heheh.. well kalau mak tak bagi kahwin saya pun marah. Jangankan marah, mengamuk pun ada :P

Bercakap pasal topik semalam yang saya bawa dalam blog ni, Tak Bayar Hutang PTPTN, Tak Boleh Kahwin. Menarik. Respon daripada topik ni benar-benar mencerminkan pemikiran orang Malaysia.
Kebanyakan yang tak baca habis entri pendek tiga perenggan tersebut akan cakap bahawa rakyat kita ni lebih sanggup berzina (sampai terjadi kes buang anak) hanya disebabkan tak nak mula membayar hutang PTPTN.
Saya ada mention, katakan benda ni akan dilaksanakan, yang nak berkahwin ni perlulah membayar sekurang-kurangnya tiga (3) kali ansuran baru dibenarkan untuk berkahwin. Ini adalah untuk membuktikan yang mereka mampu menanggung hutang mereka.
Tapi yang tak baca dengan betul terus buat kesimpulan bahawa kalau tak langsai hutang PTPTN, tak boleh kahwin. aiyooo… kalau macam tu, ramailah yang tak kahwin sebab loan belajar tak settle. Yang pelajar oversea (sekarang pelajar cemerlang pun still kena bayar 5% – 8%) lagilah susah. 5% daripada RM500,000 dah RM25,000. Mana nak cari banyak tu??
Orang kita tak suka hutang pendidikan dan tak suka bayar hutang pendirikan. Ramai yang berpendapat, “takpelah.. nanti-nanti boleh bayar” sampaikan dah tua masih lagi belum mula bayar. Yelah, mentang-mentang yang memberi loan belajar ni bukan bank, jadi mereka mengambil kesempatan sebab agensi ni malas nak kejar orang yang tak bayar.
This is wrong. This same people akan terbiasa dengan tabiat buruk ni. Biasanya, hutang seterusnya yang mereka akan kumpul adalah hutang kad kredit. Gores dan menang kad kredit banyak-banyak, kemudian bayar minimum setiap bulan. Bila kad dah sampai maksumum, buat personal loan untuk tutup hutang kad kredit. Benda ni berulang beberapa kali lagi..
Jangan terkejut kalau saya cakap ramai kat luar sana suka ‘korek lubang sini dan timbus lubang sana’. Mereka apply personal loan daripada bank dan koperasi semata-mata untuk melangsaikan hutang (biasanya kad kredit) yang lain. Bila hutang tadi dah dibayar dengan wang pinjaman, mereka berbelanja lagi dan buat hutang baru. Not smart.
Apa pula akan terjadi kalau mereka ni pendek umur? Dah la hutang banyak, dengan loan belajar tak start bayar lagi, tak kesian ke kat waris nanti?
Jadi kalau tanya saya wajar ke tak mereka yang nak kahwin ni mula membayar hutang PTPTN (atau loan belajar yang sewaktu dengannya), I say yes. Setakat tolak RM100-200 sebulan tu takdelah luak pun duit kalau nak dibandingkan dengan beribu-ribu ringgit untuk hantaran dan belanja kahwin. Betul tak?
Tak nak bayar? Go and get your first class degree!

Comments
35 responses to “Bila Cakap Tak Boleh Kahwin, Semua Orang Marah”
yup..berhutang bukan la tabiat yg bek dan perlu dielakkan kalo blh..nnt kalo byk sgt berhutang poning kepale nk byr oo
Emm tak tau nak kata apa..yang pasti, sy dah kawin dan hutang PTPTN masih belum selesai lagi..tak banyak..cuma RM18k jer..itupun masih belum mampu nk byr kekal RM100/bulan..apa boleh buat, gaji sikit, keperluan hidup lagi..adoiii..
Sy bersimpati dgn saudara. Sy pernah sampai tahap tunggu semua staff balik ………… sy curi (baca : buruk siku) RM3 drpd Tabung Pisang Goreng semata-mata utk beli minyak motor. Tabung Pisang Goreng dikutip secara tidak berkala drpd staff termasuk sy utk minum petang di pejabat. Sy merasakan kehidupan terlalu sempit. Kakak sy yg dtg ke rumah sy pun tidak dapat balik ke rumahnya kerana tiada duit utk byr tambang bas RM13.10 . Kakak sy kutip daun2 keliling rumah utk buat lauk. Akhirnya kakak sy pulang ke rumahnya setelah tiba hari gaji.
Apa yg saya buat ialah Solat Dhuha di Pejabat. (28 minit selepas Terbit Matahari sehingga Sebelum Zohor). Lama kelamaan sy diarahkan utk berpindah. Apabila sy berpindah Bendahari perasan gaji sy tidak dinaikkan sejak Pak Lah menaikkan gaji. Bendahari mengarahkan pejabat lama utk bayar sy tunggakan RM3,000.00.
