Memilih Cincin

Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

Maka telahpun sampai saat ini di mana saya kena pilih cincin yang sesuai untuk majlis pertunangan nanti.

Emas putih ke kuning? Atau platinum? Apa rasional orang pilih antara ketiga-tiga jenis cincin ni ye? Adakah sebab harga? Untuk yang tak tau, emas putih dengan kuning ni lebih kurang je harganya dan platinum adalah yang paling mahal.

Kalau ikut kebiasaan, orang Melayu suka cincin emas kuning 916, takde batu permata. Ini kerana jumlah emas dalam cincin macam ni adalah yang paling tinggi, jadi nilainya akan meningkat lebih banyak bila harga emas meningkat.

Bila mereka cakap macam ni, saya tertanya-tanya, cincin tu nanti nak jual balik ke?? Kenapa nak fikir resale value kalau pada asalnya cincin tunang ni untuk dibuat pakai sampai bila-bila atau diturunkan kepada anak nanti. Hm..

Terus terang, dah lebih enam bulan mencari cincin yang perfect. Dari kedai emas, sehinggalah ke internet, semua saya dah tengok. Susah nak buat keputusan.

Apa pendapat korang? Terutamanya yang dah lepas fasa ni. Share sikit please..

Sekadar info, hukum memberi cincin semasa pertunangan:

20 Comments

  • mie

    20 August, 2013 at 9:56 am

    cincin emas ni cam sinonim ngan warisan pusaka..
    boleh bawak kemana2 (laku) jika suatu perkara buruk terjadi mcm terjadi perang kemboja dulu, rakyat mereka selamatkan diri ke tanah melayu bawak emas.. sampai sini mulakan hidup baru dengan modal emas yang dibawa.

    lagi pun bila dapat kumpul2, cukup nisab dan haul, bayar zakat le apa lagi.. kan elok tu. moga peroleh keberkatan..

  • Norfanil

    9 August, 2013 at 6:41 pm

    nak mudahkan kerja, kalau taknak ajak bakal tunang tuh ajak la mak.. kalau berkenan terus beli..
    zaman skrg ada yg tk suka pakai emas kuning, dan nak emas putih..
    mana mana je, asalkan berkenan di hati..

  • akak tulip

    6 August, 2013 at 1:15 pm

    Saya pilih emas putih utk tunang & risik. Dan kahwin dpt emas kuning.tp x pnh pki perhiasan hantaran kawen tu sbb x minat emas kuning.

    Belikan la apa dia suka sbb dia yg nk pakai + even emas putih tu nmpk mcm silver tapi saya x kisah….kerana sentimental value yg ada pd cincin tu takde tukar ganti nya.

  • cik sha

    6 August, 2013 at 10:13 am

    nak bagi pendapat pun tak tau camne..sebab time saya bertunang dulu, tunang yang beli sendiri cincin..saya tak ikut..sebab kami jauh..saya tak request pun cincin jenis apa..terpulang kat tunang nak beli yang mana dia mampu dan design apa yang dia berkenan..saya terima je seadanya..bila mak dia dah sarungkan kat jari saya, eh macam cantik pulak..pandai rupanya dia memilih cincin..hehe..

  • shee

    6 August, 2013 at 9:17 am

    Ariff! i cadangkan u beli cincin emas kuning belah rotan. TAPI kalau boleh bawak la bakal tunang sekali. biaq dia pilih yg berkenan :) sebab cincin tu nak pakai sampai bila bila. kalau tak berkenan yg emas kuning boleh je salut ngan white gold. hihi

  • aslam

    6 August, 2013 at 6:14 am

    gua cadangkan beli je emas. walaupun bukan untuk jual semula, tapi nilai emas tu nampak lain. kalau 30tahun lagi pun, emas tu nampak nilainya daripada berlian sebenarnya.

