin ok..
mungkin. tapi kalau mereka dah tetapkan macam tu, ianya masih salah.
Owh, baru aku tau ada camnih.. Macam2 org buat ek.. Nak kira cemna tuh? Nampak sgt x adil dalam blog. Kalau dah terlebih ilmu, begitulah jadinya tanpa rujuk terlebih dahulu..
biar adil. jangan ada unsur penipuan.
Assalam…
wah..ada jgk yg buat mcm tu ye…
haritu ada isu yang sama dia guna emel under domain maybank untuk hantar link says bagi pertandingan menang RM1000 dari maybank, link yang diberi adalah personal says.my referral link
report je kalau ada macam tu. Says memang pantau benda ni.
ade jugak teknik mcm tu?? huish2x
ouh,thankz bagi informasi ni :)
mmg kejam ritu aku ada jupa pastu aku rport trus..hahaha
kaedah ni mmg tak sesuai sgt la utk contest. kalau stkt untuk nak bg trafik kat sponsor, lain la citer.
eh boleh pulak macam tu ye? nasib x pnh buat lg.
Mmg kbyakan pserta byk men tipu skunk ni.guna tktik kotor.
Takut guna tktik ktor duit n brg yg mng jadi haram..mintak dijauhkn.tanx info bro.
ya! hidup mesti adil! menang guna cara haram,haram juga mende nye! kan ariff? =)