Tips Penting Contest iPad 2

Aku pelik kenapa blog yang nampak komen sikit dan kadang-kadang je update boleh dapat ranking tinggi. Jadi setelah disiasat, barulah faham macam mana mereka ni boleh dengan mudah menaikkan pageviews ke blog Denaihati.com. Disebabkan mereka gunakan teknik macam ni, tak seronoklah kan kalau orang lain tak tahu teknik ni.

Pada pendapat aku, teknik ni sepatutnya membatalkan penyertaan sebab orang yang tak nak klik link tersebut terpaksa masuk blog Denaihati hanya disebabkan cursor mouse mereka hover pada mana-mana banner yang dipasang jerat ni (baru je pasang sebelum tulis entri ni untuk demonstrasi pada semua, cubalah hover mouse anda ke mana-mana banner Denaihati di blog ini). Mengikut kefahaman aku, pertandingan ini sepatutnya melibatkan kreativiti peserta dalam mempromosi link Denaihati.com, jadi apa-apa kelakuan yang menyebabkan pageviews di blog Denaihati.com bertambah tanpa melibatkan pembaca dengan rela hati untuk klik link tersebut adalah salah.

Kenapa bounce rate boleh jadi rendah? Mudah je. Kalau satu IP masuk blog Denaihati 2-3 kali, maka analytics akan nampak page tersebut telah direfresh. Jadi berkemungkinan besar tak akan dikira sebagai bounce. Kalau jerat ni dipasang dan pembaca sesebuah blog tu baca entri berlainan di blog tersebut, kena jerat 2-3 kali, maka tak dikira bounce. Mudah. Kalau nak lagi senang, buat sendiri. Hover mouse anda pada banner, redirect dan tinggalkan komen di blog Denaihati. Confirm tak akan dikira bounce.

Caranya mudah je. Masukkan code onmouseover=”window.location=this.href” di dalam <a>. Contoh:

<a href=”http://denaihati.com” onmouseover=”window.location=this.href” ><img src =”URL banner”></a>

Hasilnnya:

Lalukan mouse anda pada banner ni

Bayangkan kalau ada banner yang berjerat ni diletakkan di bawah navigation blog, sepanjang navigation bar tu diletakkan banner. Memang 99% pembaca akan hover banner tersebut sebab nak click entri. Dengan mudah pageviews ke blog sendiri ditukarkan jadi pageviews di blog Denaihati.

Adil atau tidak, aku pun tak tahu. Semuanya kena ikut cakap boss yang menganjurkan contest. Tapi untuk berlaku adil pada semua, aku revealkan teknik ni supaya semua orang tahu. Cuma nak tau pendapat korang terutamanya peserta lain, adil atau tidak?

p.s. Hover code di entri ini dibiarkan sebagai demonstrasi. Teknik ni menyusahkan pembaca blog ini dan aku lebih benci kalau pembaca aku terasa susah di sini. Takpelah, kalau aku kalah dengan orang yang guna teknik ni, aku tak kisah.

64 Comments

  • Sya Isya

    15 May, 2011 at 3:38 pm

    baru tahu tentang teknik ni. Patutlah selalu ada je iklan kat new tab, walaupun tak klik pun iklan tu. Rupanya gini caranya..thanks ariff for the info. :D Good luck untuk kontest tu.

  • yanmie

    28 April, 2011 at 3:13 pm

    Salam, aiseh baru tau pasal benda alah ini, nampaknya blog nie pun masih lagi guna code tu, hehe (time akak komen nie)

    patutlah rank terbaru nie menjunam jatuhnya yanmieonline tu ke tgga ke 5, HAHAHA.

    dah perasan lama psl benda nie, dh pernah ckp kt penganjur, tp katanya di terima je…huhu, tp still xbuat juga sbb mcm xbape nak BEST!

    tak nampak kesungguhan contestant, kita penat2 promo link kalau boleh letak link dlm setiap entry tp senang2 je diorang naik,..eh…eh…ada ke yg marah akak komen cam nie, hehee siapa makan cili dialah terasa pedasnya kan.

    kalau boleh biar bertanding cara sihat, itu yang kita nak.

    baru2 nie lagi lah 1 blog tu, pelik jugak buka blog dia terus redirect kt blog denaihati, xsampai 5saat pun terus rediret, byngkan klu trafik dia sehari 2-3K, dh bape bnyk trafik dia ke denaihati?

    akak pun mls nak sound, biarlah sbb dh penganjur kata valid…huhu.

    apa pun gudluck tuk ariff.

