Gandakan Wang Anda Dalam Masa 3 Tahun (Siri 4) – Emas atau Perak?

Reading Time: 2 minutes

Lagi satu logam bernilai yang boleh dijadikan aset pelaburan adalah perak. Perak lebih murah dan mampu milik berbanding emas tapi taklah sepopular emas. Aku pun sebenarnya lebih cenderung kepada pelaburan emas berbanding perak dan sebabnya akan aku berikan di hujung entri ni. Ketahui potensi pelaburan perak ni dulu.

Carta harga perak 30 hari

Daripada carta tersebut kita faham bahawa:

  • Harga perak adalah lebih kurang 40 kali lebih murah berbanding emas.
  • Kenaikan harga perak dalam jangaka masa 30 hari lepas adalah ~10%. (Mula $36 dan hari ni hampir mencecah $40).

Peratus kenaikan dalam masa yang sangat pendek tu pun kita dah tahu betapa besarnya potensi perak ni sebagai aset pelaburan. Letak duit tu dalam ASB pun sampai mati rasanya tak dapat 10% setahun, inikan pula 10% dalam masa 30 hari. Lumayan. Kalau dengan sebab ini anda masih ragu-ragu dengan pelaburan logam bernilai ni semua rasanya tak taulah apa lagi yang boleh meyakinkan anda.

Tapi takpe, keraguan tu memang ada biasanya dan keraguan itulah yang kadangkala menyelamatkan kita. Persoalannya sekarang, kenapa aku tak melabur dalam perak?

Jawapan mudah. Liquidity. Emas senang nak jual di mana-mana sahaja bahkan satu dunia ada kedai emas. Kalau nak guna duit, pergi Argobank dan buat pinjaman Ar-Rahnu dengan emas yang disimpan tadi. Habis cerita. Tapi perak ni, kalau kat Malaysia kita kena cari agen/individu yang membeli semula atau kilang yang memproses perak. Tiada bank di Malaysia yang menerima pajakan atau membeli semula perak.

Memanglah kalau ikutkan tajuk entri ni 3 tahun simpan sebagai pelaburan. Betul. Tapi kalau dalma masa 3 tahun simpan dan duit tu masih boleh digunakan ketika kecemasan dan pada masa yang diperlukan, kan lebih baik tu. Faktor liquidity tu penting dalam pemilihan aset pelaburan kita. Oleh sebab itulah aku tak galakkan sangat anda semua melabur dalam perak sekiranya simpanan wang tunai dan emas anda belum cukup kuota 70:30. Tapi kalau dah ada, silakan. Mula dengan 10% dulu dan kalau rasa boleh mampu, tambah lagi.

Cuma aku ada satu idea yang agak luar biasa, bagaimana pula kalau kita buka akaun dengan broker seperti Forex.com dengan leverage rendah (200:1 atau 100:1) dan buka satu lot kecil Long (Buy) terhadap XAG/USD (tukaran perak terhadap USD). Top up akaun tu secukupnya untuk tampung margin ketika harga jatuh dan jangan letakkan stop loss. Biar open sampai setahun. Rasanya banyak juga yang boleh dibuat dengan kaedah tu sebab ada leverage. Asalkan margin dalam akaun cukup, memang tiada masalah. Betul?

Baca lagi:

+ Giveaway daripada Youthsays. Siapa belum join, join sekarang.


Posted

in

by

Comments

28 responses to “Gandakan Wang Anda Dalam Masa 3 Tahun (Siri 4) – Emas atau Perak?”

  1. BloggerHowtt Avatar

    Susah nak cari kedai yang jual Perak, tak popular lagi dekat Malaysia. Yang banyak pun Emas je.

  2. tuanbri Avatar

    sebelum melabur kenalah cari ilmu dulu..

    itu yang paling berharga.

  3. Richie Avatar

    saya ada emas saya ada perak.. hihihi.. silalah korang mulakan langkah membeli emas dan perak yaa

    1. ariff Avatar
      ariff

      tu dia.. tokey pun dah mula bersuara..

      1. PutraRocker Avatar

        sumpah aku tak paham pasal leverage forex sume ni.hg x mau buat entri psl forex plk ka?hahaa

        1. ariff Avatar

          aiseh. tu macam advance sangat. Rasanya dah banyak site forex..

