Apa akan terjadi kalau lepasan universiti tidak dibenarkan berkahwin sekiranya mereka tidak mula membayar hutang PTPTN? Bukannya susah pun nak buat benda ni. Pejabat agama hanya perlu buat semakan dengan pihak PTPTN dan halang kebenaran kahwin dikeluarkan sekiranya pihak lelaki belum lagi mula membayar hutang mereka.
Kalau dah start bayar pun, at least dah lebih daripada tiga bulan atau tiga kali bayaran. Amacam?
Logik dalam hal ini mudah je, kalau tak mula bayar maksudnya belum mampu lagilah nak tampung perbelanjaan rumah tangga dan tanggungjawab lain yang datang daripada perkahwinan. Betul tak?
Hutang adalah sesuatu yang serius. Kalau tak mampu, jangan berhutang dan kalau dah meminjam untuk belajar, pastikan peluang belajar tu digunakan sebaiknya untuk melayakkan anda mendapat pekerjaan.
Silalah bayar hutang anda (bukan setakat hutang PTPTN je). Jangan terbiasa dengan sifat buruk ni sebab bila anda melihat hutang sebagai sesuatu yang serius, ini akan melatih anda untuk mengurus wang dengan lebih bijak.
Comments
48 responses to “Tak Bayar Hutang PTPTN, Tak Boleh Kahwin?”
Bayar hutang sikit-sikit menabung duit untuk kahwin dan berjimat cermat…
Sebuah hal yang kurang bijaksana sepertinya. Antara bayar hutang dan pernikahan seharusnya tidka saling dikaitkan. Semoga ada pembenahan dari pihak university
aku dah habis bayar. haha..
Memang power
pandai pinjam pandailah bayar balik..kalau hutang belajar pun tak langsai macam mana kahwin..nak tanggung keluar dalam situasi masih menanggung hutang..
betul juga, ramai yang berhutang tak bayar-bayar sampai beranak pinak, siapa yang sudah..
orang cakap, amalan tergantung bila tak bayar hutang… sama lah dengan diri sendiri… so, bekerjala untuk selesaikan hutang…
menarik tawaran tu.. sebab dari situ dapat melatih seorang tu untuk bayar hutang.. kalau tak memang tak bayar punya.. selamat aku dah kawin.. hahaha.. kalau betul di laksanakan mesti ramai yg akan mengamukkan.. hehehe..
setuju kata bro.. kalau hutang belajar pun masih tak mampu nak byr.. macam mana nak tanggung dengan sara anak orang pulak..
Elok juga kalau ada undang-undang macam tu. Untuk mendidik masyarakat membayar hutang kadang-kadang perlukan sesuatu yang luar biasa. Kalau dalam Islam tiada undang-undang macam tu, apa salahnya Mufti kaji dan keluarkan fatwa. Macam juga perbankan islam yg mengenakan caj denda lewat.
Nasib baik sudah berkawen hihiihi!! Memang hutang perlu dibayar w/pun 10 Sen. Sebut pasal PTPTN Saya pun salah seorang diantara peminjam. Masih slow2 membayar.
logiknya..kalau boleh kahwin mesti ada duit nak bayar hutang juga kan.
kos hidup & mati semakin meningkat …buatlah perancangan yg terbaik …
problem macam ni.tp dalam agama islam x ada undang-undang mcm ni..harap-harap jabatan agama x buat kputusan melulu.
hutang tetap hutang. bayar tetap bayar.
Syabas ariff untuk tarik perhatian orang ramai.
Kalau baca secara literal dari tajuk memang ramai yang tak setuju on the spot. Tapi bila tengok huraian dalam entri ini sendiri mungkin ramai yang faham, maksud penulis supaya orang tak ambil mudah bayar hutang.
Kalau nak bahas dari segi hukum memang panjang lebar. Entri ini selayaknya dibaca dalam kerangka pengurusan kewangan untuk memudahkan diskusi :)
Hutang bukan dengan PTPTN sahaja, nanti hutang beli rumah, kereta dll juga.