Kalau saudara kerja kerajaan, tiada masalah untuk solat dhuha, tetapi kalau saudara kerja swasta, cubalah solat dhuha waktu cuti, mudah-mudahan saudara dapat melangsaikan hutang piutang saudara itu. Insya Allah.
banyak juga komen kat entri ni ye.. huhu
apa yg saya tau, kalau dah namanya hutang, nak tak nak tetap kena bayar. tapi boleh jgk kalau dilaksanakan tang isu kahwin nih, dpt2 plak peminjam yg memang tak bayar2 hutang ptptn ni, time tu baru malu sendiri dan mana tau bleh jadi pemangkin utk dia terus byr hutang walaupun secara ansuran. think positive je lah.. hehe
Kesimpulannya, kita nampak betapa dalam hidup kini, walau wang bukan segalanya, namun segalanya tetap perlukan wang. Tak macam 1400 tahun dulu. Hakikatnya, ini akhir zaman. Zaman cinta dunia dan takut mati. Ini peringatan Nabi juga. Jadi apa sahaja, mesti ada prinsip. Bila berhutang, pastikan mampu bayar balik, jika lebih cept lebih bagus. Kahwin pula sunnah. Kalau kita tak terlalu demanding dalam hidup dan bersederhana, insyaallah cukup pendapatan kita untuk langsai hutang dan kahwin juga. Kena tuntut ilmu pengurusan pendapatan dan kewangan rasanya :-)
Yang masuk U tanak belajar betul2 satu hal..
Yang dah hutang PTPTN tanak bayar satu hal..
Yang tanak bayar PTPTN dan pergi merusuh suruh mansuh PTPTN satu hal…
alhamdulillah pelajar tajaan JPA tak perlu risau PTPTN :p plus masa diploma tak pinjam and yuran UiTM murah kot , so tak perlu PTPTN ;)
Sama gak dgn saya. Masa diploma tak pinjam. Masa sarjana muda pinjam JPA : JPA rasa UiTM ni murah, JPA bagi pinjam RM3,000.00 je. Masa tu cemburu dengan peminjam MARA sebab MARA bagi pinjam berbelas ribu. Nyesal tak apply MARA. Tapi bila dah graduate : Nasib baik lah aku tak pinjam MARA. Bayar sikit2 lama2 settle Hutang JPA. Nama tiada dlm blacklist.
Setakat ini belum lagi tahap gali lubang kambus lubang. Akan cuba kambus lubang tanpa menggali lubang yg baru. Kawan sepejabat desak2 buat personal loan. Tapi rasa biarlah tiada personal loan. Slip gaji aku cantik lagi ….. potongan Angkasa RM30 sebulan je utk Insurans Cuepacs.
Sebenarnya, bila nak start berhutang dah patut letak mindset utk bayar balik lepas berhutang tu. walaupun PTPTN tu tak macam bank, tapi pikir la adik-adik kita yang nk guna tu. kesian gak. kite dah lepas, dorg mcmane?
suka dgn komen daripada denaihati.. hehehe
yang melenting tu para penghutang ptptn kot.hahahaha..
nasib baik aku tak ada kad kredit.kalau tk , aku rasa dah lama aku ni diisyhtihar bankrup.
Belajarlah rajin2 sampai dapat biasiswa.
orang kita ni kebanyakannya memang cepat melatah..tak baca betul2 dan faham, terus je nak sembur..tambah2 bab hutang dan kahwin..alahai..
Ketawa besar bila membaca entri ini. Yes,next time kena bc betul2.jgn judge berdasarkan pemahaman luaran sahaja. Dan betul,dah biasa dgn kerenah kwn2 kat opis yg suka gali&tutup lubang. Maybe sbb bekerja di sykt glc memudahkan memohon peRsonal loan. Personal loan utk byr down payment sebuah odySsey,sentra,wish…patutkan anda rasa tindakan itu?hmm.
Nasib baik saya selalu baca post betul2. hehe. Memang setuju. Bagi saya kalau orang tu betul-betul perlukan duit, dia akan cari alternatif lain dulu. Banyak cara nak dapatkan duit biarpun sikit. Kerja yang ada sekarang berlambak. Tapi sebab tak pandai nak simpan duit. Gaji bulanan tu habis begitu ja. Dalam islam pun hutang kena ada cara dan sebab yang kukuh. Dan paling penting, kalau dah berhutang pun kena bayar.
ramai yang dari bujang hingga khawin masih di belenggu dengan masalah hutang ni. kira dah jadi kebiasaan rakyat malaysia.