  • Abang Ensem Berketak

    6 August, 2013 at 4:44 am

    Dalam keadaan harga emas yang agak rendah ketika ini, gua syorkan lu rembat je rmas yang paling mahal kerana lu akan untung dalam jangkamasa panjang. Macam gua dulu, cincin tuning dibeli pada harga RM36 segram. Jadi cuba lu bayangkan kalau gua pergi pajak cincin tuning gua sekarang. Mahsyukkk tu beb, tapi sayangnya pemecah masuk rumah lama gua a.k.a pencuri telah ‘menyimpannya’ buat masa ini. Damn!!

  • hafizrahim

    6 August, 2013 at 2:10 am

    bagi aku, aku prefer cincin emas kuning..dari segi value..yes..akan meningkat..boleh digunakan ketika terdesak..tapi bukan untuk dijual..sebagai contoh boleh dipajakkan sementara waktu di pusat gadaian islam..seperti ar rahnu..in future kita tak tahu apa akan jadi, walaupun gaji kita 5 figure tiap2 bulan, kalau tuhan nak uji kejap je..so at least cincin emas sebagai backup..takpun sebagai modal untuk anak-anak kemudian hari nanti.

    dari segi design pulak..cincin emas kuning jugak jadi pilihan..sekilas pandang orang dah tau bila ko beli cincin emas kuning, orang tau itu adalah emas..kalau emas putih orang akan bajet silver..dan yang paling teruk bila beli platinum..orang akan nampak cincin tu macam besi biasa je..hehehe

  • cik ally

    6 August, 2013 at 12:31 am

    Cincin emas belah rotan (cincin kosong). Tapi cincin belah rotan sekarang pun ade dah ukiran, cuma tak ada batu permata la. Saya bertunang pakai cincin emas belah rotan 916 sebab cincin tu solid (tak mudah bengkok). Yang penting lagi berat gram, lagi tinggi nilainya. Memanglah niatnya untuk diperturunkan sebagai pusaka tapi, seandainya kalau ade sesak ke, cincin tu senang nak tolak..

  • Faizalpj

    6 August, 2013 at 12:25 am

    Sesuai cincin emas kuning.Kalau nak bertunang boleh beri cincin belah rotan.tanya nak jual balik tu sebab mungkin dikemudian hari nak tukar cincin tunang itu dengan design lain

  • haiqal

    6 August, 2013 at 12:19 am

    Tak pernah bertunang lagi,tapi mahu memberi pendapat.Heh.

    Rasanya,lebih baik ambil yang emas kuning dari emas putih.Yes,cincin tunang pun bukan nak jual ke apa.Tapi bila fikir balik,mana tahu kalau suatu hari nanti,tak suka design cincin tu ke,tak ada duit ke,terdesak etc etc.Maka,itulah jalan terbaik.

    Tetapi,perempuan pada hari ini kurang gemar emas kuning.Macam mak cik makcik katanya.Well,agaklah.Cuma sekarang banyak design yang nampak segar dan muda remaja.

    Kesimpulan dia,kalau mampu beli,belilah emas kuning.Tak rugi membeli,berbaloi baloi kalau beli masa harga jatuh.Heheh

  • Aya

    5 August, 2013 at 10:02 pm

    sekadar pandangan..

    Kalau aya, aya akan pilih cincin emas..
    kenapa cincin emas lebih baik.. memanglah ia bukannya untuk dijual.. tapi for those yang pernah rasa hidup susah.. perhiasan emas boleh membantu anda di kala betul2 susah..contohnya boleh digadai untuk dapatkan wang tunai jika ada perkara yang benar2 penting dlm hidup anda.. dan bila wang mencukupi semula,perhiasan ini anda boleh tuntut semula bila-bila masa.

    kita tidak tahu corak hidup kita macam mana. tidak semestinya kita akan senang hingga akhir hayat. satu masa mungkin Tuhan akan uji kita berada dalam kesusahan. So simpanlah perhiasan emas itu yang boleh bantu kita dalam kesusahan. Mungkin ketika sakit atau ditimpa mala petaka. :)

    Lagi satu, jangan tunang lama-lama.. besar dugaannya tu.. :)