Emirates Business Lounge Dubai International Airport Terminal 3

Reading Time: 4 minutes

Part kedua review perjalanan saya dari Moscow ke Kuala Lumpur tempoh hari dalam Emirates Business class. Part pertama: Emirates Business class Boeing 777-300ER

DSC_7225
Kalau 20 jam tunggu kat bawah, memang rasa macam nak terjun lombong

Untuk pengetahuan semua, basically mereka sedang menunggu penerbangan Business class Emirates atau mana-mana syarikat penerbangan yang bekerjasama akan diberi akses percuma untuk menggunakan Business Lounge ini yang terletak di tingkat tiga Terminal 3 Dubai International Airport.

Antara kemudahan yang disediakan di Business class lounge adalah:

  • 24/7 business buffet
  • Ruang makan yang luas
  • Sleeping area
  • Lounge khas untuk perokok
  • Lounge khas untuk kanak-kanak
  • Play room untuk kanak-kanak
  • Business center dengan kemudahan laserjet printer percuma
  • Game center (PS3)
  • Shower
  • Spa (berbayar)
  • Perkhidmatan pengilat kasut (berbayar)
  • Wireless broadband internet access lounge level percuma
  • Surau
  • Surat khabar dan majalah terpilih yang terkini

Dining area

DSC_7227
Food court themed dining area. For groups or those who prefer to stay away from those business people. Fresh roses too!

Terdapat kira-kira 5 dining area yang berbeza (termasuk untuk kanak-kanak & perokok). Setiap dining area mempunyai theme perabot tersendiri. Jadi anda mempunyai pelbagai pilihan tempat makan sepanjang berada di lounge.

Setiap kawasan lounge mempunyai waiter yang mencukupi supaya anda tidak perlu menunggu lama untuk meja anda clear selepas selesai dengan satu hidangan. Servis waiter adalah sangat efisyen dalam clearing walau di ceruk mana pun anda berada di dalam lounge tersebut.

Disebabkan dah terbiasa, saya hampir terlupa yang perkhidmatan sebegini tidak wujud di kedai mamak walaupun banyak je pekerja lalu lalang di tepi meja makan saya. Kena suruh baru reti angkat.

Walau bagaimanapun, makanan anda tidak akan dihidangkan. Self service.

Menu

DSC_7226
One of the serving counter
DSC_7228
Noob. I'm no good at food presentation

 

Menu berubah setiap hari, tetapi sama sepanjang hari. Semuanya segar dan dimasak pada hari yang sama. Pilihan makanan pula sesuai dengan tema lounge, tak terlalu banyak sebab kebanyakan pengguna hanya berada di lounge antara 4 hingga 20 jam.

Cuma satu je, kalau anda nak ice cream Haagen Dazs, ia hanya disediakan di bahagian kanak-kanak. Paling penting, free flow. Disebabkan UAE adalah wilayah Islam, tak perlulah ragu dengan status kehalalan di lounge ini. Semuanya ditanggung halal.

DSC_7223
On-the-go snacks
DSC_7224
The workers are friendly

 

Tandas & Shower

2012-02-14 06.59.10
Showers will be cleaned/tidied up after every person

Majoriti pengguna business lounge adalah lelaki. Oleh sebab itu, bilangan tandas lelaki adalah lebih banyak berbanding tandas perempuan. Tandas terdapat di sepanjang lounge. Bilik mandi pula diasingkan daripada tandas.

Peak hour untuk mandi adalah di awal pagi antara jam 6-9 pagi. Walaupun begitu, terdapat petugas yang menjaga bilik mandi dan hanya membenarkan pengguna masuk mengikut giliran. Biasanya selepas selesai mandi (dalam bilik mandi, ada 4 shower peribadi) lantai shower akan dilap terlebih dahulu dan kain pegelap kaki yang baru akan dibentangkan untuk anda.

Ini sangatlah dialu-alukan kerana kebiasaannya bila peak hour macam ni tempat dengan kemudahan high class pun boleh jadi mengecewakan. Cara mereka kawal keadaan dan memastikan keadaan shower sentiasa terbaik untuk setiap pengguna seterusnya adalah sangat memuaskan.

Laptop & Internet

Lounge penuh waktu malam hingga pagi, jadi ada kebarangkalian besar anda tidak akan dapat mengakses internet pada waktu tersebut. Lounge akan kosong bermula jam 10 pagi hingga 4 petang dan waktu inilah kualiti internet kembali normal.

Sweet spot untuk internet yang sentiasa laju adalah di kawasan smoking lounge dan sleeping are di belakang smoking lounge tersebut. If else fails, gunakan internet di business center. Works all the time. Kalau anda kreatif, gunakan sambungan wayar LAN di business center ke laptop anda (buat atas risiko anda sendiri).

