Hari ni bukan seperti hari-hari biasa sebagai seorang blogger. Hari ni aku cover satu event yang lain daripada yang lain dan tak rasa ada blogger lain boleh dapat peluang untuk cover peristiwa macam ni. Haha.. best2.
Siang tadi pergi ke Low Cost Career Terminal (LCCT) untuk melawat kapal terbang kawan aku. ha.. don’t play-play. Bukan senang nak jumpa orang ada kapal terbang dengan nama sendiri nih. Tapi sebenarnya takdelah dia punya, cuma nama dia diabadikan kat atas kapal terbang tu la. Hebat kan? Boleh letak nama dia atas kapal terbang harga ratusan juta ringgit. Now that’s what I call one hard rock solid branding.
Ceritanya bermula masa aku masih dengan blog English aku. Tony Fernandes pergi France melawat Airbus punya kilang. Tujuan dia nak beli kapal terbang. Dia tweet la cakap “Thinking of buying airplanes,” lebih kurang camtu ah. Then aku reply dia cakap “Beli beli beli.” Dia reply balik dalam melawak: kalo aku boleh kasi duit nak pinjam boleh la beli. Beberapa hari lepas tu, keluar berita pasal AirAsia seal deal ngan Airbus untuk membeli sejumlah kapal terbang A330 dan A320 yang baru untuk fleet AirAsia X. Masa tu AirAsia X baru je launch. Jadi boleh kata aku indirectly involve la dalam AirAsia X ni :P
Lepas tu keluarlah dalam blog diorang satu competition. Siapa yang dapat cadangkan nama yang cun untuk kapal terbang yang baru tu, dapatlah nama diorang diabadikan pada kapal terbang tu. Aku buatlah entri cakap pasal contest tu dalam blog English aku. Aku submit sekali beberapa nama yang aku rasa best. Ramai gak kawan aku yang masuk time tu. Then tahun ni, ada lagi beberapa kapal terbang baru sampai dan nama yang disuggest oleh kawan aku (Northern Xposure) tu terpilih. Cun kan nama Northen Xposure? X dalam Xposure tu sebagai trademark AirAsia X.
Jadi tadi pergila aku ke LCCT. Dah la lambat. Kawan aku dari Melaka tu pun sampai lagi awal. Nak buat camne kan, dekat raya ni nak tahan cab pun dah susah. Hampeh. Nasib baik boleh delay. Sampai-sampai terus rushing amik pass untuk airport clearance dan pergi terus ke kapal terbang tu. Unfortunately CEO AirAsia X, Encik Azran tu takde pulak hari ni. Sepatutnya dia ada sekali entertain kitorang. Jadi diorang hantar Head of Engineering untuk accompany kitorang tengok kapal terbang tu. Cun sangatlah sebab aku pun memerlukan contact-contact macam ni untuk career aku nanti.
Kapal terbang Airbus A330 tu terbang ke mana-mana sahaja lokasi AirAsia X. Sebelum ni dah pusing satu Australia, destinasi terakhir adalah Melbourne. Masa aku sampai tadi, Northern Xposure tu tengah siap untuk berlepas ke Tehran.
Di samping itu, kawan aku dapat tiket ekonomi pergi balik percuma untuk seorang ke mana-mana destinasi AirAsia X. heh.. Aku dah try kecek-kecek pegawai AirAsia X tu tadi tak dapat gak. Elok-elok pulak lepas raya ni AirAsia X nak launch route diorang ke Jepun. Jadi tertunailah hasrat Izyana untuk ke Jepun hujung tahun ni. Dia memang minat sangat pasal Jepun, kawan Jepun pun dah ramai sebab dia banyak handle program kalau ada budak Jepun datang USM.
Jadi begitulah kisahnya. Dah banyak kali delay untuk program ni. Kapal terbang free, aku tak free, atau Izyana yang tak cuti, bila dua-dua free, kapal terbang pulak terbang entah ke mana. haha~ At the end, memang berbaloi gak lah menunggu. Benda macam ni, seumur hidup je dapat. Tahniah diucapkan kepada Izyana. Yeah, aku memang jelous. Kalaulah nama Ariff Shah ada atas tu.. confirm aku panggil Kosmo datang. haha!
