Pengalaman Terbang Bersama Emirates Business Class Boeing 777-300ER

Reading Time: 4 minutes

Alhamdulillah, on the way ke Dubai, tiket kelas ekonomi saya diupgrade ke Business class dan dapat excess luggage percuma sebanyak 15 kg. Nilai keseluruhan kesemua free gift ini adalah > Business class upgrade (300 Euro) + 15kg excess luggage (500 Euro) = 800 Euro. Berbaloi-baloi dengan investment 150 USD saya sebelum ni (guide penuh untuk mendapatkan upgrade akan ditulis tak lama lagi).

Priority business

Sampai di dalam pesawat, saya dihidangkan dengan welcome drink yang boleh dipilih daripada senarai minuman yang disediakan dari champagne, beer, wine dan segala macam minuman lagi sementara menunggu penumpang memenuhi kelas ekonomi. Disebabkan saya tidak minum minuman beralkohol, maka jus mangga pun jadilah. Jus mangga yang dihidangkan oleh Emirates memang terbaik! Pekat, tapi tak rasanya taklah melampau sangat. Just nice..

Selesai dengan segala rutin, kapal terbang mula bergerak ke landasan. Agak berat hati untuk meninggalkan tempat yang saya panggil rumah selama lima tahun sebelum ini, namun hidup perlu diteruskan. Tiada apa yang kekal sampai bila-bila.

Sementara kapal terbang mendaki angkasa ke altitud yang sepatutnya, saya belek-belek kemudahan yang disediakan di kerusi saya. Rasa kagum bila tahu setiap kerusi dalam Business class ni dilengkapi dengan pengurut elektronik. wow. Tak cukup dengan boleh baring flat macam baring atas katil, siap ada pengurut lagi.

Memang luas. Bebas.

Pada masa yang sama krew pesawat mengambil tempahan makanan daripada setiap penumpang. Menu yang dipilih adalah mengikut course makanan; daripada appetizer, sup, salad, main course, bread sehinggalah ke pencuci mulut. Memang kenyang betullah nanti lepas flight.

From appetizer to dessert

Sebaik sahaja kapal terbang berada dalam cruise mode, penumpang dihidangkan dengan aneka kacang (almond, pistachio dan cashew). Biasanya kita makan kacang macam tu je kan, tapi dalam business class kacang dihidangkan dalam piring dan dipanaskan sedikit, just nice supaya kacang tersebut lebih rangup. Kalau dalam ekonomi, dapat kacang tanah bergaram dalam paket plastik je..

Tandas di business class adalah lebih kurang sama sahaja berbanding ekonomi. Mungkin lebih luas sikit dengan hiasannya kayu yang sama dengan kabin. Disebabkan ini adalah kapal terbang Boeing 777, maka ruang untuk bahagian lain (seperti tandas) takdelah besar sangat berbanding ruang dalam tandas untuk kapal terbang Airbus A380. Dalam A380, jangankan tandas, mini bar & lounge pun ada.

Bon appetit

Makanan dihidangkan satu per satu mengikut apa yang ditempah. Senang cerita, makan a la carte. Bila tengok menu, memang rasa macam mereka ni nak suruh kita makan banyak-banyak sampai tak lalu lagi nak makan.

Di samping bunyi jet enjin yang tetap sepanjang penerbangan, kedengaran bunyi motor pada kerusi penumpang lain semasa posisi kerusi tersebut diubah. Agak menjengkelkan kadang-kadang. Mungkin engineer pembekal tempat duduk business class ni nanti boleh mencipta motor yang lebih senyap untuk digunakan pada kerusi ini.

Ada privasi sikit. Tak nampak orang sebelah. I like it. Boleh buat hal sendiri. Walau bagaimanapun, orang sebelah still boleh tengok apa yang kita tonton pada LCD
6 seat satu row
DSC_7234
Setiap penumpang akan dapat cara package macam ni (berbeza untuk penumpang lelaki dan perempuan)
DSC_7236
Isi kandungan beg tadi

 

Overall I say, memang puas hati. Pertama kali dalam hidup saya happy naik flight panjang Moscow-KL.

* Pengalaman ini dirakam di atas pesawat Boeing 777-300ER (baru). Pengalaman anda mungkin berbeza di dalam pesawat jenis lain walaupun pada kelas yang sama. Harap maklum.

** If you are a service provider and would like to get a professional/thorough/honest review of your services in Malaysian language, please write to me at ariffshah[at]facebook.com


Posted

in

by

Comments

33 responses to “Pengalaman Terbang Bersama Emirates Business Class Boeing 777-300ER”

  1. mIE Avatar
    mIE

    tak pernah bosan nk naik kapal terbang…even ekonomi class sekali maupun kapal bergoncang di udara….yg penting dpt tgk bumi yg luas terbentang indah

  2. titan Avatar

    aku 5 tahun naik airasia…dari yang 2nd class punya kapal terbang..sampailah yang baru-baru tu..tapi tak merasalah naik boeing 777 macam ko. haha..dapat naik kapal terbang pun dah cukup bangga dah ni..

  3. T-Shirt Printing Online Termurah Avatar

    Tapi sayang aku sekali pun tak pernah naik kapai terbang ni…

  4. Ekspresi Ruang Avatar

    perch package siap ada barangan BVLGRI lg tu. mmg puas hati la kalau dpt service semewah ni. one day, insyaAllah……one day…

  5. Sya Isya Avatar

    wah best nya. tak pernah dok dalam business class. ekonomi je lah yang mampu.

