Gandakan Wang Anda Dalam Masa 3 Tahun (Siri 1) – Bermula Dengan 1 Dinar

Mukaddimah

Siri Gandakan Wang Anda Dalam Masa 3 Tahun adalah siri smart investing yang aku buat khas untuk pelajar. Kalau anda pelajar dibawah tajaan, tak harapkan duit ibu bapa dan ingin mempunyai simpanan yang banyak bila dah habis belajar nanti, entri dalam siri ini adalah untuk anda. Harap dapat dikongsikan dengan rakan lain untuk kebaikan bersama.

Mungkin kat luar sana banyak program untuk buat duit lebih, ada yang melibatkan sales, cari orang bawah (MLM), urusniaga Forex, futures dan sebagainya. Entri dalam siri ni bukan pasal benda-benda tu sebab aku tahu bukan semua orang boleh menjual tapi aku tahu semua orang boleh simpan duit. Cuma ada cara yang boleh dilakukan supaya simpanan kita tu bertambah dengan cepat tanpa main tipu atau buat apa-apa yang leceh.

Kenapa aku berminat untuk menulis tentang duit padahal aku bukan student yang ย major dalam economic studies. dan aku tak ada perniagaan atau syarikat. Sebenarnya, sepanjang 5 tahun aku belajar kat sini, aku lihat ada banyak sebenarnya peluang untuk mengumpul kekayaan. Kalau ilmu ni aku dah ada seawal tahun pertama aku berada di sini, aku yakin simpanan aku adalah berkali ganda berbanding dengan apa yang aku ada sekarang. Duit kalau tak diuruskan dengan betul sangat mudah terbazir begitu sahaja.

Perasaan kecewa dan menyesal itulah yang menyebabkan aku nak sebarkan ilmu tentang pengurusan kewangan yang bijak kepada semua orang, khususnya pelajar. Aku tak dapat apa-apa melalui entri-entri ni, aku tak jual apa-apa produk. Kalau nak cakap blogging ni buat aku kaya pun tak sebab kalau boleh buat aku kaya, dah lama aku berhenti belajar. Jadi aku harap korang dapat luangkan masa untuk klik butang like atau retweet supaya ilmu ni dapat disebarkan kepada orang lain. Tak susah kan?

Amaran: Dalam siri ini mungkin tidak ada cara untuk menggandakan duit secara direct, tetapi lebih kepada cara untuk menuju ke arah itu.

Satu Dinar Emas

Satu dinar emas adalah bersamaan dengan 4.25 gram emas atau kalau ikut harga di pasaran semasa sekarang dalam lingkungan RM600-Rm700. Kenapa satu dinar?

  • Sebab ianya emas dan bukan wang kertas. Nilai matawang jatuh dan naik dalam jangkamasa panjang tapi nilai emas sentiasa naik.
  • Sebab ianya mampu milik, aku yakin semua orang ada sekurang-kurangnya RM2000-3000 dalam simpanan bank atau ASB.

Tapi ramai orang takut keluar duit banyak-banyak untuk beli emas, mahupun dinar. Mereka lebih suka belanja duit tu untuk beli DSLR (second hand atau low end model tak nak, nak brand new dan model yang harganya RM3000-RM4000 je) yang lepas dua tiga bulan simpan buat kumpul habuk atau tukar handphone baru walaupun phone yang tengah guna sekarang ni sihat walafiat lagi (katanya nak ikut arus perkembangan teknologi, guna touch screen phone atau BlackBerry pulak).

Beberapa tahun lepas, aku mulakan smart investing aku dengan membeli satu dinar. Satu dinar je yang mampu masa tu, sebab duit dah simpan dalam ASB sikit, kasi mak sikit dan belanja sikit-sikit (tipu je, selalu belanja ni yang paling banyak). Sampai sekarang ada lagi satu dinar tu, tersimpan di Malaysia.

Sekarang tengok harga yang aku beli masa tu dan tarikhnya. Banding dengan harga sekarang dan selebihnya, lu pikir sendiri. Nantikan entri seterusnya.


Posted

in

by

Comments

56 responses to “Gandakan Wang Anda Dalam Masa 3 Tahun (Siri 1) – Bermula Dengan 1 Dinar”

  1. PutraRocker Avatar

    gua ad beli 20g awl thn ni

  2. cahaya Avatar

    dah beli dinar emas tu, nak simpan kat mana supaya selamat/tak hilang?

