Dulu Dapat Kapal Terbang, Sekarang Dapat Kerja

Ingat lagi tak entri ni, My Friend Has an Airbus A330? Entri tentang kawan aku yang menang pertandingan memberi nama untuk kapal terbang AirAsia X dan sebagai hadiah, namanya diabadikan di kapal terbang tersebut serta tiket pergi balik ke mana-mana sahaja destinasi AirAsia. Bukan calang-calang orang yang dapat letakkan nama mereka atas kapal terbang, yelah, satu kapal terbang dah berapa puluh juta..

Kawan aku telah selamat pulang dari Jepun beberapa minggu lepas, dan baru-baru ini telah menghadiri temuduga kerja bersama AirAsia. Sebab dah ada kenalan dan disebabkan dia fasih berbasaha Jepun, dia terus diterima sebagai salah seorang AirAsia All Stars yang akan memulakan tugasnya sebagai in-flight analyst pada esok hari.

Aku rasa masa depannya cerah di AirAsia kerana dia memang fasih berbahasa Jepun dan sangat berminat untuk bekerja di Jepun. Disebabkan AirAsia tak lama lagi nak tubuhkan AirAsia Japan, peluang untuk dapat jawatan yang hebat-hebat memang terbuka luas.

Kisah ni sangat bermakna untuk aku sebab semuanya bermula masa aku publish entri tentang pertandingan yang AirAsia buat beberapa tahun dulu. Dari blog.ariff dia cuba nasib dalam competition dan menang. Of course, blog ni taklah menyumbang sangat pun tapi bukan setiap hari kita boleh dengar blog ada mainkan peranan dalam kehidupan orang lain.

Apa-apa pun, good luck la first day kerja esok di hari pertama Ramadhan. Banyak berkat tu. Semoga kekal di company tu, dapat jawatan best-best supaya boleh belanja aku selalu. hehe..


Posted

in

by

Comments

35 responses to “Dulu Dapat Kapal Terbang, Sekarang Dapat Kerja”

  1. namee Avatar

    wow, gila best. nama dia kat situ. hahaha, forever ke? atau akan di removed suatu hari nanti? ;P haha, airbus mannn…saya masuk cockpit a320 pun dah tergedik kagum. same goes with boeing. gulp..smart lah dia punya cockpit.

    1. ariff Avatar

      Forever. Selagi kapal terbang tu in service with airasia, the name sticks there.

  2. sjiehan Avatar

    tuah ayam di kaki, tuah manusia siapa yang tahu…

    ala, bro balik mesia nnt, buka 1 lagi kampeni…. hehehhe

  3. nev Avatar
    nev

    wow tahniah

  4. eiela Avatar

    Tahniah kat member tuh. rezeki Ramadhan..

  5. cEro Avatar

    waahh!!
    ini namanya rezeki badan…

  6. Alan Avatar

    Rezeki dia laaa tu…

    :)

  7. IZYANA AZIS Avatar
    IZYANA AZIS

    arep~! wuuu..terharu~ Alhamdulillah rezeki Allah..
    aku start kerja 1/8/2011, 1 ramadhan..which is, tadi..hehe. Aku melawat ‘ my baby airplane’ td lg sekali..kali ni melawat bkn sbgai winner AAX competition, tp melawat sbg org yg bakal manage in-flight operation of that kapal terbang.cool.

    mse briefing dlm northern xposure tu, teringat mse g sne ngn ko..just can’t believe aku akan hadap kapal terbang tu hari2…

    dreams really do come true….kan? =)

  8. Megat Azfar Avatar

    Hebat! ini dinamakan rezeki. oh ya, dia tu berkelulusan bidang apa?

    1. ariff Avatar

      engineering degree kat usm penang kalau xsilap aku. xingat.

  9. syahrilhafiz Avatar

    sebab tu better kita belajar lebih daripada satu bahasa. tengok kan rezeki dia dah..tahniah

  10. titan Avatar

    sape ek beliau tu..

  11. iqbalhakimi Avatar

    fuuh..memang bangga lah kalau ada nama kita ada di kapal terbang..

  12. Mohd Isa Avatar

    pergh, memang best nama ada seketul atas kapal terbang tu. rezeki memang murah dia dengan air asia, hopefully rezeki ko pun macam dia gak kelak. amin. :)

  13. phatlee Avatar

    best giler kalo name gua ade kat situ.

  14. chempaka Avatar

    syok ! bleh breakfirst kat jepun, lunch kat indon, tea kat singapura.. dinner kat msia plak.. sgt kagum !

  15. lizz Avatar

    pergh!!!!!!!rezeki kawan kau wei and pada aku, mende ni bukan selalu dapat. bangga kot nama kat atas tuh!!!!

  16. madammondoq Avatar

    wah.. best gilerlah!! tahniah lah kat die!! terbaik!!

  17. Faizal Fredley Avatar

    perghh..kalau la nama kau terpampang kat kapal terbang boleh giler jawab nya..hahah

  18. Twit N View Avatar

    rezeki ramadhan buat Izyana Azis…tahniah..

    1. izyana azis Avatar
      izyana azis

      thank you.. =)

  19. aida.saharudin Avatar

    alhamdulillah rezeki :D

  20. lAl Avatar

    Aviation industry ni aku sangat berminat. Bila baca kisah cmni, menjadikan aku semangat sket walaupun aku rasa aku dah xdak harapan untuk bidang nih… :(

  21. mancai Avatar

    salam ramadhan dan selamat berpuasa bro… wah tahniah kat kawan tu… pas ni kalau nak flight dapat la bro diskaun erk…

  22. haiqal Avatar

    Pergghhh,best kot kerja dalam sektor ni.Hurmm.

  23. shera Avatar

    wah rezekinya melimpah ruah,,

  24. izwannizam Avatar

    dengan blog pun boleh bantu orang…bergantung cara mana kita apply blog kita untuk manfaat bersama

    tahniah izyana azis :)

    1. http://arnamee.blogspot.com/ Avatar

      WAH ..bertuahnya menjadi izyana azis :D
      Tahniah..

      *ariff, salam ramadhan ya:)

  25. Adib Avatar

    tahniah dapat kerja dengan air asia..aku memang respek dengan air asia..dalam tempoh singkat boleh berjaya dan mengharumkan nama Malaysia..BTW, tahniah dan selamat menyambut Ramadhan

  26. takky Avatar

    wah, best ye!!!!!….
    trigin nk keje kat atas kapal terbang jugak…
    ^O^

  27. Izwan Avatar

    tahniah kepada insan tersebut..moga terus berjaya dlm aviation eng..

  28. ekspresiruang Avatar

    tumpang bangga. lps ni mesti bley jadi bos airasia japan. hehe

    apa2 pon kepuasan tlg kawan sampai ke tahap cmtu mmg satu perasaan yg xdpt digambarkan dgn kata2 sbnrnya

  29. afiq aiman Avatar

    rezeki dia bersama Air Asia. tahniah diucapkan. mmg layak menang sebab sedap nama northern xposure tu

  30. ejat Avatar

    wah.. rezeki dia.
    sgt beruntung..

  31. syazana Avatar

    untung lah. rezeki Allah kan. kita tak tahu.