Thanks sebab membaca dengan penuh perhatian. Ramai yang tak baca sampai habis or tak faham maksud sebenar entri ni
Ada baik dan buruknya.. Tapi rasanya banyak ke arah keburukan.. dah lah org nak kawen pastu kena paksa habiskan hutang plak.. lagilah pening..
mari mari mari… kita bayar PTPTN.. :)
hutang memanglah hutang…hutang memang wajib bayar tapi sampai tak boleh kawin tu macam pelik pulak…takut macam2 isu lagi timbul lepas ni
Kadang-kadang betul jugak..Sebb bila buat macam ni ramai yang akan sedar bahawa depa masih berhutang dan ramai yang sedar kat Malaysia ni takde Free Eduction
gamaknya kena buat pendekatan yg bijak utk golongan muda skng. Bukan cerita pasal gadget atau pelaburan saja. Tapi dorng kena diberi Maklumat pasal tanggungjawab dan kesan akibat tak byr hutang..
kena tengok brape banyak hutang tak bayar tu.. haaaaa… garu kepala memasing nanti.. =)
sapa nak tanggung dosa maksiat .. maksiat dah berleluasa lagilah tak dibenar kahwin .. hadoyai ..
setuju.. hutang WAJIB dibayar.. walau macam mana sekalipun..
Kesian yang mempunyai kekasih bercinta bagai hendak rak akhirnya tak dapat menunaikan impian untuk berumahtangga. Kalau benarlah larangan tersebut.
lol! ade ke macam ni? bahaya ni,, :p
kah kah kah… alamatnya kena kawin bila dah setel sume hutang… around umur 60+… hahahahhh
dah start bayar insyaallah 5 tahun lagi setel hutang PT
nak bayar la ni bro… hehe
Biar betei?Biar betei?
Tu la, pengurusan hutang kena mantop as well as pengurusan masa time blaja dolu2. Kalo tak, sampai bila pun x selesai masalah
alamak.. saya anak dah nak masuk 2thn hutang PTPTN tak selesai lagi.. tapi saya punya dah tak byk.. wife punya yg byk.. huhu..
Sebenarnya kalau kita uruskan dengan betul PTPTN ni tak akan menyusahkan … bukan perlu bayar banyak pun setiap bulan. Yg masalah ada yg buat diam seperti menyapu habuk dibawah karpet memang tak akan selesai masalah.
Banyak ler yg tak kawin nanti dek kerana tak settle hutang :)
Dah hutang, kena la bayar balik ..
Saya Sokong Ketua Menteri Melaka Yg Mencadangkan Perkahwinan Di Usia Muda Remaja. Lepas SPM Kahwin. ( Aku Ni Lari Tajuk Ke Tak ?? )
bayar jangan tak bayar hutang tu =D
Ada yg sokong ada yg tidak…
Tak tahu nak bagi pendapat macam mana. Sebab tak boleh juga sekat-sekat orang nak kahwin, nak beribadah ni. Takut nanti makin banyak zina. Tapi kalau di pandang dari sudut lain, hutang pun satu sifat yang buruk. Hutang kena langsaikan. Sebaiknya hutang tu cepat-cepatkan la bagi settle. Jadi dari pandangan saya sendiri la. Rasanya bagus juga sekat tak boleh kahwin kalau tak bayar ptptn tapi macam bro ariff kata tadi, hanya sekat yang tak bayar apa-apa atau lama tak bayar. Kalau betul perlu kahwin, mungkin sebab keluarga ka, tak tahan nafsu ka, boleh merayu ka apa yang patut..
2 la.. dh la terlampau ikut adat.. taraf hidup semakin tinggi.. blajo la rajin2.. cepat2 cari kerja :)
macam macam isu sekarang ni -.-
and sebenarnya semua orang kena tahu responsible terhadap diri sendiri
kalau bertanggungjawab , semua masalah settle , tak perlu buat law macam macam :)
OMG….gila betul ni.. hahaha
Untunglah siapa anak org senang atau scholar student *coughs*
Yang aku tau tak bayat PTPTN bukan saje tak leh gi luar negara, buat loan pun susah.. Sape lama tertunggak, PTPTN akan hantar nama kat bank negara…
kuakuakua…kna kawin cpt2
eh berbelah bahagi nk bg pendapat. sdgkan syarat kahwin yg makin ketat skg ni pon dah buat zina berleluasa, apatah lg kalau dikuatkuasakan syarat sebegini. jgn hairan kalau oneday org Islam kita dh xde lust nk kawin, just nk ‘having fun with each other’ je, sama seperti di barat.
lepas ni aq xkan terkejut kalau zina dan buang anak makin berleluasa sebab x dapat bernikah,
betul jugak tu :D
Kalau banyak berlaku zian dan anak luar nikah susah jugak kan. Siapa yg gubal undang2 tu yg patut tanggung jawap.