Agak seronok sebenarnya tengok kawan-kawan blogger yang lain berkahwin. Walaupun aku yang jauh ni tak dapat datang, tapi dapat rasakan suasana riuh-rendah dan kemeriahan majlis perkahwinan mereka melalui internet, terutamanya Twitter. Aku tak pernah berkahwin atau menghadiri majlis perkahwinan blogger tapi aku rasa persiapan-persiapan ni perlu ada untuk majlis perkahwinan blogger di Malaysia.
WiFi
Wajib ada. Pihak pengantin yang menjemput orang datang wajib menyediakan WiFi untuk para tetamu, lebih-lebih lagi kalau tetamu tu majoriti adalah blogger. Ini dapat memudahkan tetamu mengupdate apa-apa yang patut seperti live blog, Facebook status, Twitter, instagram, twitpic dan sebagainya. Mereka pasti gembira dengan adanya kemudahan WiFi (siapa yang tak kan?).
Google Maps
Pastinya tetamu kita datang dari seluruh pelusuk negara. Yelah, blog kan satu dunia boleh baca, jadi memanglah rakan blogger pun datang dari seluruh Malaysia. Masalah paling biasa adalah untuk sampai ke rumah pengantin, lebih-lebih lagi kalau yang tinggal di kawasan kampung. Sekarang ni guna phone pun dah boleh buka Google Maps dan GPS jadi maklumat koordinat lokasi rumah pengantin perlu disediakan.
Banner Besar + Twitter Hashtag
Banner besar tu standard la, cuma di era Twitter sedang popular ni eloklah dinyatakan sekali hashtag kat banner tu supaya mudah para #tahitwitter nak tweet apa-apa. Macam masa tekong kahwin dulu, hashtag dia adalah #tekongkawen kalau tak silap. Senang untuk aku yang kat Russia ni nak baca update kat twitter pasal perkahwinan dia. Masalah wujudnya banyak hashtag yang berbeza untuk event tu pun tak akan timbul.
Hadiah
Gambar dari entri 5 Fungsi MacBook Pro yang Belum Diketahui
Ni persiapan untuk tetamu yang datang. hehe.. Yelah, takkan pengantin nak bagi hadiah pulak. Hadiah yang best untuk blogger mestilah gadget-gadget terbaru di pasaran sekarang ni. External hard disk, MacBook, iPad atau apa-apa smartfon boleh diterima pakai sebagai hadiah.
Live Streaming
Nak buat live streaming a la perkahwinan Sheikh Muszaphar yang buat live kat TV pun rasanya tak melampau dah sekarang. Banyak je live streaming services kat internet (contoh: ustream.tv) yang percuma sekarang dan macam aku cakap tadi, ini untuk mereka berjauhan yang tidak dapat hadir, tapi masih mahu menghadirkan diri di majlis tersebut.
Website Perkahwinan
Blog dah ada, takkan website kahwin pun tak boleh buat kan? Betul tak? Macam tak padan kalau blogger, lebih-lebih lagi yang popular tu tak ada website kahwin sendiri. Memang tak boleh diterima akal, melainkan kalau dia memang buat majlis kecil-kecilan dan low profile habis. Aku cadangkan perkhidmatan membuat website perkahwinan oleh saudara Ikhwan Nazri a.k.a. @tekong di weddingkami.com.
***
Kepada bro Knizam yang melangsungkan majlis di Jasin hari ini (19.02.2011), Selamat Pengatin Baru diucapkan. Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. Insya Allah.
Next siapa?
