Beberapa tips yang saya ingin kongsikan berkaitan pelaburan dalam unit trust. Tips ni bukan daripada saya tapi hasil daripada pembacaan di forum Lowyat.
1. Dollar cost averaging. Katakan korang ada RM10,000 tunai. Jangan masukkan RM10,000 tu lump sump ke dalam unit trust. Pecahkan kepada 10x caruman RM1,000.
Hal ini adalah kerana harga unit trust ni berubah-ubah macam saham dan kalau kita terperangkap dalam keadaan market yang sedang menurun, at least harga purata unit kita dapat diturunkan.
2. Biasanya yang buat dollar cost averaging ni dia buat dalam tempoh masa tiga tahun. Dan disebabkan simpanan unit trust ni untuk jangkamasa panjang, tiga tahun ni dianggap normal.
3. Pemilihan fund. Untuk yang tak tau apa-apa, memang susah. Kalau dengar cakap agen yang tak tau apa-apa pun susah. Jadi kita serahkan kepada pakar. Pergi laman Morningstar ni, pilih fund dengan rating 4 atau 5 bintang. Settle.
4. Pemilihan fund. Selain Morning start, boleh guna data dari Lipper Leaders. Cross check top fund antara dua ni untuk dapatkan fund yang terbaik berdasarkan recommendation daripada pakar.
5. Pemilihan fund. Elakkan new fund sebab performance dia masih lagi tak diketahui. Berdasarkan pengalaman orang lain dalam forum, ada je new fund yang tak perform sangat. Agent unit trust biasa akan promote new fund all out untuk kejar sales dan performance bonus.
6. Kurangkan sales charge. Kalau beli dengan agen unit trust, korang akan dikenakan 5.5% sales charge. Maksudnya, kalau masuk RM1k, RM55 ringgit hangus dah.
Hal yang sama akan berlaku kalau korang beli direct dengan bank. Tapi sebenarnya ada cara nak elakkan sales charge ni.
2021 update. Kekurangan kalau buat sendiri ialah korang sendiri kena belajar baca market dan sebagainya. Untuk shortcut, dapatkan khidmat consultant untuk advise fund dan strategi yang sesuai. Apalah sangat sales charge tu kalau kesemua charges akan dapat balik + untung yang memuaskan.
7. Berapa lama nak simpan? Unit trust ni adalah instrumen pelaburan medium term iaitu bermula dari 3 tahun dan ke atas. Kurang daripada tu maka adalah susah untuk korang masyuk. Kalau ada pun, sikit je.
Kenapa unit trust?
Bukan semua orang mampu baca chart atau faham dengan pergerakan ekonomi semasa untuk melabur dalam saham, jadi untuk golongan ni, eloklah duit lebih tu diletakkan dalam instrumen pelaburan seperti unit trust kalau nak pulangan lebih berbanding ASB, Tabung Haji.
2021 update. Tak perlu pandai baca economic data tu semua. Your consultant can advise. Boleh appoint saya sebagai consultant anda.
Baca lagi:
Comments
17 responses to “7 Tips Unit Trust Untuk Beginner”
Dah lama tak invest balik dalam unit trust…
Saya highlight pasal ni sebab mula tahun ni dah boleh start dollar cost averaging. Ramai yang cakap KLSE akan jatuh dalam masa terdekat ni.
memang berminat dengan unit trust ni.. tapi tengah sibuk dengan Forex sekarang
Hebat main forex.
Unit trust lagi senang daripada forex. Just letak duit dan tidur. Cuma timing dan pemilihan fund kena betul
Banyak lagi rupanya ilmu unit trust yg saya tak tahu. Setakat ni baru ada akaun dgn Public Mutual. Main beli ikut kawan2 je. Tq atas perkongsian.
Ikut-ikut orang ni yang bahaya. Nak invest kena tahu apa yang diinvest, atau kalau ada unit trust consultant, kena pastikan UTC tu tau apa yang dia buat. Bukan setakat jual produk je
salam En arif.. hendak bertanya. UTC tu ape ye ? maklum la newbie.. thanks
Unit trust consultant atau agen unit trust
terbaik lah entri ni, kena bookmark… aritu tengok video kat youtube ada cerita pasal tips pertama
Kebanyakan promoter unit trust nih suka kondem antara satu sama lain. Semua mengaku unit trust mereka lah yg terbaik.. pandai2 kitalah membuat pilihan..
Perkongsian yang bagus bro…. biasanya konsultant jarang nie terang perkara macam nie kepada pelabur newbie …. tu belum lagi kes kondem Unit Trust yang lain….
Hahaha. Itulah. Benda2 yang sales oriented ni biasa so called ‘consultant’ dia main kondem produk orang lain je untuk lakukan produk dia.
Ilmu baru bagi saya…sebelum ni ada pernah dengar pasal unit trust tapi tak pernah nak ambik tahu..daripada artikel ni, dah nampak sikit2..
Biasanya serahkan kepada kosultant unit amanah untuk beri nasihat pelaburan unit-unit amanah. Sayangnya tahun ini sudah ada perubahan had limit pengeluaran kwsp akaun 1 untuk pelaburan unit amanah.
Terima kasih….Memang bagus kesemua 7 tips yang berguna ni bagi yang mula berjinak-jinak dalam pelaburan
Susah juga nak faham bab nie, tapi tulisan nie dah memberi pencerahan kepada saya, terima kasih tuan
Boleh cuba tips nie, thank bro
sekarang saya baru jinak-jinak melabur di asb