    • ariff

      28 April, 2011 at 3:25 pm

      oh. yang dalam entri ni memang contoh je. Jadi dibiarkanlah supaya orang faham macam mana sebenarnya benda ni.

      Nak marah ke tak, itu pendapat kita. Kalau redirect secara tak sengaja semua trafik, macam dah no point lah orang nak berusaha promote entri kat blog penganjur. Itu rasional kenapa benda ni tak adil. Betul lah yang akak cakap tu, kesungguhan tu sebenarnya yang patut dikira dan yang menang biasanya adalah mereka yang lebih kreatif, tapi takdelah sampai nak guna jalan yang sempit pasang jerat macam ni.

      Tapikan akak, yang membuat kerja-kerja ni nampaknya dah stop buat kali terakhir saya check. Tak taulah sekarang ni ada lagi ke tak. Tapi kalau dia dah buang code2 tu semua, nampak sangat dia rasa bersalah dan takut. hehe..

      Apa-apa pun takpelah kalau kalah. Bukan rezeki lah maksudnya. Kita dah usaha, dan kita percaya apa yang telah dibuat tu betul. Nak tidur malam pun nyenyak. kan?

  • yas

    9 April, 2011 at 5:40 pm

    Matlamat menghalalkan cara….pada owner blog tu la gamaknyerr…sendiri buat sendiri pikir!!!

    #gua nak kopi code tu jugak arr…hahahaha

  • iza

    7 April, 2011 at 7:38 am

    As salam..
    Oii, mana adil.mmg tak adil.aku pun masuk contest ni tp kalau dah ramai yg buat mcm tu, mmg jauh panggang dari api la aku nak menang…
    Ada terjumpa kat 2 blog, 1 blog Malaysia dan 1 blog Indon. Mulanya terkejuk jgk, “napa ke blog Denaihati sedangkan aku tak klik pun?” Kini baru ku tahu, ada yg main kotor…

    • ariff

      7 April, 2011 at 8:01 am

      Kena tanya bro Denaihati sebagai penganjur. Mungkin bantahan boleh dibuat untuk membatalkan penyertaan mereka? Tak mustahil kalau semua peserta setuju macam tu.

  • Syazwan Sarawak

    6 April, 2011 at 12:14 pm

    tips penting ni! haha
    tapi aku lagi suka kalau bila hover ke banner, link tersebut open in new tab.
    tq for the share :D

  • syahrilhafiz

    6 April, 2011 at 4:01 pm

    direct terus aku cakap, aku nampak blogger kulanz guna cara ni..haha, ingatkan nak godek satu themes dia tu, benda dia taruk tetiba link ke blog denaihati terus, tapi itu la, lain orang lain caranya
    ganggu reader beb! baik letak vuln, puas hati :DDD

  • Mohd Isa

    6 April, 2011 at 2:43 pm

    bagi aku memang tak adil lah cara macam ni, satu lagi macam menganggu readers blog kita. baru nak baca, tergerak mouse ke banner terus buka page lain. satu lg cara, redirect ke page lain after comment. itu pun bg aku tidak adil. paksa rela namanya tu. :)

    • ariff

      6 April, 2011 at 2:44 pm

      oh. ada ke yang redirect lepas komen? hmmh. kalau aku buat macam tu senang sangat la aku nak menang. Lagi best kalau dapat pandangan peserta lain berkaitan hal ni.

