
Leceh sebenarnya prosedur kahwin kat Malaysia ni. Agak kontra dengan ajaran Islam supaya memudahkan benda yang baik ni. hmm…
Jadi siang tadi selesai dah part terakhir saya iaitu mendapatkan kebenaran kahwin. Mula-mula dulu kursus kahwin, lepas tu 6 bulan sebelum tarikh nikah baru boleh ambil HIV test dan 3 bulan sebelum berkahwin baru boleh dapatkan kebenaran untuk berkahwin daripada Pejabat Agama Islam Daerah.
Dan kebenran ni ada expiry date. Tak faham betul kenapa. Dan nak dapatkan kebenaran ni kena bawa saksi dua orang. Kena pergi masa waktu pejabat, Sabtu & Ahad tak buka. Jadi memang menyulitkan keadaan kalau yang nak bernikah ni terpaksa bawa kawan/ahli keluarga yang bekerja. Dah nak kena libatkan dua orang lain dan mungkin mengganggu waktu pejabat mereka.
At least biarlah pejabat dibuka masa hari Sabtu. Mudah la urusan untuk golongan kebanyakan yang bekerja 9-5. In my case, nasib baik tadi ada urusan di Shah Alam. Dapatlah singgah kejap untuk selesaikan urusan ni.
Apa-apa pun permohonan di bahagian saya dah selesai. Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada dua officemate yang sudi menjadi saksi. Lepas ni pass je kepada pihak perempuan.
Tak lama lagi ni!!

Comments
40 responses to “Dah Dapat Kebenaran JAIS Baru Boleh Kahwin”
Akak mendoakan ariff dan pasangan dpt melalui cabaran sebelum ni denfan tenang..nk nikah ni mmg byk nk setel..
Terima kasih banyak-banyak akak
Dah boleh mula praktis akad nikah dah ni.
Memang leceh kan nak urus hal nikah kawin ni..
Masa tengok kakak saya nak kawin hari tu laa.. hehe
apa-apa pun, tahniah.
Moga dipermudahkan. ameen. ;)
Amin. Terima kasih Yuyu :)
Semoga semua urusan dipermudahkan,semoga tidak gugup bersalaman dengan tok kadi nanti
Harap semuanya lancar nanti. Thanks Wazy!
Salam tuan Ariff Shah yang budiman
maaf kerana mengganggu
dengan rendah hati saya ingin menjemput tuan menyertai contest iPhone 5S yang dianjrukan di blog saya
antara hadiah yang ditawarkan ialah iPhone 5S sebagai hadiah utama dan juga wang tunai untuk pemenang lain
jemput join ya tuan
http://superibu.com/2013/10/contest-iphone-5s-sempena-bulan-kelahiran-pertama-ibrahim
terima kasih :)
*sekarang baru fasa preliminary
Terima kasih tapi buat masa ni saya agak sibuk. Maybe next time.
Menanti hari untuk ‘shake hand’ dengan kadi sahaja lagi. :-)
hehe.. nervous gak ni
Kau punya sijil tu depa cop tak? Hahahaha. Kalau tak kau boleh apply lagi sekali as bujang. Kekekeke
Alaa.. dah cop. hahah..
mungkin kat selangor susah sikit kot prosedur die?
sy buat sume tu tak sampai 3 bulan je..dan takde saksi2 bagai sume..baik belah laki mahupun belah perempuan..pendek kata , semuanya mudah..alhamdulillah..saya baru kawen jugak tahun lepas hujung tahun 12.12.12
tahniah in advance ariff..moga jadi suami soleh..=)
Terima kasih atas doa. Insya allah. Akan lakukan yang terbaik.
Negeri mana ya tak perlu saksi ni? sangsi betul. hehe
Memang leceh jugak siap nak kena bawak sakti dua orang tu. Bukan semua orang ada masa free sama macam kitakan.