2010/2011 Premium Sponsor

Comments
35 responses to “My Friend Has An Airbus A330”
Red Army rupenye… Haha.. Aku tiap-tiap tahun ade tiket FOC n Firm… datang rusia melawat ko leh?
sila2 datang. sementara aku masih kat sini.
A Thousand WOW. (O_O)
Request jadik Editor Newspaper la ko arif. Tukar aliran.. hehe..
ish. xnak ah. tulis ni just for fun. mana layak jadi editor.
Assalamualaikum..
Hai Ariff Shah..Aku penjejak baru dalam blog kau ni. Syoklah blogariffshah ni banyak entri yg best dan sesuai dgn jiwa aku.. Dan buat kawan kau, Izyana Azis tu, tahniah aku ucapkan…
Northern Xposure. Memang cantik name tu aku suka!
wah! cayalah bro. bab Tony Fernandes bertwitter tu mmg terrrbaik!
cayalah..pasni sume geng2 angkasa kenal si izyana tu bro. ha3
kalo la nama aku..hehe
Wahhhh..memang best dapat cover event hebat mcm tu…
harus dikenang hee..
tahniah buat kwn anda yg menang tu..memang bertuah =)
tuah ayam nampak di kaki tuah manusia nampak di badan kapal terbang air asia x :)
kalau ada MAS or AirAsiaX gi ISB, aku balik weekend la ke KUL selalu hehe :)
tahniah buat kwn ariff
wah besH nyer… tahniaH buaT ur FrienD… (^_^)
izyan xnak bawak member ke pergi sana?
tak payah bawa, dah banyak kawan jepun kat sana
Bangga rasa ada nama atas Airbus plak tuh…AA akan bukak route tu Jepun?? serius ke nih?? wah..impian akan menjadi nyata nnt..hehe
Mengikut kata Head Engineer AirAsia, ya. Mereka aku buka laluan ke Jepun lepas raya ni =)
tuah badan dapat ade name kat kapal tuh. Nways tahniah utk member u pasal menang contest tu!
huuhuu nanti name ak lak suatu ari nanti
best gilak kot!
Thumbs up!
wow! memang susah nak dpt peluang cam ni. huaaaaa.
tapi kalau aku la. aku tak pilih jepun. baik pilih yg lagi jauhhhh. huhu
kalau nama aku pulak confirm aku tgkap gmbr sikit then buat poster besar2 tampal kat merata tempat…pastu balik rumah goyang kaki tggu insan mana nak buat ebook pasal kejayaan aku gyahaha
bessttt gilee!
perghhhh hebat la ko ariff… siap gi sana jadi jurugambar ke? gyahahahaa~ nape tak kol aku suh anto? ape da.. mmg best nama ada kat kapal terbang.. serius glemer terus satu dunia :) hehehehe…
Ala.. aku ingat ko busy ke hape.. kan hari ni nak terbang dah.. Malas nak kacau.
hoho..bertambah famous la ariffshah yang mmg famous ni kalau dpt nama tepek kat body airplane tu..:D
Terima Kasih Nuffnang : Respons Helpdesk Nuffnang
ala…
perempuan ke?
kalau lelaki aku dah kecek2 kat kau dah~
kih3~
Orang Melaka dia?
dekat ni…
bleh ku usya2 dia yg comel tu~
weee~
Kawan satu sekolah kat Melaka dulu. Sekarang blaja at USM Penang. Tinggal kat Batu Berendam.
kejap lagi aku nak tulis nama aku dekat fokker ni…pakai whiteboard marker je dah kot
uish… bestnya ada nama atas kapal terbang… huhuhu…
bestyaaa
itulah. Aku jelous tak habis-habis ni
” aku dah try KECEK-KECEK dgn pegawai air asia tue tadi “, hahahaha
kedekut duh diorang. haha!