      • Mohd Isa

        8 April, 2011 at 7:46 am

        memang ada, ce ko cari plugin comment redirect. aku ada test dah, lepas je komen dia terus redirect ke link yang kita setkan. tak silap aku kulanz pakai cara ni…

        • ariff

          8 April, 2011 at 8:10 am

          huh. semua benda redirect. macam tu tak payah buat apa-apa pun boleh menang sebab dia redirect semua trafik dia ke sana..

  • hazeldarwisya

    6 April, 2011 at 2:23 pm

    Nak baca entry ni jadi terbaca yang lain. Tapi takpe la. Ni nak share, since korang jenis senang nak dapat referral kan. Ramai follower and famous. Tengok my second latest entry. Sape boleh refer paling ramai boleh dapat ipad2. Since I’m not good in referring ppl, u guys can just sign up directly to the website groupsave.com. Tak payah under aku pun xpe, sbb aku tau aku takkan menang. Haha. Just sharing cos I know some of u here definitely can win.

    • ariff

      6 April, 2011 at 2:36 pm

      Oh. Those kind of things biasanya they hold lama2 dulu tunggu orang dah cukup kuota baru release hadiah. Kalau tak memang sampai bila2 dia keluarkan number yang tak ada dalam list. Faham sangat dah taktik kotor tu.

      • hazeldarwisya

        6 April, 2011 at 10:34 pm

        Aah laa… macam tu pulak.. baru perasan “only valid if 2000 members bought the iPad deal after they join as a member”. Tapi skarang dah ada 690 members.. Lets see if they lied abt it when the number reached 2000…

  • Daus

    6 April, 2011 at 1:58 pm

    sakit hati ni, asyik terhover je..

    baru aku tau code redirect ni. apapun nak try cuba redirect ke ys etc etc nnti..

    kejam gileee!

  • denaihati

    6 April, 2011 at 12:46 pm

    Topik yg menarik ni untuk diperdebatkan. Jujur aku tengah monitor gerakkan ini heee. Apa jadi kalau blog tak banyak trafik tapi guna teknik ni ada pengaruh ke?

    • ariff

      6 April, 2011 at 12:52 pm

      Ada. Nak tipu analytics ni senang je sebab pageviews tak kira unique IP. Hover banner tu sendiri pun boleh, tanpa trafik banyak sebab kalau satu user dah terhover 2-3 banner kat blog yang ada benda ni, pageviews untuk setiap hover tu dah dikira sebab server dah hantar request. Pemilik blog hanya perlu tampung bounce rate yang tinggi tadi dengan buat sendiri hover dan tinggalkan komen banyak-banyak.

  • Pendekar

    6 April, 2011 at 12:23 pm

    yeah betul tu..setuju dengan dawa… kalau benda macam ni memang tak boleh diterima… untuk berlaku adil… kalau ada yang tak tahu pasal teknik ni macam mana?? tidak adil pada mereka yang tak pakai kaedah ni… aku masuk kat dalam ni pun kena 3 kali bila scroll mouse ke bawah…

  • Nadya

    6 April, 2011 at 12:17 pm

    Alahaiii..menyampahnya aku..bila tersalah gerak cursor je terus pegi ke blog denaihati..
    Nak kena click back balik..
    Tak baik ahh paksa² + menyusahkan orang ni..

    Tapi jauh di sudut hati aku,idea ni memang awesome la..ahahaha
    Bijak²

  • Azuan

    6 April, 2011 at 12:13 pm

    Dah lama dah aku kesan teknik ni.. lepas ni nak try juga lah kat blog.. Ada satu blog tu guna teknik redirect, belum apa2 dah masuk kat blog denaihati. Maklumlah nak iPad2 punya pasal… Nanti nak test teknik ni tgk menjadi ke tak.. :)

    • ariff

      6 April, 2011 at 12:05 pm

      iklan punya banner tak boleh kot sebab dia guna javascript. tapi banner macam youthsays tu semua boleh je guna cara ni..

  • achie

    6 April, 2011 at 11:52 am

    perghh…dasyt dorang pakai ni,tak tekan juz halakan mouse dah masuk link tu…tak adil buat sy,,heheeeee

    *apa pun gud luck buat yang bertanding..