Macam biasa tiap-tiap tahun aku akan beli barang secara online dan hantar ke rumah di USJ. Tiap-tiap tahun ada je benda yang dibeli. Sebenarnya macam seronok jugak sebab bila sampai rumah nanti dah ada benda baru menunggu aku. Kira macam homecoming gift la ni. haha.. Untuk pengetahuan semua, MacBook Pro ni adalah homecoming gift aku tahun lepas (takdelah gift mana pun sebab beli sendiri). MacBook ni sampai hari yang sama waktu aku sampai di Malaysia, talking about good timing eh.
Register akaun dengan 604 Republic dapat $2 free lepas jawab survey pendek dia.
Baru je beli t-shirt daripada 604 Republic. T-shirt dia memang cun, dari dulu lagi aku dah usha. Aku suka beli t-shirt daripada designer macam ni sebab unik. Beli ni pun sebab mereka ada clearance sale 50% off, jadi tak payah fikir panjang, tibai terus dua helai. Jumlah semua tak sampai RM100 termasuk kos penghantaran berbanding kalau beli tshirt buatan Thailand kat kedai Adidas di Mid Valley yang berharga RM100 lebih yang kadang-kadang dah beratus orang lain kat Malaysia pakai benda sama. Brand je Adidas/Nike, tapi sebab kilang mereka kat Thailand/Indonesia untuk jimatkan kos, memang tag made in Thailand/Indonesia la kat baju tu.
Apa-apa pun baju dua helai tu sampai bulan enam nanti. Takde benda yang nak dikejarkan pun sebab aku balik tahun depan. Lepas ni nak beli apa pula? iPad 2 macam best je..

Comments
19 responses to “Beli Jangan Tak Beli”
Saya sangat obses online shoping.
Bro ariff. saya ada email bro.
ada hantar kat mana eh? macam takde pun
smart gak baju tu…
kau slalu amek size ape ouh ariff? same ke dengan malaysia? ke besar sikit ke cmne?
aku amik S. harap2 sesuai la sebab biasanya memang size diorang besar sikit
Pernah beberapa kali beli secara online dengan Lelong dan Mudah. Apabila fikir nak turun KL dengan harga beli online tidaklah beza sangat
kalo ikotkan nak oder gak…tp kne de akaun paypal sume tu payah la pulak…kalo nk mintak tolong oder boleh?nanti bank in la kat ariff blek…hee
ala.. kad maybank/cimb kan boleh guna. takkan xde?
RM100 ni amek pendapatan berblogging je, ariff. tak gitu? hehe
hehe.. boleh la sikit2 belanja..
Tu beli tahun ni, tahun depan baru nak pakai ke kirim pada sapa2 yang balik Malaysia summer ni?
time winter mana pakai dah tshirt macam tu. jadi tunggu balik malaysia je..
nice2…aku belum pernah shopping online lagi ni…nak test la pas ni…tp maybe tgu aku keje dlu kot…hehe
salam ziarah
selamat dtg ke blog buaya dan menjadi follower sekali k
design simple, trend sekarang boh..:D
wahhh seronoknya beli belah ni!
Terkini : Telur Ayam Tiruan
sy pun suka beli brg on9..hikhikhik..ddk kpg mane de shopping complex ke benda..bandar dekat lah tp malas nak kuar.. :p
murah bebenor?? bapak jelez gua!
tak sampai RM100 termasuk kos penghantaran ke rumah ke?.. boleh tahan harga..