Itulah. Mungkin mereka perlu pertimbangkan untuk buka pejabat hari Sabtu. Half day pun jadilah. Dapat mudahkan urusan ramai orang
ada pro n contra nya ada syarat2 macam tu…lagi leceh bro kalau kahiwn dgn berlainan negeri..hu3..tp dkt tempat gua tak perlu bawa 2 org saksi pun masa nak isi borang tu
Tempat lu kat mana eh? Ingatkan semua negeri lebih kurang sama je prosedur
Assalammualaikum.. bro ariff,
Alhamdulilah selangkan maju ke gerbang perkahwinan, bakal jadi bapa mithali nie… insaallah moga dipermudahkan segala urusan k.
Wsalam mselim3,
Terima kasih atas doa :)
selamat pengantin baru in advance!!
hehe.. Thanks Ayu!
ada expiry date utk kelulusan Jais tu sbb nk elak benda x di ingini brlaku… contoh: lelaki miang nk kawin lain dlm tempoh nk nikah dgn calon sbnar.. atau mcm2 kes lain lgi.. u try la duk sehari kat lobi mahkamah syariah, mcm2 kes leh jumpa… huhuuu, i dgr kwn cite pun dah seriau.. :(
waa.. ada ke macam tu? Giler betul. Macam-macam hal manusia ni.
kalau senang proses nya..tak mustahil lagi banyak kes penceraian..gaduh sikit cerai, esok lusa kawin lain..sebabnya..dah kata senang nak kahwin..so apadahal kahwin cerai..hehehe.
benda ni dibuat untuk mengelakkan permasalahan di kemudian hari
1. expired. disebabkan hiv test expired 6 bulan maka diorang buat 3 bulan. at least dorang tahu hiv test tak expired lagi + kau betul2 nak kawen dalam tempoh terdekat ni. diorang nak elakkan flood dalam pendapat aku. aku buat dua dua dalam tempoh 3 bulan sebelum kawen.
expired untuk perempuan lebih lagi penting. sebab ada pengesahan anak dara (bagi yang belum kawen), kebenaran poligami (bagi yang kawen satu lagi), pengesahan cerai (kalau yang nak rujuk) dan sebagainya. kadang2 masalah manusia adalah hari ni cakap lain esok dah mula tukar fikiran. benda tu nak dielakkan.
2. waktu kerja 5 hari seminggu. tak perlu. kau hanya perlu jumpa penolong pendaftar nikah / imam kawasan setempat yang layak untuk buat pengesahan bahawa permohonan kau lengkap.
diorang guna kaedah screening. bukan screening di kaunter. elak flood. walaupun agak berbau birokrasi tapi aku rasa penting juga. at least kau kenal siapa imam dekat mukim kau. dan imam kau kenal siapa kau.
diorang tu selalunya ada di masjid setempat pada waktu solat. 7 hari seminggu. print borang yang kau dah isi dalam sistem ncr tu dan bawa dokumen lain pada dia dan saksi dua orang. dia cop, then kau sorang pergi ke pejabat agama pun dah ok.
3. bab hantar borang pada waktu pejabat sahaja. ni aku pun berpendapat sama. patutnya sabtu at least setengah hari.
apa pun moga urusan kau dipermudahkan
Ooh. Patutlah permohonan aku leceh sikit. Yang penolong pendaftar nikah kat kawasan aku dah pencen. Tu sebab bila call haritu, dia cakap kena datang pejabat PAID terus.
setiap yang mereka buat tu ada alasan mereka…susah kita tu sikit sangat nak dibandingkan dengan susah mereka yang nak kendali kes2 poligami secara senyap, kes tuntut cerai sebab suami/isteri ada penyakit dll…
Semoga semuanya selamat-selamat belaka..
Thanks a lot Muaz
sengsara nak kahwin empat ni. haha..
dengan adat nyer lagi… adoi2
Ini yang buat hajat terbantut nak kawen lagi ni.
Gua ada amik brochure poligami. Nanti gua pass kat lu
HAHAHAHAHAH!! buruk perangai kau, Ariff. Cuna setelkan yang 1 ni dulu, nanti baru boleh baca brochure tu pulak.hahahaha. Apa-apapun, semoga semuanya berjalan dengan lancar
takk.. ni amik sebab teringat rakan lain macam AE. hahaha
ni baru betul, susah senang ingat kawan…haha
Kalau nak poligami lagi susah hahahah :)
Memang susah. Tapi kat ofis aku ada yang dah cukup kuota. No. 4 umur 18-19.