Power socket sentiasa ada di mana sahaja di lounge ini. Kalau tertinggal charger, charge phone anda di business center. Ada kabel disediakan. Terdapat dua business center, yang paling dekat dengan smoking area adalah sentiasa kosong/kurang orang. Makanan ringan dan minuman dibenarkan di bawa masuk di situ.

Wireless internet network khas untuk pengguna lounge dan bukan free public wireless. Kata laluan bolehlah diminta pada pekerja yang ada di situ.

Surau

Secret achievement kat sini. Surau di business lounge boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Jadi sekiranya surau di bawah penuh sebab ramai orang tidur, naik je atas ni, masuk pintu gerbang business lounge, first door on your left. Surau wanita, second door.

At least dah boleh cakap anda baru sahaja menggunakan business lounge :p

Overall

Very satisfied especially kalau transit anda lama sampai 20 jam. Unfortunately, masa saya datang, ada sektor yang ditutup untuk renovation. I say rating adalah 4.5/5 bintang. Kalau diberi peluang sekali lagi, saya nak try first class lounge pulak =)

Entri seterusnya adalah guide bagaimana untuk meningkatkan kebarangkalian anda mendapat free upgrade ke business class Emirates.

* If you are a service provider and would like to get a professional/thorough/honest review of your services in Malaysian language, please write to me at ariffshah[at]facebook.com. Also, check out my profile.

** Sangat memerlukan bantuan anda. Teruskan ke entri ini. Of course jangan lupa untuk join giveaway souvenir dari Moscow saya


Posted

in

by

Comments

20 responses to “Emirates Business Lounge Dubai International Airport Terminal 3”

  1. Jimmy Avatar

    food dia terbaik! experienced aku dpt bisnes claz dgn etihad & first claz cathay. kemudahan sama mcm dkt dubai, tapi food xsemantap ni. internet pn suam2 kuku je laju. kah3

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      pergh. first classs. lagi mantap.

  2. obat herbal xamthone plus Avatar

    bersih sangat bandaranya

  3. TopiJerami90 Avatar

    lange untuk perokok rasanya tak perlu la di nyatakan…
    hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ada tempat kadangkala tak menyediakan lange ini. terpaksa merokok di luar

  4. jono Avatar

    hebatt..sekali2..ingin ke sana

  5. asya Avatar

    nampak kosong je kan…x ramai org pun….mesti rasa privacy…oh mebi time tu non peak ye?huhu

  6. Lawrence Vision Avatar

    Pehhh memang class betullah, bila la nak merasa macamni hehe

  7. pengobatanalami Avatar

    sangat lengkap…
    kalau dipehatikan sangat luar biasa…

  8. abangensem Avatar

    Ramai awek tak kat lounge tu??

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      siang adalah awek. tapi tau2 la kan business class ni laki je banyak

  9. nurmisnan Avatar

    Kalau tgk presentation tuh memang TAK lah nak makan. hik3
    Tapi apa ada pada itu semua jika perut sudah bergendang..
    Time to melantak…. har3

  10. akubiomed Avatar

    Pertama kali sampai di Lapangan Terbang Dubai terasa pelik sekali kerana di sambut pekerja asing. Mata ini tercari orang tempatan tetapi tidak ada. Rupanya majoriti yang bekerja di bahagian perkhidmatan di Lapangan Terbang Dubai ini adalah orang luar kebanyakkan Filipino.

  11. Ekspresi Ruang Avatar

    pengalaman camni mmg ssh nk dpt dh lps ni. mmg bertuah badan bro sbb dah merasa smo ni. business lounge lak tu. bukan stkt singgah biasa2 je di Dubai T3 tu.
    mmg cita2 saya oneday nk travel tru T3 Changi, transit di T3 Dubai then mendarat di T5 Heathrow. asyik tgk kt NGC ngan discovery je…

  12. Amin Zunaidi Avatar

    wahh..best
    cara diorg jage tandas & shower mmg tbaek lh..

  13. KNizam Avatar

    kadang2 bosan gak dok lounge. hehe :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      haha. tu xpe. yang bestnya dapat mandi. kalau takde lounge, alamatnya tak mandilah sepanjang flight.

  14. Nizam Ijam Avatar

    bila r dapat merasa..hu2

  15. Sya Isya Avatar

    cantiklah gambar. cara diorang jaga shower tu memang terbaiklah.

  16. namia Avatar

    memang sangat hebat lah .. mesti nak lalui semua lagi kan…
    ariff buat saya lapar dengan gambar makanan tuh heheheheh
    good luck :)