Premium Sponsor
Comments
45 responses to “Blogger Kahwin, Persiapan Yang Perlu Ada”
[…] […]
Gempak gitu kalau ada live streaming..ada hadiah pun bagus…ramai nak datang.
aku dapat mac air as hantaran hari tuh hehe :)
[…] blogger dari KL tak balik terus lepas pergi majlis perkahwinan semalam. Sempat berjalan-jalan sekitar Melaka. Ahh… aku rindu Melaka. Rindu nak jalan-jalan macam […]
Teringat short story Of Bunga Telur and Bally Shoes. Meriah dan canggih majlis, jangan sampai menanggung hutang kahwin ke anak cucu kelak ;)
Pergh ~ Bukan alang2.. memang kos sara hidup makin tiggi mcm ni.. hehe.. bertambah trafik masyuk wat cm ni kali.. haha..
peh ! ini betul2 blogger tegar ni.. agak2 orang rewang pun kena ada wifi sebab nak update lauk kenduri,bunga telur,bunga manggar dll.. hehehe
[…] […]
dah tak lama dah ni ariff single..
dah dekat da ni …
hoohohoho
cayalah. memang cun buat macam tu.
start ngan tunang la. bini aku masa tunang kasik aku mac osx snow leopard, utk upgrade leopard aku :P
woah. Sweet. Memang made for each other.
sudah la ariff, don’t set new standard, makin tinggi kos nak kawin akan datang nnti.ahaha, abangensem takpe laa dia dah kayo
kalau weddingkami tu ditukarkan kepada nama lainkan bagus. sebab website knizam tu mengunakan subdomain.. so payah orang nak ingat :P
wi fi kat rumah ni dah pasang encryption lah..
nampaknya masa kawen nanti kena buang jap la security password tu.huhu.
untung gila la sape nak bagi macbook tu
kalau bab hadiah tu mesti pengantin suka gila lah.haha
wah
1st time tahu ada website macam tu
tahniah buat bro..
lepas ni kurang la sikit hisap rokok..hehe
banyak kot peersiapan kene ade, kakak aku kawen bulan 3 ni. huhu..
bagus!!!like2x=)
Wah! Tahniah buat bro Knizam yang telah berjaya melangsungkan perkahwinannya dan terima kasih buat bro Ariff yang berkongsi artikel ini! Saya setuju dengan apa yang dinyatakan!
Thank you for the info bro. Akan aku persiapkan untuk perkahwinan ke 2 aku nanti.
haha.. okeh. Nanti jangan lupa jemput.
okies, matjoe nak tolong jadi pnegapit
Aku pergi tadi.
:)
Memang gila syok.
Semua orang pun nak check-in, tweet segala.
XD
menarik juga fakta ni. tadi pun tengok masa majlis kat jasin tadi, blogger semua sibuk dengan gajet masing-masing.
alhamdulillah, majlis selesai dihadiri.
xpnh terpikir pon..haha..
haha…nice…aku tak terfikir pun idea camni…boleh dipraktikkan bila aku kawin nanti nanti :)
hahahaha.
mmg betul uptodate ni!
Aku rasa sikit masa lagi semua perkahwinan akan ada benda2 ni.. Teknologi dan manusia memang tak dapat dipisahkan
sungguh tak pernah terpikir yang perkahwinan blogger sebegitu…sure lain2 tetamu melopong mulut tengok masing2 pakat berkepit dgn ipad dan tak abis2 dok cucuk handphone…
update blog…
hahaha
mmg pkahwinan bertekonologi betul la..take note!:)
setakat ni dah ada ciri2 dah wedding tekong and knizam. cuma akan dtg kite tgk yg lg advanced haha
haha.. jarang ada orang buat entri macam nie.. info menarik c=
arus kemodenan terasa di sini *hirup udara dalam dalam*
wahhh giler2 punyer kawen r camnih hehehe i like !
waa..ni perkahwinan memang zaman millenium ni..siap gadget bagai..haha…
gua nak kawin..hahahaha
bagus juga tips nie
wahh… siap google maps..
wow..smart giler !! sonokkk2 ! hehe..kemajuan,,dunia da berubah yee..=) gud job !
haha, terbaik lah bro!!! tok pun fikir nak kahwen rakan blogger gak.. ehhe
extreme gile ko pike ea.. nak kena bagi hadiah gadget ea.. hebat sgt tu..
High tech gadjet just perfect untuk hadiah wedding. Gila geek.Wow
geek.. haha..love that word
cayalah bro..best2..harap2 jodoh aku rakan blogger gak.. =P