HIV Test Untuk Bakal Raja Sehari

hiv test raja sehari

HIV test adalah satu kewajipan kepada pasangan yang bakal berkahwin.

Objektif dia satu je, nak elakkan penyebaran kuman HIV ni. Untuk pengetahuan, bukan individu yang aktif melakukan hubungan seks je berisiko tinggi dijangkiti kuman HIV ni. Faktor yang boleh menjadi penyebab kepada penyebaran HIV adalah:

  • Pengambilan dadah suntikan
  • Homoseksual/lesbian
  • Seks bebas
  • Melanggan pelacur
  • Pasangan HIV
  • Tercucuk jarum/peralatan tercemar
  • Penerima tr
    ansfusi darah tercemar
  • Penerima organ/tisu tercemarJadi eloklah dibuat. Mr Nice Guy macam saya ni takdelah berisiko sangat tapi kat luar tu ramai je yang ‘nakal’ dan ini memerlukan kepada ujian ini dibuat. Bahaya… Elok cegah dulu sebelum rawat.

Kat Wilayah Persekutuan ni tak perlu buat appointment untuk ujian saringan HIV. Datang je ke klinik yang menawarkan perkhidmatan ini. Sila pastikan korang check dulu masa ujian saringan dilakukan, macam klinik saya tadi hari Isnin – Khamis jam 2.00 – 4.00 petang dan Jumaat 9.00 – 12.00 pagi.

Ujian HIV untuk pendaftaran pernikahan hanya boleh dilakukan di klinik kerajaan sahaja. Tak faham kenapa sebeb perkhidmatan kat klinik-klinik ni faham-faham je la.. LEMBAB.

Ada orang ada masa dan boleh spend time untuk tunggu, ada orang takde masa tapi ada duit untuk gantikan masa tadi. Patutnya keputusan ujian saringan HIV dari klinik/hospital swasta pun diterima.

Sebelum pergi klinik, pastikan mereka yang bermastautin di KL atau Kelantan ada borang kebenaran ujian saringan HIV dari negeri masing-masing. Ni lagi satu benda leceh tak tentu pasal.

Nak buat ujian kat mana-mana klinik pun boleha salkan ianya klinik kerajaan dan kalau anda pemastautin di KL atau Kelantan, kena ada borang khas dari negeri masing-masing (dapatkan di sini).

Ujian saringan HIV ni tak susah. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Datang ke klinik pada waktu yang ditetapkan. Bagitau pada pendaftar. Ambil borang dan isi. Tunggu nama dipanggil.
  2. Jumpa pegawai perubatan. Dia akan cucuk jari dengan jarum khas yang halus supaya luka kecil.
  3. Setitik darah akan diambil dan dimasukkan ke dalam alat khas ujian saringan HIV. Alat ni bentuk dia macam alat pengesan kehamilan.
  4. Tunggu sekejap dan indikator pada alat tu akan memberikan keputusan samada sampel darah anda reaktif (ada HIV) atau tidak reaktif (tiada HIV).
  5. Lepas tu nurse akan ambil keputusan untuk tujuan dokumentasi dan doktor bertugas perlu tandatangan untuk sahkan keputusan tadi. Nak tunggu tandatangan doktor yang buat lambat sebab dia pun ada patient sendiri.

Ujian HIV ni boleh bertahan sehingga 6 bulan. Jadi takde masalah nak buat awal, asalkan tarikh nikah tak lebih 6 bulan daripada masa ujian saringan HIV dibuat.

So itulah serba sedikit tentang HIV test. Urusan satu hari. Harap boleh tolak cuti medical leave je. hehe..

13 Comments