  6. asya Avatar

    terbaekkk….!!! saya tak sbr nak tahu psl cara2 ariff upgrade from ekonomi to business class…

    saya pernah lah naik business tapi dari singapore ke kl je..naik MAS. Reasonnya? Sebab missed MAS flight dari Beijing ke KL akibat domestic flight dari Xi’an ke Beijing delayed kerana technical error (cermin pecah). So flight dari Beijing ke KL tak ada hari tu yg ada SQ som smp SIN je. Esoknya flight dari SIN ke KL pun delay dari 9 pagi delayed ke 12.30 tghr. Akhirnya kami dpt naik Business Class.

  7. Noriz Avatar

    akak pun penah dpt upgrade free flight MAS dr ekonomi ke business tpi setakat JB-kl je lah…hehe

    tpi syok lah sbb mkn best kan…

    and lucky u dpt great experienced cam tu…

  8. Redha Avatar

    memang nampak selesa sangat…berbaloi dgn perjalanan yg lama tu…

  9. akubiomed Avatar

    Kalau ke luar negara selalunya syarikat letakkan saya di ekonomi kelas memang lenguh kaki mana taknya lutut saya terlalu hampir dengan kerusi hadapan. Memang lenguh kalau penerbangan yang lama.

  10. Izwan Avatar

    benda2 lain nampak basic,maksudnya makanan etc semua.. beg kecik tu menarik.. shaver,deodorant semua siap. kalau naik bawak badan,baju seluar selai cukup. haha

  11. eliss Avatar

    belum pernah naik kapalterbang jarak jauh.. susah nak membayangkan kalau duk dlm kapalterbang lama2..kalo naik bas lama2 ada jugak tempat berhenti nak amik angin.hehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kalau naik long haul flight ni memang penat, lebih-lebih lagi dalam kelas ekonomi.

  12. Canteq Avatar

    Bestnye.. teringin nk naik emirates…
    a detail explanation… i like

  13. nurmisnan Avatar

    Sejak tidak stay di Afrika, lama sudah tidak fly dgn Emirates
    Masa 2 tahun lepas nak dapatkan flight 777 memang agak
    susah kecuali jika transit dari Dubai..

  14. jeff Avatar

    Tak best sebab tak nampak orang sebelah.kalo orang sebelah tu awek cun,rugila terlepas pandang.hehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      haha. kemungkinan nak dapat awek cun adalah sangat kecil. Kalau ada pun, mesti berteman. So lagi selesa ada privasi

  15. stormz Avatar

    bestnye dpt upgrade naik business class.nk tau jgk cmne blh dpt upgrade

  16. farahdiba Avatar

    wah! bestnyeee! tak pernah lagi naik biz class..harap2 one day nanti dapatla naik walaupun skali hehe

  17. mesaro Avatar

    Memang seronok jika dapat naik taraf dari kelas ekonomi kepada kelas bisnes. Saya pernah juga dinaik taraf dalam penerbangan MAS dari Taipei – KL. Berbeza benar dari kelas ekonomi dari segi keselesaan, makanan, servis dan buah tangan.

    Oleh kerana cuma ada 3 penumpang di kelas bisnes pramugari ada banyak masa, selalu bertanya jika ada apa-apa diperlukan dan akhirnya beliau ambil kesempatan duduk berbual-bual dengan saya. Comel! Tapi setakat berbual, itu sahaja. Saya tak pula meminta nombor telefon beliau

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      wow. 3 penumpang je. Lagi best macam tu. Tak rimas sangat dengan orang lain.

  18. Affan Ruslan Avatar

    Atas daripada business class ada gold class kan? Yang tu lagi syok. Haha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      first class. Bukan gold. Tapi gold member untuk frequent flyer program ada

  19. Liza Hashim Avatar

    selamat pulang ke tanah air ariff.. =)

  20. Lawrence Vision Avatar

    Pernah naik MAS dengan Air Asia je KUCHING-KL & KL-PENANG haha..kalau dapat naik mcm ariff memang bestla. Harap2 lah dimurahkan rezeki boleh tengok Arsenal main live kat emirates stadium. Kalau tak alamatnya tengok kat RESTORAN KHALEL je la hahaha

  21. Dari Kelate Ke Copenhagen Avatar
    Dari Kelate Ke Copenhagen

    Terbaeik! Nanti jangan lupa post pasal cara nak upgrade economy class to business class. Apepun, selamat pulang ke tanah air

  22. Juan Avatar

    serius memang terbaiklah

  23. Zetchi Henry Avatar

    As Salam, wah seronoklah. Pengalaman saya hanya menaiki kapal terbang kelas ekonomi Air Asia. Agak menyedihkan lah, Ye lah bayar murahkan, setandinglah tuh Huhuhu

  24. LynnAiza Avatar

    fuuuhh. kalah hotel camni.best gilaaa.memang patut jd penerbangan paling best pon ni. :P

  25. Piratz Avatar

    Pasal motor tue, aku rasa memang tak boleh apa.. Tapi kan, 777-300ER dah kira slow gak bunyi engine die nak dibandingkan dengan 737-400… Pasal seat tadi, aku rasa kena refer manufacturer la kot.. aku tak sure samaada recaro/B E Aerospace/Koito… haha… Tapi ruangan seat business memang luas.. nak banding ngan AA, aku rasa patah pinggang kalau flight berjam2..

  26. azman Avatar

    perghh terbaik..tak pernah lagi duduk kat biz class.

  27. hayat haniza malek Avatar

    tak sama macam bisnes class MAS

  28. sjiehan Avatar

    bukak kampeni kapal ke lepas nih?hehhee

  29. sjiehan Avatar

    pergh.. mantap gile!!