Tadi baru je settlekan duit sewa hostel. Aku dah miskin T_T
Cerita sikit pasal kat bank tadi.. Kalau korang nak tau, orang kerja pejabat kat Russia ni memang paling malas dan banyak curi tulang masa kerja. Bukan curi tulang la, banyak sangat rehat. Jadual dia lebih kurang camni, masuk kerja pukul 8:00, pukul 10:00 ada break 30-40 minit minum pagi. Lepas tu sambung kerja sampai tengah hari. Pukul 1:00 karang, break lagi sejam untuk luch pulak. Kalau yang bagus tu balik on time la pukul 2:00, kalau jenis yang pemalas macam lembu, silap-silap pukul 3:00 baru masuk ofis balik. Ades~ Lepas tu pukul 5:00 sharp mesti blah. Tak lebih, tak kurang. Memang takde kompromi kalau tiba time dia balik, mesti balik tepat pada masanya walaupun ada kerja lagi tak settle.
Kat bank tadi aku nampak carta duit euro nih. Wah.. teruja sungguh~ Kalau kerja gaji dalam euro kan mantap!
Problem aku tadi, aku datang time cashier dia tengah lunch. Memang aku maki hamun la dalam hati. Lagi satu bank kat sini pelik sikit sistem dia, ada dua bahagian. Kaunter biasa macam bank kat Malaysia, and cashier. Cashier ni ada bilik dia sendiri kat tepi. Jadi kalau masuk dalam tu boleh la kunci pintu tu tak kasi orang nampak berapa juta kita withdraw/deposit duit. Bagus ke tak? Aku rasa bank Malaysia yang kadang-kadang lembab macam kura-kura tu pun 10 kali lagi bagus.
Orang Russia ni itulah yang hampehnya, diorang memang lembab, dungu dan memang tak boleh harap kalau yang jenis kerja makan gaji dan kerja ofis. Memang macam tu. Tapi kalau jenis kerja melibatkan servis dan customer care, memang tip top kadang-kadang. Hari tu aku nak pergi buat simcard baru sebab simcard aku hilang. Pergi service center dia, memang akan ada officer tunggu depan pintu. Datang kat dia cakap nak buat simcard baru, dia bawak kat kaunter, tunjuk passport, dia type2 sikit kat komputer then siap! Tak sampai 15 minit. Kalau yang time aku pergi snowboarding dulu lagi bagus. Memang mesra rakyat betullah worker dia kat sana.
*****
Sekarang ni aku tengah sibuk mengkomen sana sini kat Huzzer Magazine. Kalau siapa yang follow Twitter aku, mesti akan nampak aku promosi contest tu. Aku pelik kenapa tak ramai blogger Malaysia yang masuk, especially yang guna WordPress tu. Hadiah lumayan kot. Walaupun bukan cash (masih ada cash untuk yang menang, dalam USD), nak dapat nilai hadiah sampai 3000USD camtu memang mustahil la blogger Malaysia yang biasa boleh buat. Alangkan aku nak dapat co-sponsor 20 hengget sorang untuk next competition pun susah nak dapat. Oh ya, next week la kot aku launch competition. Senang macam ayam jer~ Untung-untung dapat la buat duit top up kalau menang =) Jadi nanti join ah beramai-ramai. Peluang buat duit nih. Kepada blogger yang ada duit lebih dan nak backlinks + exposure untuk blog dia, boleh contact aku.
Dan nak tanya sikit, sesuai tak timing ni aku nak buat competition kasi duit free ni? Korang ada masa nak masuk tak?

Comments
22 responses to “Duit Sudah Habis, Kena Buat Duit Lagi Nih..”
rasa mcm best kerja bank dkt rusia..aku harap majikan aku skrg akan buka satu cawangan di sana. bolehlah aku mtk transfer..
hmmm, klu ada contest, aku nak cuba masuk..sejak masuk dunia blogging, aku x pernah masuk contest..
blum lagi try masuk mana2 contest international nyer..nk kene try gak ni.mana tau ade rezeki. huhuhu.
*
.-= Cerita terbaru lizz.. Saya Menang RM400 Untuk Contest Hidup Berani Untuk Gagal =-.
Lumayan woo hadiah dia. Dapat premium theme baru best!
xpernah algi lah amsuk kontest2 ni..entah lah..huhu..xyakin kot…tak pon malas..heheh
kt mesia bilik cashier tu memang ade…contoh kt Cimb haritu.. withdraw duit company 56ribu..g kt situ la…
itu office dia. Ni bilik yang memang kat area counter tu. Sume urusan pasal duit, tak kira banyak or sikit, kena go through cashier tu. Kalau kat Malaysia, sume boleh buat kat kaunter.
kt sne bahaya sgt kot…sini kurang lagi la kes2 bahaya…haha
ada2..asalkan syarat tak memberatkan..sudah pasti aku join….
.-= Cerita terbaru eyriqazz.. Ada Apa dengan Pembaca =-.
Syarat senang jer =) Dont worry.
kalau kontest best bley masuk…hehe
.-= Cerita terbaru aboi.. Kerjaya VS Zodiak =-.
Best camne eh/? Kalau tulis entri best tak?
waaa. note 500 pun ade… bila la boleh merasa nak pegang note tu.. huhuhu… buat je kontest tu.. komfirm ramai yang join.. huhuhu
500 sekeping camtu.. rasanya memang susah nak jumpe. Kalau keluar duit juta juta euro baru dapat kot
mai ade yg 5euro tu. tp, hilang ke mana. nyesal gila letak merata2. nk mintk ariff pos laju duit2 tu leh? xD
*ssh tk contest ariff buat tu nnt? cm takut nk join.. grrr
Haha~ susah macam nak jawab SPM
Takdelah Simple jer. Tulis entri. Semua blogger boleh buat =) Time ni lah nak asah bakat menulis
Menarik. Paling suka note warna kuning tu. Baru sekali dapat pegang. :)
wah.. Mesti rasa kaya giler kan dapat pegang duit sekeping yang nilai dia dekat RM1000 nih. Kalau dapat buat hadiah contest ok gak :D
kalau contest nya mudah~
ada masa kot masuk~
hehehe~
P/S : ada ruang lagi tak nak letak banner ni?
.-= Cerita terbaru Lord Zara.. Kelahiran Dan Kematian – Adakah Ini Sahaja Yang Mampu Menyatukan Hati Manusia? =-.
Ada2.. =) kasi url banner awak
lol ariff…
hahaha..
seronok kat rusia ??
hahaha..
wei2..aku rase lepak jap la..
contest byk gile la..
tapi kalau nk buat ok gak..
kau survey dulu contest diorg caner..
kau buat lain dari lain..
amcam ??
hehe
Kontest sape lagi ada? Yang aku tau isu terhangat tengah buat satu. Itu je.
sesuai rasanya..
.-= Cerita terbaru Mus.. Blog Aku Dah Pulih Dari Bandwidth Limit Exceed. Macam Mana Caranya? =-.