    1. ariff Avatar

      simpan kat tempat yang orang tak nak cari

  3. dinsblog Avatar

    tahniah bro…bagus la beringat time student lagi…dulu info mcm nie tak de..skrang ni Alhamullilah ramai yg boleh kongsi info2 yg dapat membantu untuk buat keputusan sebelum nak invest.

  4. En AL Avatar

    Kita memang start dengan dinar dulu ke?? straight ke emas tak leh ke??

    1. ariff Avatar
      ariff

      boleh. ikut kemampuan.

  5. Shahiran Avatar

    Black market terbesar emas sekarang ada kat dubai. Korang leh seludup n urusniaga emas tanpa kawalan ketat di sana. Cubalah jadi pencuri emas di sana. hehe

  6. Izwan Avatar

    pernah borak ngan member pasal dinar dan dirham..dia dealer utk dirham.. katanya harga emas tak pernah naik sbb nilai emas letak pada objek..kalau belah dua pun emas tu tetap tak berubah nilainya, tak macam duit kertas RM 50 dikoyakkan dah takde nilai.. harga emas tak naik cuma nilai matawang je semakin rendah..betul ke?

  7. nasslimdiet2 Avatar

    salam…aku memang dah lama tertarik nak buat pelaburan emas ni tapi lom ada modal lagi.hehehe

    mudah-mudahan rezeki aku bertambah tahun ni, boleh la buat pelaburan emas

  8. Mohd Isa Avatar

    pergh…teringin gak nak wat investment melalui gold ni…tp modal takda lg…hehe

    1. nurmisnan Avatar

      salam bro isa.. beli emas dgn 0 interest
      Poh Kong ada buat bro..
      beli emas 999.9 pun bagus

  9. MatNaggeR Avatar

    bagus gak pelaburan camni kan ^_^

  10. aiez Avatar

    terbaek info ariff,mantan perdana menteri Tun Mahathir dulu pun ada cakap bagus buat pelaburan dengan emas ni sebagai pelaburan jangka panjang.

  11. Adzriel AB Avatar

    ada rezeki boleh simpan lagi

  12. ain roti Avatar

    salam..simpan dinar tu sebagai pelaburan ke.?then,dah lama simpan,jual ke atau nk wat pe eh..huhu..~

    1. ariff Avatar
      ariff

      boleh simpan, boleh jual. Laku di mana-mana sahaja sebab ianya emas tulen. Tunggu entri seterusnya, ada penerangan lagi detail dan strateginya.

  13. AdaAkuKesah Avatar

    ada yg baik ni bai.. aku nak cuba gak woohoo.. slow2 pun, 1 pelaburan yg menarik dan mampu buat..

  14. KNizam Avatar

    nampak menarik ni hehe :)

  15. syafiq Avatar
    syafiq

    menarik ni. dari dulu dah dengar..
    bro, mungkin bro boleh cite skali camne nak mula pelaburan emas ni..
    ape yg kena tau sbelum mula melabur, kat mane nak beli emas tu, ade prosedur tertentu ke, etc2.. =)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Semuanya akan diceritakan. Nantikan entri seterusnya.

  16. anikimaro Avatar

    aku sedih tengok bangsa melayu yang sanggup gadaikan maruah kerana sekeping kertas yang bernama ‘wang’… :(

    http://mindcontrolblogspot.blogspot.com/2011/03/koleksi-foto-kek-anatomi-yang-paling.html

    koleksi foto kek anatomi yang paling RARE!!

  17. Maryam Avatar
    Maryam

    Yes setuju entri dinar ini. :)

  18. sharinginfoz Avatar

    beli emas memang bagus tapi yang penting pilih instrumen yang betul dan fahami dengan mendalam terutamanya dengan spread

  19. Haz Avatar

    bertambah satu cara nak wat duit..

  20. aizuddin Avatar

    memang dari dulu nak try..cuma tak tau cara je

  21. ahmadhaikal Avatar

    dah penah beli. ni nak tambah lagi. hehe..

  22. shah Avatar

    penah kumpul emas, dalam masa 4 bulan, jual balik, 1 gm naik rm 20!!! wowwww!!..time tu kene jual sbb nk beli moto, maklumla nk elak kene bunga… baik jual je emas ni.. cuma, klo emas, kene jga elok2… hilang 10g, menagis cek oi…

  23. namaakulynn Avatar

    yes!sgt betul..ipta2 sini pon dah ada yang edar pemplate2 kempen beli emas..dan betul la,harga emas akan terus naik dan naik dan naik..

    so,lets start with 1 dinar first..=)

  24. cEro Avatar

    maknanye kalau aku nak beli skang, aku kena ada modal 600-700 arr ek???

    hm, mane nk korek ek??

