Bawah Katil Aku Ada Wang Tunai Dekat 20000. Cadangan?

Tak tipu. Betul. Aku tengah kaya sekarang ni. Kepada awek hot yang membaca, jom kawin! haha..  Orang/blogger sekarang kan tengah sibuk bercakap pasal senarai 40 orang terkaya kat Malaysia, maka aku pun nak la tunjuk kekayaan aku yang tak seberapa ni.. Wakaka~ Haish.. Takburrr~ Tak elok tu. Kalau boleh aku nak la masuk dalam senarai tu tapi sebab ada berapa belas ribu je memang tinggal harapan je la. Apehal tiba-tiba aku keluar duit cash banyak-banyak nih?

Pak cik kayo!

Sebenarnya duit tu nak buat bayar saman online sewa hostel. Sudah sampai masanya untuk menyerahkan duit simpanan kat orang Russia ni. @%!^&*#!!! Habis duit aku. Penat kumpul banyak-banyak. Dan sebenarnya (bukan lagu Yuna – Dan Sebenarnya) duit tu dalam matawang Ruble atau aku panggil matawang bodoh. Nak bayar sewa hostel ni kena bayar straight 6 bulan terus. Kalau tak bayar, pak guard hostel tak kasi masuk. Sebulan kena bayar 85 Euro. 6 bulan 510 Euro, tukar kepada ringgit adelah RM2000 macam tu. Ades~ Kopak!

Duit syiling yang menyusahkan hidup

Kenapa aku cakap matawang bodoh? Sebab duit syiling dia banyak sangat. Duit syiling paling kecil adalah 1 kopeyek (nama pun sengal alam~). Denomination matawang ruble adalah seperti berikut:

  • 1 kopeyek
  • 5 kopeyek
  • 10 kopeyek
  • 50 kopeyek
  • 1 ruble
  • 2 ruble
  • 5 ruble
  • 10 ruble
  • 50 ruble
  • 100 ruble
  • 500 ruble
  • 1000 ruble
  • 5000 ruble

Duit kertas dia adalah dari 10 ruble ke atas. Masalah dia kat sini kalau beli barang banyak sangat dapat baki duit syiling, lepas tu nak guna kemain susah. Sebab nilai dia kecil sangat dan barang pun dah mahal. Kalau zaman dulu logik sebab barang semua murah. Buku teks tak sampai 1 ruble (buku yang digunakan kat uni semua buku lama, zaman Soviet Union). Zaman sekarang barang semua dalam ruble. Lepas tu ntah macam mana kira-kira ada je dapat syiling bodoh bodoh macam ni. Fed up bai~ Jadi syiling tu buat simpanan je lah, mana tau dah kumpul banyak-banyak nanti boleh tukar balik kat bank dia.

Ilmu ekonomi sket ye. Korang tau tak kalau nak buat syiling tu semua, kos nak buat dia adalah lebih mahal daripada nilai yang sebenar. Itu sebab sekarang bank negara tak keluarkan lagi duit satu sen. Barang dah mahal. Zaman mak bapak kita kecik-kecik duit 1 sen 5 sen tu semua laku la. Zaman sekarang dah tak jumpa lagi dah. Kalau duduk bandar lagi la, mintak maaf banyak2. Duit tadak memang hidup tak senang. Aku kena culture shock kejap masa pindah Subang Jaya tahun lepas. Tinggal kat situ, duit keluar macam air!

Lepas ni kena keluar duit second round. Ada lagi sikit tak cukup. Limit 20 ribu je sekali keluar dalam sehari. Aku gugup sikit pegang duit cash banyak-banyak ni. Aku jadi overprotective. Bila aku overprotective, akan berlaku kesilapan dan kecuaian. Mintak dijauhkan dari segala kelalaian tu.


Posted

in

by

Comments

37 responses to “Bawah Katil Aku Ada Wang Tunai Dekat 20000. Cadangan?”

  1. MIEYRA Avatar
    MIEYRA

    macam tempeyek je…hehehe.eh puase.

  2. ily Avatar
    ily

    haha..kopeyek…duit kertas rupiah 1000 student mesia kt sana pgl duit ‘t. idung’ haha…semua 1000 rupi yg buruk dh pakai, tinggal yg lawa2 jek… :o)

    1. ariff Avatar
      ariff

      1000 rupiah tu banyak mana?

  3. buzarovig Avatar

    wargh,…meriahnye blog ko.. camner nk bg meriah aa….??

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha.. Aku banyak tips aku boleh kasi untuk ko improve. Okeh. Lepas ni aku buat satu entri khas untuk ko =)

      1. buzarovig Avatar

        cunn….
        .-= Cerita terbaru buzarovig.. Abang ‘Botak’ TerangkaT… =-.

  4. Wan Perlis Avatar

    ingatkan nak bagi kat aku $ tu.haha
    .-= Cerita terbaru Wan Perlis.. Bagaimana Pensil Warna mengajar Kita tentang Kehidupan? =-.

