Yes, pernah accident motor sekali dulu, tapi ni bukan cerita pasal accident.
Ini adalah kisah saya dan sedikit sebanyak tentang latar belakang bagaimana saya menceburi dunia penulisan dan blogging ini. Apa yang bermula sebagai hobi dan sekadar untuk menghabiskan masa lapang kini dah jadi rutin harian dan sebuah aktiviti yang memberikan pelbagai keistimewaan kepada saya.
Actually ramai je blogger lain yang mempunyai kisah yang sama macam saya. Semuanya bermula sebagai hobi dan minat untuk menulis. Sekarang ramai yang dah berjaya dan ada yang menjadikan blogging sebagai kerjaya.
Kunci kejayaan dalam blogging ni taklah sebesar mana pun. Nak jadi blogger kena ada minat dalam penulisan dan penceritaan. Ada orang suka bercakap, tapi gagal bila nak bercerita dalam bentuk penulisan. Kalau ada minat dalam apa sahaja yang kita lakukan, pasti sesuatu yang baik akan datang daripadanya.
Contoh lain, Chef Ezani, pemenang MasterChef musim pertama. Dari segi pelajaran, dia adalah seorang Doktor tetapi disebabkan minatnya dalam memasak telah menjadikannya juara MasterChef. Semua ni datang daripada minat. Kalau ada minat, semua benda yang kita nak buat boleh jadi.
Itulah sebabnya ada blogger yang hangat-hangat tahi ayam je. Nak cuba jadi blogger untuk kejar income, tapi tak sampai berapa lama, blog tutup sebab income tak masuk. Bukan semua orang boleh bertahan, apatah lagi kalau lakukan sesuatu bukan disebabkan minat mereka.

Jadi itulah dia sedikit sebanyak point yang saya cuba sampaikan dalam entri saya untuk kempen PruKasih BSN (The Accidental Blogger). Kempen ini adalah kempen kemasyarakatan (charity) di mana setiap share/like/comment/RT pada page PruKasih BSN adalah bersamaan RM1 yang akan didermakan kepada keluarga yang kurang bernasib baik.
Saya pasti pihak Prudential BSN akan bagi lebih daripada apa bilangan share yang mereka dapat generate, cuma tujuan mereka buat ini adalah supaya orang ramai dapat turut serta dalam kempen ini. Banyak kisah lain yang boleh dibaca melalui laman kempen PruKasih tersebut.

Comments
24 responses to “Blogger Yang ‘Accident’”
susah juga nak konsisten dlam bloger, tambah2 waktu malas…
kesedaran tu penting.
duit tu pon saya yakin PruBSN akan bg jauh lebih byk.
setakat ni kalau dari segi income blog, suka tgok pencapaian en titan…haha..sy buat bblog awalnya kerana minat dan insyaAllah akan selamanya jadi blogger..sekali mula menulis, tak kan ada titiknya..hahaha…
aku tak minat tulis blog. aku minat cari duit. itu aje. hehe..
bro memang power
lom cukup hebat lagi maa.. haha..
betul tu..memang power habis..power ranger pun kalah..haha
maaf mencelah ..
ni diaaa .. http://paanzai.blogspot.com/2012/10/senarai-top-blogger-paling-macho.html
bro ariffshah, boleh bagi tips tak bagaimana nak dapat PR4?
seriously saya tidak berapa minat menulis pada mulanya.. bila tengok kawan dapat income dari blogging, tergerak hati untuk mencubanya. Mujurlah blog masih kekal sampai sekarang.. harap juga minat menulis tu tidak akan hilang di masa akan datang. terima kasih diatas perkongsian diatas. Semoga keluarga yang kurang bernasib baik akan mendapat bantuan melalui kempen PruKasih BSN ni.
Ia adalah satu usaha yang murni membantu golongan kurang bernasib baik dengan mengunakan kuasa media sosial.
saya minat berkenaan IT dan pilih untuk menulis berkenaan IT. Tapi kadang-kadang tu sampai 2-3 minggu tak update blog sebab rasa penulisan tu ada je yang tak kena. haha. tu macam mana pulak??
dari suka-suka kepada blogger tegar.. yang penting, minat. betul bro.. pinjam motor jap! :)
“Ada orang suka bercakap, tapi gagal bila nak bercerita dalam bentuk penulisan.”
biasanya yg suka cerita kat blog,kat luar dia tak banyak cakap sangat. kalau cakap pun dengan orang2 tertentu.
Sebenarnya berblog untuk mengabadikan kisah duka pahit maung menempuh ranjau liku kehidupan yang penuh kekalutan.
pohonsungai adalah pengalaman menyusuri pinggiran sungai dengan langkah longlai di tengah kota. Sesekala berteduh di pohon rendang sambil merenung masa depan yang gelap. Itu konsep yg hendak disampaikan tetapi akhirnya menyedari hakikat ….. itu hanyalah luahan perasaan tanpa memberi manfaat kepada khalayak.
Bengong seketika untuk menukar lanskap cerita … akhirnya jadilah blog petua yang tidak seberapa …..
saya pun salah sorang blogger yang ‘accident’ hehe
minat + faktor lain.. hehe cuma bukan hari2 boleh menulis macam orang lain.. :)
Kalau minat menulis dan minat duit serentak macamana tu? ;)
Lagi bagus. Boleh terus mencari/mencipta peluang untuk diri sendiri
Bermula dengan minat suka menggoogle, lepas tu timbul minat menulis dan berkongsi
InsyaAllah akan kekal menulis…hehehe
minta faktor utama saya
Sekarang ni berblogging minat…. dari suka-suka!!
akan stop separuh jalan kalau blogging kejar duit. blogging suka suka and ada hobi baca blog orang sudah cukup sebenarnya. insyaAllah takkan stop.