  4. faiz Avatar

    banyak lagi soalan ni sebenarnya, aritu da tanya satu kat twitter..lagi satu soalan, antara pamp 999.9, jewellery 999 dan dinar 999.9, mana lebih bagus untuk dibeli untuk pelaburan?

  5. akubiomed Avatar

    Pelaburan emas memang berbaloi. Kalau hendak beli emas, beli dari Public Gold kerana nilai harga jual masih tinggi dan tidak terjejas jika terlipat, kotor, tercalar dan sebagainya berbanding emas jenama lain kerana emas Public Gold dikilang di Pulau Pinang masih boleh dilebur dan dibaiki.

  6. ohcikgu Avatar

    Yap. Mari kumpul emas banyak-banyak.

  7. kidfx Avatar

    forex… klu nak buat full time boleh la. klu sibuk2 tak payah jump into forex. aku tengok ramai kawan dah berenti ngan forex.. kecuali yg full time. sbb mende forex ni pakai banyak masa..

    ok la tu duk dlm gold.. silver. ada duit lagi beli hartanah. tak de pening-pening macam forex..

  8. tips-kurus Avatar

    fuuhhh!! mantap nota en ariff ni. jarang jumpa entry macam ni. tahniah! :-)

  9. syahrilhafiz Avatar

    haishh, aku tade senpai nak men2 emas ni, kalau ada tunjuk ajar maybe berani la sikit.

    1. ariff Avatar
      ariff

      entri ni bukan tunjuk ajar ke? heh.

  10. tuanbri Avatar

    din…banyak pendapat la..
    bagi aku, better aku hidup sederhana dengan rezeki yang halal. Tak mau kaya dengan harta was-was.

    Soalan – Gold ialah pelaburan atau simpanan ?

    1. ariff Avatar
      ariff

      kedua-duanya sekali. boleh simpan dan pada masa yang sama melabur.

  11. dinsblog Avatar

    sebelum melabur dlm forex check dulu boleh ke tak boleh main forex nie…just nak bagi peringatan kengkawan.

  12. Firdaus Kasim Avatar

    maaf, sy tolong jawabkan utk syafika nie ya..

    kalo awk nk melabur emas, kt RHB ada.. awk cuba check

    This is my latest entry :
    Blogger Popular Sombong?

  13. bubbles182 Avatar

    masa mak belikan rantai & pendant utk birthday few years ago, mak pesan, semua barang emas yg dr kecik ada, jgn nak jual. simpan. mak kata “tu je harta mak boleh bagi, mak x kaya nak bagi tanah segala bagai” #nanges

  14. syafika Avatar

    nak gak melabur dlm emas ni.. mcm mane ek?

  15. Naqib Mohamad Avatar
    Naqib Mohamad

    lagi selamat melabur dalam emas dari melabur dalam forex.

  16. ekspresiruang Avatar

    simpan emas ni pon perlu gak sbnrnya. insyaAllah nak mendalami abis2 dulu psl pelaburan ni dulu, br nk melabur. ariff truskan bg info psl ni :)

  17. Mohd Isa Avatar

    aku berminat nak melabur dalam emas ni, tapi maklumlah. duit nak beli emas pun tak cukup lagi, perak aku rasa potensi ada. tp klu kat malaysia ni, agak susah jugalah.

  18. azhar Avatar

    Kalau men forex nie rsenyer banyak kna blajar

  19. paihujey Avatar

    yg forex xtau apa..next entry buat psal forex plak..perenggan yg last tu x bape nk fham…

    1. ariff Avatar
      ariff

      oh. tu tahap lagi tinggi. masih di tahap eksperimen. kalau jadi nanti akan dikongsikan.

  20. samanosuke_04 Avatar

    emas = rumah.. harga naik by time..

  21. muhammad fakhruddin Avatar

    Macam menarik pula dengar pelaburan begini. Bab forex tu tak berani sangat, kena rujuk Ustaz Zaharuddin dulu :)

  22. Lord Zara Avatar

    Perak tak sebest emas.
    =.=

    Plus, kalau dalam chem, logam paling berharga atas muka bumi adalah emas. Perak kita boleh syns lagi~