  5. eyriqazz Avatar

    banyak duit…mintak skit….hik3…
    .-= Cerita terbaru eyriqazz.. Bestnya Diurut Gadis Cantik =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Banyak tapi kena kasi orang Russia. Sedih.. T_T

  6. SyimaSyaz Avatar
    SyimaSyaz

    semoga kekayaan itu akan jadi milik anda 1 hari nanti…insyaallah

  7. shahlin Avatar

    iskkk, kopeyek?? teruknyer bunyi… hahaha

  8. faizal Avatar

    baru teringat..ada simpan lagi a few rubles lebihan jalan2 di moscow dulu..hehe
    tapi kopeyek tu mmg kelakar bunyi nye..hehe
    .-= Cerita terbaru faizal.. Flickr Special =-.

  9. IndependentQueen Avatar

    Moscow is the most expensive city to live in after Tokyo and Osaka Japan. U shld enjoy the experience living in it. If u can survive Moscow, KL is nothing la kan….like me, If i can survive Russian boss, boss melayu apa lah sangat to deal with.. haha

  10. ery Avatar
    ery

    dowh… 2 ribu = 2000 bukan 20000…
    Adoi, bikin terkezut… heheh
    .-= Cerita terbaru ery.. Pekerja Tempatan VS Pekerja Luar =-.

  11. blogresipi Avatar

    Murah sewa tu. Sini bilik Euro 200 sebulan. Studio Euro 350. Rumah Euro 450. Tapi api,air dan internet free of charge.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Oo. Kat sini cuma internet la bayar sendiri. Tu pun internet problem gak sebab hostel yang provide. Nak amik internet company luar yang lagi murah dan laju diorang tak kasi. Tak tau kenapa..

  12. iyllienaz Avatar
    iyllienaz

    haha..duet syiling tu mcm chocolate sbb warna dye..tapi betul bila pegang duet byk2 mmg akan jd overprotective..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Waa.. takut duit hilang. Sikit atau banyak, tetap duit!

  13. iamsura Avatar

    best2…tapi tak best bila kena bayar duit… :(

  14. PoJiePooh Avatar

    Omangai!! Bayar utk 6 bulan terus? RM2000?? fengsan ~
    Kelakar la nama matawang dia, kopeyek dah macam bunyik tempeyek!
    Ruble dah macam bunyik rubber..
    Hahaha..
    Xpela dude, rezeki kamu gi oversea belajar…
    Timba pengalaman n ilmu byk²..
    .-= Cerita terbaru PoJiePooh.. JIBBITZ =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Lepas ni nak beli tiket balik pulak. Yang tu RM4000. Waaaaaaaaa~~~ Tolong!

      1. anakgajah13 Avatar

        Minta maap..Doraemon tidak dapat dihubungi buat masa ini. Sila cuba lagi di lain hari.

        :P
        .-= Cerita terbaru anakgajah13.. rajin tak bertempat, payah jugak ekk =-.

  15. wawaa Avatar

    hello bro..aku sedang menikmati coklat dibawa pulang dr jeddah.=p
    asal nama duit tu kopeyek?kelako..=p
    .-= Cerita terbaru wawaa.. Kucing bermata satu =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Sengal punya bahasa Russia. hahahahaa~

  16. denaihati Avatar

    Yang kita perlu belajar adalah kisah kegagalan mereka sebelum mereka menjadi 40 orang terkaya di Malaysia.
    .-= Cerita terbaru denaihati.. 10 orang terkaya di Malaysia =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Setuju dengan saudara Ilham
      Para jutawan ni mesti ada cerita kegagalan mereka tersendiri. Mana ada orang senang-senang je jadi jutawan sekelip mata. Semua menghadapi kesusahan dalam hidup sebelum berjaya

  17. neon Avatar

    semoga ko tabah membayar nye adoii~~
    .-= Cerita terbaru neon.. Kelibat Lisa Surihani Dalam Kereta Persona Hitam, Huyyo… =-.

  18. Lord Zara Avatar

    Kopeyek?
    Macam rempeyek dan kerepek serta tempeyek~
    Aigoo~
    Nama sumpah tak bleh blah lawaknya~
    Er, aku kalau keluarkan duit kat bank pun akan jadi overprotective~
    Jalan pegang beg takut org curi~
    Walhal keluarkan dua ribu untuk bayar yuran~
    T__T

      1. ariff Avatar
        ariff

        Yup. Orang Russia ni dia tau matawang dia murah, suruh bayar sewa ikut rate Euro. Kalau time tu Euro mahal, teruk la nak membayarnya,.

  19. DaHLia Avatar

    kopeyek??? ahahaha lawaknye nma dia…

    gile mahal !! nasib akak dulubelajar dlm negara jer…hehee xmmapu dr segi ekonomi dan jasmani (IQ laa tu..)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Haish. Jangan cakap camtu. Semua orang ada keistimewaan dia sendiri. Saya dapat pun nasib baik je. Kalau betul2 IQ tinggi, saya tak belajar kat sini. Dah belajar kat MIT dah.

  20. heatzik Avatar

    adoi…mmg susah hidup kat perantauan…
    matawang rusia ni macam matawang game zelda haha

  21. feeza Avatar
    feeza

    rm2k untuk 6bulan?
    best gilerrrr -.-

    1. ariff Avatar
      ariff

      u punya lagi mahal ke?

      1. feeza Avatar
        feeza

        klau hostel yg tak permanent = 3100USD fr 10months
        yg permanent a bit murah, thats why i opted to stay in an apartment. till now tak dapat permanent hostel lagi.

        *sigh*

        1. ariff Avatar
          ariff

          I see. But apartmen berapa bilik? Mesti lagi besar kan?