Walau belum dapat bayar hutang, kahwin tu harus tetap dijalankan mas bro sebab ni adalah sunnah Rasul. Setidaknya akan ada sseeorang yang kita cinta yang senantiasa menemai kita dalam keadaan duka dengan begitu kan bisa dijadikan penyemangat buat kita ni buat lunasin tu hutang hehe…
Hutang tetap kena bayar walau macam mana pun. Tiada pilihan lain. Cuma pinjaman tu perlu lebih friendly dan senang utk dibayar balik.
selagi tak bayar hutang selagi tu hidup tak aman
kalau yang malas byar hutang PTPTN.. jangan sambung study lagi… kerja dulu.. nanti dah dapat duit baru sambung study… habis cerita…
Hutang ni bila kita start bayar insyallah rezki kita akan jadi lebih murah. Ramai yang takut nak bayar hutang sebab dia fikir rezki tu datang dari usaha dia semata2, tapi dia lupa rezki tu datang dari allah.
Kalau tak bayar hutang allah akan marah, Kalau allah marah ingat senang ka nak dapat rezki,
Hati susah makin susah makin parah….
tula attitude kebanyakkan org melsia.
suka ayat yang last sekali tu..setuju 100%! tanak byr, dptkn 1st claz digri..yeahhh ;)
Kat Malaysia hutang tidak diwarisi coz kebanyakan hutang dgn bank ada insurans. Kalau jadi macam kat Vietnam 7 keturunan kena menanggung hutang!
betul tu, sikit2 nak blame berzina dan dpt anak luar nikah. yg penting kt sini disiplin kesanggupan nak bayar hutang. amcam sakit eksiden dah pulih ke bro
x sgka ad gak y nk melenting .. ish3 .. dlm akad meminjam pn da mmg terang2 memulangkan/membayar nye smla .. x kira la cpt@lmbt ..
org kta .. pndai pinjm,pndai la byr smla .. hahaha
sy pn sdg usaha mbayar htg PTPTN tu .. biarpun gji ciput, usaha gak tuk byr .. jnji byr!yeah!
ada yang marah ke.. hehe memang tak baca habis la tu… pasal korek lubang tutup lubang tu memang kenyataan di negara kita ni.. hehe..
inilah yang dikatakan ‘gagal merancang, merancang kegagalan’
kalau dilaksakan memang ramai yang akan melenting bro.. hahaha.. tapi aku tak melenting sebab hutang loan belajar aku dah seatle dan dan kawin pun.. :-)
kena tanam dalam jiwa bila berhutang mesti bayar.. niat yang kalau berhutang tak nak bayar tu yang susah
tadi gaduh mulut kejap dgn kawan pasal isu PTPTN b4 nie…
(ttg nak mansuhkan PTPTN)…
saya x la berapa ikut perkembangan debat kt TV dulu…
tapi bagi pendapat saya…
kalau nk bagi PTPTN free, saya ckp la benda 2 sesuai utk pelajar cemerlang…
kalau yg x cemerlang buat ape nk bagi free, x de function or faedah bagi sebelah lagi pihak….
but he says that benda free wat ape nak tolak n ramai yg sokong dia…
mampu terdiam je sebab x de idea nk ckp masa 2…
kalau dia baca pasal entri sebelum nie….
saya rasa maybe lagi kuat kami gaduh mulut nanti….
Boleh je bg free.. Kalau U all kenal bagaimana ahli politik dan keluarga-keluarga mereka ada akses kepada duit negara, U all akan mengamuk minta free, bukan setakat PTPTN, entah2 silap hari bulan U all nak gaji free jugak. No kidding, plz don’t sue me.
Orang KITA memang tak suka bayar hutang sebab tu cuba jangan bagi hutang pada sesiapa … kalau nak bagi mesti set dalam fikiran kalau dpt balik kita bonus je lah.
Biasalah apabila dihalang daripada berkahwin akan melenting tetapi ia adalah khabar angin yang tidak masuk akal. :-)
hahaha… nanti akn bertambah la maksiat lepas ni..student buat loan kow2, pastu buat maksiat kow2… nk kawin susah…ptptn xlepas..hahahaha
rasanya kalau pihak berwajib cari alternatif lain dulu utk galakkan peminjam byr hutang, kan lebih baik?
biarkan cadangan utk xbg kahwin kalau xbyr hutang PTPTN ni sbg the last resort after sekian2 alternatif lain tu xbley diikuti oleh peminjam.
so far yg saya tau cuma peminjam xleh ke luar negara je kalau xbyr. tp xsmo peminjam mampu ke luar negara.
yg penting cr alternatif lain selain xbg kahwin. contohnya mcm had gaji maksimum ke…