  25. daus Avatar

    harga emas makin melanjok nampaknya.. hoho.. tapi tak mustahil satu hari nanti harga emas akn turun mendadak

    1. aira Avatar
      aira

      saya tak rasa harga emas akan turun mendadak…

  26. abangensem Avatar

    Wahh.. Brader Ariff dah pandai melabur. Bagus bagus..

  27. zuarxpdc Avatar

    tepat skli bro..harga emas sekarang ni meningkat..memang akan sentiasa naik dari masa ke semasa..pelaburan emas memang menguntungkan..memang tak dinafikan lagi

    1. janatrafik Avatar

      mmg betul..pelaburan emas mmg mguntungkan.
      boleh untung dalam masa pendek & panjang..

  28. Sabahan Bloggers Club Avatar

    1 dinar tu kecik jer, boleh simpan di tempat yang tersembunyi atau kat dalam rumah kan?
    Kalau takut sangat dan dinar dah banyak, boleh cuba sewa peti besi dekat bank berdekatan dengan anda.

    Saya pun menyimpan emas juga sekarang. ASB tu kalau boleh nak tukar jadi emas semua…. :D

    1. kin Avatar

      oh, macam tu ke…tq.hehe…

  29. kin Avatar

    beli emas nnt xsusah ke nak simpan? klu satu dua maybe boleh lagi….klu byk, xtakut kene rompak?

    owh, saya cetek ilmu. nasihat yg lebih baik?

    1. shima Avatar

      satu dinar cuma sebesarsyiling 10sen..tapi beratnya bersamaan 4.25gm emas

  30. amirnawawi Avatar

    emas adalah pelaburan yang paling untung

  31. teja Avatar
    teja

    kawan aku jadik dealer..skang ni 1 dinar= Rm660..pergh..juz imagine the price in the next 2 3 years~pheww!

  32. misz myza Avatar

    mcm lecturer sy ckp, masa anak dia nak kawen, dia mintak kat pihak lelaki 10 dinar sbg wang hantaran.. dia takmo RM.. sebab dinar tu boleh simpan, dan harga akan sentiasa naik.. so nnti, sy pun nak mintak mcm 2 la kalo sy nk kawen nnti.. hehehehehehe..

  33. GreenAppleKu Avatar

    Salah satu pelaburan yang baik. Saya dah beli dan nak biar dinar saya beranak pinak.

    Ada masa jemput melawat blog saya.

  34. syahrilhafiz Avatar

    ramai gak dok melabur sekarang walaupun student
    aku tak berani lagi la nak amik langkah2 macam ni
    tak de ayat perangsang ke..hehe

  35. ejiko Avatar

    ooo. ak pon ngt nk beli 1 dinar aje lah. mengikut kemampuan kn. huk3. then dah 4 tahun lebey ape hasilnya?? akan keluar next entri ek.

    1. shima Avatar

      boleh buat kajian sikit kalau rajin kat http://www.goldprice.org..
      boleh tahu berapa boleh untung kalau simpan emas..mmg untung

  36. Mr Fathi Avatar

    skrg saya cuma ada dirham perak je…tak lama lagi beli dinar plak…hehe

  37. faiz Avatar

    mmg bgus pelaburan emas utk jangka masa panjang…tula igt nnti bile dah kerja nak consisten beli dinar ni 3bln sekali ke…

  38. Sery Avatar

    wah best nye..
    nk taw gak cmne cre2 nye..
    sbb sy dh pernah tertipu dgn invest kat Forex dulu..
    bru brape mggu sy join..
    tetibe ade satu mggu tu nk cek profit..website die dh xwjud lgsg dh..

  39. erie yohoho Avatar

    betul-betul menarik
    sekarang memang trend bloggers melabur dalam dinar
    berminat utk mencuba

  40. paeh Avatar

    tak menyabo untuk entri seterusnya….

  41. lAl Avatar

    Kat mana ja nk beli emas 1 dinar nih?

    1. ariff Avatar
      ariff

      sekarang banyak je dealer yang jual.

      1. muhammad fakhruddin Avatar

        Bro tumpang tanya sikit, kalau simpan banyak-banyak kena zakat juga kan?

        1. ariff Avatar
          ariff

          ada zakatnya. Itu semua akan diterangkan dalam entri akan datang.

        2. Naqib Mohamad Avatar
          Naqib Mohamad

          lebih 80 gram kena zakat.

    2. rosita Avatar

      beli ngan akak pun boleh…