Bukan emas putih, mahupun kuning, apatah lagi silver. Cincin rose gold bertatahkan berlian pilihan saya.
Apa-apa pun terima kasih kepada pembaca yang bantu saya memilih cincin haritu, ada siap PM lagi gambar cincin pertunangan mereka. Best betul dapat reader yang very helpful dan responsive macam ni.

Gambar sekadar hiasan. Ni yang paling mahal saya pegang sepanjang pencarian cincin haritu. Yang dibeli pun lebih kurang macam ni, tapi tak mahal macam ni.
Jadi kenapa cincin ni?
Sebab dah hantar cincin emas masa merisik hari tu. Bosan la kalau ulang balik item sama, maka saya cari yang lain. Jarang orang bagi rose gold ni dan saya rasa untuk cincin, rose gold nampak lagi menarik berbanding white gold. White gold memang cantik bawah lampu, tapi kalau tak cukup pencahayaan, nampak pudar.
Cincin yang ada batu dipilih sebab time tunang la boleh fancy-fancy sikit. Time nikah biasanya orang bagi cincin belah rotan.
Macam mana nak pilih cincin berlian ni? Ciri-ciri yang saya terangkan di sini adalah mengikut turutan berdasarkan kepentingan.
1. Cut
Berlian ni bentuk asal dia macam batu. Ianya dipotong supaya dapat bentuk berlian yang biasa kita nampak. Skill pemotong berlian mempengaruhi kualiti berlian yang dihasilkan dan mempunyai gred tertentu. Beli berlian dengan gred ‘EEE’ atau triple excellent. Tu gred paling tinggi.
Berlian yang dipotong sempurna meninggikan kadar pantulan cahaya dalam berlian tersebut. Dengan itu, barulah berlian tu nampak cantik dan berkilau sepanjang masa.
Lepas dapat berlian yang perfect cut, tengok saiz dia pulak.
2. Saiz
Walaupun saiz berlian ni sangat dipengaruhi oleh bajet, cuba dapatkan berlian yang paling besar berdasarkan bajet tersebut. Bukan apa, lagi besar, nampak lagi berkilau.
3. Warna
Berlian yang paling mahal adalah yang takde warna. Skala warna berlian adalah bermula dengan huruf D (colorless) sehingga huruf Z (light color). Sekali lagi, dalam pemilihan berlian, warna ni tak penting sangat. Antara G, H, I dan J pun ok dah.
4. Clarity
Batu berlian terhasil daripada proses semulajadi dan susah sebenarnya nak cari berlian yang sempurna di mana kandungan di dalamnya padu dan bebas daripada sebarang benda asing.
Nasihat saya, tak perlu tengok clarity clarity sebab teruk macam mana pun gred clarity berlian yang dipilih, pentingkan 2 ciri pertama atas tadi dan berlian yang dipilih dah cukup cantik.
Takde siapa boleh komen apa-apa tentang warna dan clarity berlian sebab dua ciri ni tak boleh nampak dengan mata kasar.
Kepada yang inginkan kelainan, bolehlah pilih cincin berlian ni kalau bajet anda mengizinkan. Yang dah kahwin nak beli untuk isteri kedua pun boleh. Masa kat kedai hari tu ada je couple yang dah kahwin, tapi si suami saje belikan isteri cincin berlian baru. Untunglah..
16 Comments
akak tulip
15 September, 2013 at 9:48 pmYg menarik + tertarik + Bagus nya blog ariffshah.com ni adalah dia suka share hidup dia dgn pengetahuan am.
Terus google penjelasan rose gold , karat & carat…oooo..baru tau….thanks for sharing!
Ariff
16 September, 2013 at 7:45 pmJarang orang bercakap pasal cincin berlian ni. Jadi elok saya share pengalaman supaya dapat bantu sesiapa yang mencari maklumat.
CIK PENSIL
15 September, 2013 at 9:25 pmwahh. best nih dapat berlian. hiks >_<
thanks, for this info. sebelum ni memang tak pernah ambil tahu pun.
Bahrain
15 September, 2013 at 9:23 pmterkejut tengok harganya…..hahaha
Tengku Syukri
15 September, 2013 at 9:06 pmagk2 berapa riban cincin belian eh?
Ariff
16 September, 2013 at 7:46 pmBermula 1k. Tengok saiz batu
ainie
15 September, 2013 at 5:19 pmkalau untuk pelaburan emas lagi ok la..untuk kawin nie kena ikut hati berkenan..
akubiomed
15 September, 2013 at 2:39 pmUntung dapat cincin berlian. Biasanya cincin tunang adalah cicin emas belah rotan.
Anarm
15 September, 2013 at 2:48 amUntunglahh dapat cincin berlian.. Baca pasal cincin berlian ni rasa nak tengok balik cerita Blood Diamond.
Abang Ensem Berketak
15 September, 2013 at 2:09 amGua cuma layan cincin yang gua boleh dipajakkan balik bila terdesak. Kejam tak gua.. hehehe.
blog amir
15 September, 2013 at 1:08 amkalau beli berlian kan, harga dia semakin hari semakin mahal macam emas ek? kenapa tak beli emas ariff, emas skrg murah wooo. hihi.
Ariff
15 September, 2013 at 10:34 amEmas pun ada beli.
Pasal harga berlian tu, kurang pasti. Barang mewah macam ni saya tak plan nak jual, just simpan sampai bila-bila
Sue
15 September, 2013 at 1:04 amDah tak pakai cincin kawen sebab pernah buat anak tercalar sebab diamond tu. Heheee..
paeh
15 September, 2013 at 12:55 amTerperinci betul bos tulis hal berlian.
Ariff
15 September, 2013 at 10:31 amhaha.. Tak tau kenapa, tapi aku rasa aku yang terlebih minat kat berlian ni.
ika
15 September, 2013 at 8:28 pmShould I be glad? :D